BAB 31

214 12 0
                                    

"Good morning"

Walaupun aku masih terasa hati dengan apa yang dah berlaku tapi aku masih layan Adri dengan baik. Setiap apa permintaan lelaki itu, aku penuhi dengan baik. Dengan sepenuh hati aku melayannya.

Adri ada kata yang ia hanyalah façade. Semata untuk mengaburkan mata orang ramai. Jauh di dalam sudutnya dia tak pernah rela untuk membuat kenyataan sebegitu.

Aku tak mahu membalas apa-apa. Aku hanya diam.

Hatiku sakit. Dadaku sesak. Jiwaku berdarah. Lidahku kelu tak terluah kata. Kepalaku penuh dengan pelbagai andaian. Jadinya pujukan acuh tak acuh Adri aku biarkan sepi sambil menahan rasa berat dan sempit.

Beberapa ketika ini aku agak kurang berkomunikasi dengan Adri. Aku lebih banyak bercakap dengan Khuz. Kadang-kadang Khuz yang jadi tukang sampai. Jadi posmen.

Menyedari yang Adri seakan mula mahu mendekat semula denganku. Jadinya aku membuat keputusan mahu berbaik dengan Adri. Bukannya orang lain. Suami aku sendiri juga. Teringat seminggu dua ini Adri langsung tak sentuh aku. Selama aku bersikap dingin dengannya.

"Morning" Adri membalas sapaanku.

Lelaki itu terus angkat dumbbell. Seperti rutinnya setiap pagi. Usai solat Subuh, Adri akan terus turun ke bawah untuk exercise.

Tempoh hari aku ada tertengok gambar Adri beruniform. Maknanya betullah kata papa Adri yang suami aku tu pernah menjalani latihan ketenteraan. Aku pernah tengok gamabrnya ketika dia remaja dan ketika dia sedikit dewasa.

Aku berjalan melintasi Adri. Bergerak ke sliding door yang ditutup tirai tebal. Berteka teki sendiri kenapa Adri duk exercise dalam gelap.

Tirai tebal itu aku tarik ke tepi. Ikat kemas-kemas dengan pengikat tirai.

Bila aku menoleh ke belakang, aku terkebil-kebil. Adri seakan terpaku melihatku. Dumbbell di tangan jatuh ke lantai tanpa sedar. Aku yang terkejut.

Hampir-hampir nak kena kaki. Dah nak terjerit tengok dumbbell tu jatuh. Terbeliak biji mata aku.

"Eh awak!" aku menekup mulut dengan tangan.

"Umm- sorry. Peluh. Tangan saya licin"

"Peluh tu peluh juga. Kalau kena kaki tadi macam mana? Terkejut saya tahu tak"

Adri membiarkan dumbbell yang terjatuh tak dikutip. Lelaki itu terus tarik tuala kecil yang tertumpuk di sisi. Rambut dan wajahnya dilap. Mengelap peluh yang mengalir.

Berkira-kira aku mahu berjalan melintasi Adri untuk ke dapur. Nanti Khuz nak makan bila bangun nanti. Si bujang tu sambung tidur semula lepas Subuh tadi. Tergolek di atas sejadah lepas berdoa.

Khuz tu mudah terlelap. Senang sangat nak tidur. Tak sampai beberapa minit dia dah lena.

Tanganku ditangkap Adri saat aku melintasinya. Bukan saja dipegang tapi ditarik. Terduduklah aku di atas ribanya. Jeritan kecil terlepas.

Cepat-cepat Adri menekup mulutku. Bulat matanya. Mungkin tak sangka aku akan terjerit. Melingas dia menoleh ke belakang. Takut anak bujang dia bangunlah tu. Mulut si bujang tu boleh tahan. Pantang nampak pelik-pelik laju je dia tegur. Bercakap tak berhenti-henti.

Di umur macam tu memang tengah suka bertanya. Semua benda dia tanya. Semua benda dia nak tahu. Kata Adri itu tanda yang Khuz dalam keadaan baik-baik saja. Tiada yang boleh dirisaukan apabila Khuz rela bersikap terbuka begitu.

"Jangan jerit-jerit sayang. Khuz dengar nanti" bisik Adri perlahan.

"Awaklah! Tarik saya kenapa?"

Adri tak balas. Matanya merenungku tunak. Memandangku dengan pandangan lembut. Bibir lelaki itu terkoyak membentuk senyuman. Lesung pipit lelaki itu terbentuk.

HER OBSESSION: ADRIWhere stories live. Discover now