BAB 24

240 17 0
                                    

Aku baring di sebelah kiri. Adri di sebelah kanan. Dia berbaring secara menelentang menghadap siling. Mata sudah dipejam rapat. Nafas lelaki itu semakin konsisten. Tanda dah nak tertidurlah tu.

Mama pesan jangan membelakangkan suami. Aku ikut menelentang. Lama kelamaan aku terasa kurang selesa. Jadinya perlahan-lahan aku berpusing ke kanan. Menghadap Adri dan menatap wajah itu dari tepi.

Dari tepi pun handsome.

Samar-samar nampak wajah tampan itu dek kerana cahaya yang suram. Aku memang tak boleh tidur ada cahaya lampu. Jadi susah nak tidur. Mujur Adri okay aje bila aku cakap aku suka tidur gelap.

"Sampai bila awak nak tenung saya, Em?" tiba-tiba Adri bersuara.

Terkejut aku. Nasib baik aku tak menjerit.

Adri buka mata. Menoleh ke arahku. Nampak muka mengantuk. Mesti dia tak selesa dari tadi aku pandang dia.

"Sorry kalau awak tak selesa"

"Tak adalah. Rasa pelik. Selalu peluk budak"

Aku tergelak.

Tak disangka Adri membalikkan tubuh menghadapku. Sekarang kami saling berhadapan. Saling merenung antara satu sama lain.

"Panggillah Khuz tidur dekat sini sekali" aku menawar.

"Biarlah. Tak elok. Sejak saya jadi duda dia tak pernah nak tidur seorang. Sekarang ni biar dia berdikari. Saya dah pesan kalau saya kahwin lagi dia kena tidur sorang. Dia kata okay. So, biarkan"

"Kesian dia"

"Dah tidur dah pun budak tu"

Senyap.

Di remang-remang, aku nampak sepasang mata gelap Adri menilik wajahku dalam diam. Nasib baik tak ada lampu. Ini kalau terang mesti Adri dah nampak mukaku dah berubah warna.

"Awak marah saya lagi, Em?"

Aku diam dulu.

"Tak"

Memang marah tu dah hilang. Aku berfikir yang mungkin Adri ada sebab kenapa jadi macam tu. Nak menyesal sekarang pun dah tak guna. Aku redha dengan ketentuan.

Aku akan tunggu hingga Adri menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya tempoh hari. Kalau dia tak nak bagitahu, aku sendiri akan paksa. Tipulah kalau kata aku tak penasaran. Jika boleh, sekarang ni aku nak tanya tapi aku tahu ia bukan masa yang tepat.

Takkan nak bergaduh di malam pertama?

"Saya akan explain nanti, Em. Tapi bukan sekarang"

"I know"

"Saya minta maaf"

"I forgive you"

Perlahan Adri tarik aku ke tubuhnya. Aku dah berserah. Kalau ada apa-apa Adri nak buat dekat aku memang aku dah redha habis.

Tapi tidak. Adri tarik aku hingga aku menindih sebahagian tubuhnya. Melekap habis. Kepalaku betul-betul di dada kiri Adri. Mendengar detak jantung Adri yang agak kencang. Nervous juga dia rupanya.

Spontan aku memeluk tubuh tegap itu. Seiring dengan tangan Adri mendarat di pinggangku. Memastikan aku tetap rapat.

Pertama kali kami dalam posisi ini. Sangat rapat. Perasaannya juga berbeza. Dah tak terasa dingin malam yang tak dapat dihangatkan oleh selimut. Aku berasa hangat dari tubuh Adri yang mula menjalar ke tubuhku.

Mula-mula segan dan takut-takut. Adri pula tak berbaju. Hanya berseluar aje. Aku nak sentuh pun risau. Lama-kelamaan aku mulai relaks. Detak jantung Adri pun sudah berdegup normal dan konsisten. Mirip degupan jantung untuk orang yang sedang tidur.

HER OBSESSION: ADRIWhere stories live. Discover now