BAB 8

210 13 0
                                    

Tiba hari aku terbang balik ke Brussels. Beratnya hati mahu meninggalkan semua yang ada di sini. Suasana yang berbeza tapi menenangkan. Bahasa dan budaya yang berbeza tapi harmoni. Aneka makanan yang tak pernah cukup untuk aku cuba setiap satu. Pemandangan yang mengagumkan tatkala aku memandang.

Dan juga Tok Ray, nanny, Khuz juga Adri. Orang yang banyak mengisi masa selama aku berada di sini.

Nanti aku akan merindu Khuz. Tingkahnya yang terkadang nakal namun aslinya imut dan manut. Sangat mendengar kata. Mulut petah bercakap dan berbual panjang. Suka mengadu pada orang kalau Adri menghalang dia berbuat sesuatu.

Aku tergelak sendiri. Membayangkan mulut Khuz yang sekejap terjuih dan sekejap terherot-herot mengomel tentang ayahnya.

Bunyi ketukan pintu menggamit perhatian. Bila aku menoleh, Khuz berdiri di muka pintu. Di tangan itu ada beg kertas. Kaki pendek itu terkedek-kedek berjalan ke arahku.

"What is this?" aku menyoal bila Khuz hulur beg itu.

"From daddy"

"Daddy?"

Aku tersentak. Dah kenapa Adri nak bagi hadiah pula pada aku? Bukannya aku ada apa-apa dengan dia. Anggap ajelah kami berkawan rapat.

"I need to take it?" aku meneka.

"Yes"

Aku faham. Kalau aku bagi balik pada budak ni, dia takkan berganjak dari bilik ini. Lagi ekstrem kalau dia panggil daddy dia untuk paksa aku terima hadiah ini.

Beg kertas itu aku masukkan ke dalam luaggage. Diselit elok-elok di bahagian tepi beg yang masih kosong. Bersama barang yang aku dah beli untuk mama dan papa.

Selesai berkemas, aku tarik beg aku keluar. Adri meminta beg aku untuk diletakkan di dlaam kereta, jadi aku berikan pada dia. Sementara masih punya kesempatan, aku mengucapkan selamat tinggal pada Tok Ray dan nanny. Beberapa pesanan diturunkan sebelum aku keluar.

Khuz juga melambaikan tangannya. Kerana geram, aku peluk erat tubuh kecil itu dan hadiahkan ciuman di dahi. Khuz hanya sengih.

Dalam perjalanan, kami jarang berbual. Sesekali cuma bertukar kata. Sepatah dia tanya, sepatah aku jawab.

"Dah sampai. Awak baliklah. Khuz tunggu dekat rumah" aku halau Adri.

"Awak tu perempuan, Em. Biar saya teman sekejap. Bukan saya ada kerja lepas ni"

"Saya tak nak susahkan awak"

"I didn't say anything about be in trouble. I do what I want. Saya nak teman awak, so I did. Anggaplah ini bakti terakhir saya sebagai kawan"

Kawan.

Sepatah kata itu terus terpahat di dalam kepala. Berdengung suara lelaki itu menyebut kata itu dan berulang-ulang tanpa henti.

Aku pandang Adri yang duduk berhadapan denganku tika ini. Lelaki itu tenang memandang ke kiri dan kanan. Melihat pelbagai jenis manusia yang ada di lapangan terbang. Entah kenapa aku jadi ragu.

Kate, orangnya di depan kau aje! Cakap! Kalau bukan sekarang, bila lagi? Nasib ni kita tak tahu. Selagi tak mencuba, takkan kita tahu apa jawapanya.

"Adri, I don't know how to tell you. I can't explain all these things" dengan berani aku bersuara.

"Go on"

"You don't mind if I tell you this?"

"Tell me. The effect after that is not responsibilities. Just let it go. You know, the worst battle is between what you know and how you feel. Spit out" Adri memberi semangat.

HER OBSESSION: ADRIWhere stories live. Discover now