BAB 4

293 15 0
                                    

Bingung aku lihat di meja makan hanya ada tiga orang. Tok Ray di paling hujung. Nanny di sebelah kiri Tok Ray dan Khuz di sebelah nanny. Tak macam selalu kali ini pandangan Khuz tampak berbeza. Seakan kurang senang denganku.

Aku fikir semula. Padanlah dia lain. Walaupun umurnya kecil tapi anak itu sudah faham dengan suasana sekeliling. Dah mengerti apa yang terjadi. Lagi-lagi kejadian petang tadi ayahnya sendiri mendakap tubuhku.

Di fikiran muda itu pastilah timbul pelbagai soalan. Tak ada yang mahu dengar luahanya. Adri pula sudah keluar dari jam enam petang tadi.

"Adri tak balik lagi?" aku bertanya.

Tok Ray hanya geleng. Semua tak bersuara. Bikin hati aku susah. Aku tertanya-tanya sendiri adakah itu salah aku atau bukan. Melihat dari gaya, mereka seakan mahu memberitahu yang itu adalah khilafku.

Tapi bukan! Aku tak pernah meminta. Sekali pun aku tak minta.

"Kate, duduk. Kita makan dulu. Nanti baru cakap"

Aku menurut. Tarik kerusi berhadapan dengan nanny dan labuhkan duduk di atasnya. Malas nak memanjangkan isu sebenarnya. Rezeki pula di depan mata.

"Nanti Khuz masuk bilik lepas makan, ya?" Tok Ray pandang ke arah Khuz.

"Okay"

Khuz pun tak cakap apa.

Sepanjang kami makan langsung tak sepatah pun kami berbual. Tak seperti selalu. Menaikkan suasana canggung sehingga menyelubungi seisi ruang. Hanya ada suara kecil Khuz meminta itu dan ini pada nanny.

Aku jadi segan nak angkat kepala. Tetap tertunduk memandang pinggan. Selera yang tadinya terbuka terus mati. Jadi tak lapar terus. Tekak pula kelat menelan makanan.

Usai makan, baki makanan disimpan di dalam bekas lalu dimasukkan dalam peti sejuk. Segala peralatan makan tadi dicuci hingga bersih. Setelah dari itu barulah aku menyertai Tok Ray di ruang tamu.

Melihat kedatangan aku dan nanny, Tok Ray berbisik-bisik dengan Khuz. Anak kecil itu turun dari duduk sebelum berlari masuk ke dalam bilik. Rapat daun pintu bertemu dengan dinding.

"Duduk Kate"

Aku duduk.

"Tok Ray nak cakap apa?" aku bertanya ingin tahu.

"Apa jadi petang tadi? Tok datang tengok sebab tok dengar kau orang bercakap"

"Pasal Khuz. Baru ni Khuz ada mengadu. Saya cakap dekat Adri tapi dia tak tahu pasal tu" jujurku.

"Kamu marah dia ke?"

Marah? Aku marah Adri ke? Rasanya tak.

Aku melepaskan apa yang aku rasa sepatutnya aku lepaskan. Mengutarakan apa yang Adri patut tahu. Jadi, bagi jawapan untuk soalan Tok Ray aku beri gelengan kepala.

"Habistu?" Tok Ray menagih jawapan.

"Saya tak tahu. Tiba-tiba Adri jadi macam tu"

"Jangan terlalu lepas kata, Kate. Kamu tak tahu apa yang Adri tu lalui selama ni. Hidup dia dah cukup perit. Usahlah nak menambah garam pada luka"

"I don't get it"

Tok Ray tarik satu nafas panjang.

"Adri tu budak baik. Orangnya mature dan berani. Cara dia berfikir jauh ke depan. Tok suka dia sebab orangnya tak mudah putus asa. Dulu tok pernah jadi client dia. Tok jemput dia datang office untuk meeting. Dia kenal dengan Nuha dari gambar yang tok letak dalam office. Waktu tu umur dia baru 13 atau 14 begitulah. Paling tok terkejut bila dia cakap nak Nuha"

HER OBSESSION: ADRIWhere stories live. Discover now