BAB 12

216 10 0
                                    

Aku mengeluh panjang. Buruk juga kalau lelaki merajuk. Berhari-hari aku cuba memujuk langsung tak termakan pujuk. Keras betul hati duda sorang ni. Sampai aku sendiri tak tahu nak cakap apa.

Sumpah aku rasa serba salah lepas kejadian lepas. Manalah aku tahu Adri orang pertama ajak aku keluar. Kenapalah aku bodoh sangat tak cek telefon? Padahal aku rasa abang Mikael pun tak keberatan untuk membatalkan plannya di hari itu.

Lama-lama boleh linglung aku jadinya gara-gara yang seorang ini. Sudahlah orangnya memang susah untuk aku tebak. Lagi-lagi tentang isi hati dan perasaan lelaki itu. Yang ditayang apa? Pandangan mata kosong.

Anak dengan bapak, sama! Tak ada beza!

Cumanya Khuz sudah boleh ajak aku berbual. Dah tak macam kali pertama bertemu. Itu betul-betul buat aku rasa tengah berdepan Adri tapi versi kecil.

Tak sampai seminit telefon aku masukkan dalam beg, ia berdering nyaring. Kelam kabut aku menggagau isi beg. Saat terjumpa telefon, terus aku tekap ke telinga tanpa lihat nama pemanggil.

"Hello?" terlebih dahulu aku menyapa.

Hujung talian sepi. Telinga aku tak menangkap apa-apa bunyi selain bunyi orang bernafas.

Baru aku nak lihat skrin, ada suara menyahut perlahan membuatkan aku sedikit terkejut. Bukan apa, ini kali pertama aku mendapat panggilan dari dia.

"Aunty..."

"Khuz?" aku mahu memastikan.

Sepi lagi. Tiada jawapan yang aku terima melainkan ada bunyi-bunyi aneh yang otak aku tak dapat tafsir. Kemudian barulah suara kecil itu kedengaran lagi.

Automatik membuatkan aku berasa lega untuk beberapa saat. Hanya untuk beberapa saat. Saat seterusnya buat jantung aku hampir berhenti berdetak.

"Did daddy with you? He's not home since the day he left five days ago"

"What?" aku kehilangan kata.

"Daddy left. He not return since five days ago"

"Khuz sorang-soranglah ni?"

"Um...yes. Did daddy with you?" Khuz mengulang soalan sama.

Ya Allah! Adri! Mana awak pergi? Teganya awak tinggal anak awak macam itu aje?

Cepat-cepat aku pandang ke skrin telefon. Ia tertera nombor rumah. Pandai betul Khuz simpan nombor aku. Bijak sungguh anak Nuha ni. Sebiji macam mama dia.

"I'm sorry but he's not here" serba salah aku menuturkan kata.

"Oh... okay"

"Khuz dah call daddy?"

"I did. But he didn't answer it. Must be he turn off his phone or-"

"His phone out of battery" aku laju mencantas. Spontan. Tanpa aku mampu kawal mulut sendiri.

Padanlah mesej yang aku hantar tak berbalas. Ke mana ajelah dia ni pergi. Sengaja bikin aku sakit kepala risaukan anak dia dekat rumah tu. Entah apa aje yang budak tu makan. Jangan-jangan tak makan lagi!

Sampai lima hari keluar tak balik-balik. Ke mana ajelah Adri pergi. Aku pula yang kena pikul masalah dia. Sudahlah aku dah jatuh kasih pada Khuz kerana sikapnya yang imut.

"Khuz..." aku menyeru namanya.

"Yes, aunty?"

"You remember your address?"

"I did write it. Wait a second. Let me read it for you"

Laju tangan aku mencari pen dan kertas untuk mencatat alamat rumah yang disewa Adri. Khuz pula pandai. Disebut satu per satu patah kata. Dapatlah aku catat alamat itu.

HER OBSESSION: ADRIWhere stories live. Discover now