BAB 38

244 13 0
                                    

Aku terjaga saat mendengar suara budak menangis. Bukan satu tapi dua. Terselit di celah-celah suara tangisan itu ada yang memanggil 'daddy' beberapa kali. Ada juga suara Khuz berubah tegas dan agak keras.

Mata yang terasa berat aku paksa agar ia terbuka. Benda pertama yang aku tengok adalah siling putih. Anak mata melirik ke kiri dan kanan.

Sah aku di hospital. Tangan kiriku ada IV Drip. Saat mata melirik ke kanan, aku tengok di penjuru bilik ada Adri, Khuz dan sepasang kanak kanak lelaki kembar . Seorang di kanan Adri dan seorang lagi dipangku di riba. Khuz pula duduk sendiri.

Berbeza dengan Khuz, si kembar itu berambut hitam dan ikal. Lebat sungguh rambutnya. Agak panjang sampai menyentuh leher. Sekali pandang macam budak perempuan. Ada iras Adri tapi wajah mereka lebih mirip jika aku bandingkan dengan ibunya.

Nuha.

Terkelip-kelip mataku melihat pemandangan itu. Di mana Adri nampak lebih lelah dan keletihan. Matanya merah macam tak cukup tidur. Pandangan yang ditunjukkan juga berbeza. Jelas Adri kepenatan. Lelaki itu nampak lebih pucat dari selalu.

Liur ditelan sekali. Tekak terasa perit dan kering. Membuatkan aku terbatuk beberapa kali. Kerana batuk itu mengundang perhatian mereka.

Tanpa berlengah, Adri terus bangun. Mengendong kembar yang di ribanya. Meluru ke arahku.

"You're awake" itu kata Adri. Dengan suara penuh kelegaan.

Aku terbatuk lagi. Sakit sungguh tekak aku sekarang ni. Tak dapat aku membalas ucapan Adri tadi.

Bagai memahami apa yang aku mahu. Adri turunkan budak di dalam dukungannya. Laju dia menuangkan air lalu dihulur padaku. Penuh berhati-hati Adri menyuapkan aku minum.

Gelas yang kosong diletak semula di meja. Adri tarik kerusi dan duduk di atasnya. Jari menekan satu butang yang ada di kepala katil. Kemudian lelaki itu memberikan sepenuh tumpuannya padaku.

"Ingatkan Em dah tak nak bangun" kata Adri perlahan sambil mencapai tanganku.

Aneh betul Adri.

"Tahu tak berapa lama Em tidur? Seminggu, sayang. For the whole week, saya rasa kosong. Macam ada sesuatu dalam diri saya ni dah hilang"

Lamanya aku tidur.

Aku nak bercakap tapi tekakku masih sakit. Aku terbatuk-batuk lagi. Dapat aku merasakan sentuhan Adri di belakang tubuhku apabila aku batuk. Usapan hangat itu membuatkan aku rasa hampir menangis.

Jangan biarkan kau orang berpisah. Janji dengan Nuha.

Suara itu bergema di dalam kepala. Dengan mata yang berkaca-kaca, aku pandang ke arah Adri. Lelaki itu usap kepalaku.

"Em okay tak?" untuk pertama kali aku dengar soalan itu meniti dari bibir Adri.

Terasa hangat pipiku.

"Doktor cakap Em stress. Kenapa? Awak fikir apa, sayang? Kan semester baru start. Awak sampai bleeding, Nasib baik Cupcake tak apa-apa"

"Saya minta maaf" hampir tak terkeluar suaraku.

"Lepas ni awak rest sampai semuanya okay. Tunggu masuk empat bulan baru boleh masuk kelas lagi. Doktor suruh awak bed rest"

Aku mengangguk.

Tak semena pintu terbuka. Seorang doktor perempuan menapak masuk dengan senyuman di bibirnya. Di belakang doktor itu adalah doktor peribadi Adri.

Selama aku diperiksa, Adri hanya memandang dari jauh. Aku dapat lihat pandangan berat dari mata Adri. Aku tahu riak itu. Adri tengah risau.

HER OBSESSION: ADRIWhere stories live. Discover now