EPILOG II (GOOD ENDING)

703 15 8
                                    


IMPORTANT!!!!!

IMPORTANT!!!!!

IMPORTANT!!!!!

Ini adalah EPILOG II which is GOOD ENDING. I repeat, THIS IS GOOD ENDING. Dekat title dah ada, kalau tak nampak jugak aku tak taulah. Ending ni hanya untuk yang dah skip EPILOG I which is bad ending. Ini juga bab terakhir untuk Part 2. 


 ━━━━━━━━━━━━━━━━━━


Entah apa malang nasib aku hari ini. Dari pagi tertinggal bas gara-gara terbangun lewat. Dah sampai pejabat baru sedar pakaianku tak mengikuti dress code.  Sudahlah hari ini hari pertamaku menjalani internship. Habis rosak imejku. 

Bukan senang nak menjalani internship di sini. Dalam kelasku, hanya aku seorang yang berjaya lulus dibandingkan dengan teman yang lain. Tentunya masing-masing iri. 

Namun ia bukan tiket aku untuk membangga diri dapat menjalani internship di bawah satu perusahaan yang gah. Selain diberi elaun yang mahal, juga dikatakan pemilik perusahaan itu masih berusia muda namun jarang diketahui khalayak. Oleh itu, menjadi punca masing-masing menghantar permohonan internship di sini. 

Jujur, aku gembira. Manalah tahu aku dapat melihat siapa empunya perusahaan. Boleh juga aku buat drama seperti yang ditayangkan di TV. Hahaha. 

Tak sampai beberapa minit aku melapor diri, rasa senang dan gembira dalam diri jatuh menjunam secara drastik. Diganti dengan rasa kesal dan sedih. Mempertanyakan kenapa aku boleh mengambil keputusan untuk menjalani internship di sini. Sekali gus aku mendapat jawapan kenapa hanya aku yang diterima. 

Memang malang nasib hidupku untuk hari ini. Sangat-sangat malang. 

Entah di mana dosa aku hari ni boleh diuji sebegini hebat. Mood aku sudah merudum. Sumpah sekarang rasa nak lari balik. Aku tak nak meneruskan internship di sini. 

"Assalamualaikum" 

"Waalaikumsalam" aku jawab dalam helaan nafas. 

Sedaya upaya aku cuba menjawab salam itu dengan nada paling perlahan. Namun aku tau ia tak mungkin. Aku pasti si memberi salam dapat mendengar suaraku dengan jelas. 

Diikutkan hati memang aku nak siku perut orang belakang kuat-kuat. Biar sampai dia berguling kesakitan pun tak apa tapi diingatkan yang dialah orang yang akan membayar elaunku dan dia orang penting di sini, jadi aku pendamkan saja niat itu. Boleh saja dia tendang aku keluar dari office ini di hari pertama aku.

"Dah tahu kenapa awak dekat sini, Khalila?" suara garau itu kedengaran betul-betul di telinga kananku. 

Rapat sangat ni. Mujur hanya kami berdua di dalam ruangan ini. Kalau di luar, mahu timbul fitnah! Silap hari bulan aku kena cop menggatal dengan bos sendiri. 

"Sampai bila awak nak tahan pintu ni? Saya dah kenalkan diri. Sekarang saya nak bekerja"

"Di sinilah tempat awak" 

"Lepaskan saya, Adri!" aku ketap bibir. Menahan sabar. 

"Macam yang saya cakap, di sini tempat awak. Kerja awak hanya untuk layan saya" tak semena aku dapat merasa hembusan nafas hangat di pipi kanan.

Belum sempat sepasang bibir itu hinggap di situ, cepat-cepat aku keluar dari kepungan tangan Adri. Dengan bermurah hati, aku menghadiahkan satu tamparan di pipinya. Boleh tahan kuat aku tampar. Panas tapak tanganku. 

HER OBSESSION: ADRIWhere stories live. Discover now