BAB 5

285 16 0
                                    

Teruja aku memandang ke pemandangan sekeliling. Sesuatu yang sangat asing tapi sangat cantik di mataku. Ada masa aku merakam dengan telefon. Sekadar untuk disimpan menjadi kenang-kenangan. Nanti boleh aku tunjukkan pada mama.

Asalnya dulu mama warganegara. Menetap di Malaysia sehingga umur sembilan tahun sebelum pindah ke Brussels. Ditakdirkan bertemu dengan papa. Dulu mama pernah cerita yang dia pernah ke Malaysia semula selepas berkahwin dengan papa tapi untuk beberapa hari.

Banyak masa aku habiskan memandang ke luar tingkap. Satu suasana yang tak pernah ku lihat tapi indah. Kagum melihat bangunan-bangunan tinggi di tengah kota.

Penat meninjau ke luar, aku sandarkan tubuh semula ke kerusi. Mata melirik pada lelaki di sebelah kanan. Adri yang bagai sedari diperhatikan turut melirik padaku untuk sesaat dua. Kemudian lelaki itu melihat pada cermin pandang belakang. Memeriksa Khuz yang duduk di tempat duduk belakang.

Aku ikut menoleh ke belakang. Khuz sedang tunduk menatap skrin iPad. Itu kepunyaan Adri. Sebelum kami bertolak tadi, iPad itu dihulur.

"Penat dah?" tiba-tiba Adri bertanya.

"Tak. Excited"

Adri senyum.

Lelaki itu rajin tersenyum tapi senyumannya hambar. Palsu dan dibuat-buat. Aku yang melihat pun berasa kurang puas lihat senyuman itu. Ceria di wajah Adri sudah hilang. Pandangan mata kosong. Senyuman paksa.

Kehilangan Nuha benar-benar memberi kesan pada hidup Adri. Kakau tidak, lelaki ini takkan bisa berubah sehingga begini rupa.

"Kalau awak penat, tidurlah. Jauh lagi ni. Tukar dengan Khuz dekat belakang"

"Tak. Saya okay. Lagipun Khuz yang nak duduk dekat belakang" ujarku.

"Perangai budak tu. Selama ni suka duduk depan tiba-tiba nak duduk belakang"

Mulalah Adri omelkan anaknya. Aku tahan ketawa. Terhibur dengan Adri yang nampak annoying dengan perangai nakal Khuz.

Namun begitu aku sedia mengerti Adri faham kebiasaan untuk kanak-kanak seumuran. Di umur Khuz, anak-anak tengah panjang akal. Nakal minta ampun. Lagipun mereka kecil hanya sekali. Di masa depan belum tentu dapat merasai pengalaman sama seperti sekarang.

Adri sayang tapi dah namanya lelaki. Perasaan disimpan rapi.

"Daddy, I hear you" Khuz menyahut dari belakang.

Kali ni aku tak boleh tahan. Tawaku terburai. Dua beranak ni memanglah. Yang seorang jenis keras kepala. Masalahnya, yang kecil pun sama. Baru betul bapak borek, anak rintik. Aku dah cakap mereka berdua ni tak perlu sebarang ujian untuk memastikan DNA.

Adri tergeleng perlahan. Tanda dia malas nak layanlah tu. Muka dah annoyed macam tu memang tak adalah Khuz tu nak dilayan.

Sudahnya kami sambung berbual macam biasa. Terhenti seketika apabila Khuz bertanya di mana mahu disimpan iPad memandang masa bermain iPad sudah tamat. Adri hanya memperuntukkan satu jam.

Pada mulanya aku hairan tapi bila mendengar penjelasan Adri, aku tersedar yang Adri betul. Kanak-kanak seperti Khuz tak boleh diberi masa bermain gadget terlalu lama. Itu sebab Adri rela memberikan mainan, buku dan sebarang benda yang boleh buat Khuz lakukan sendiri. Tak semestinya kanak-kanak didedahkan pada gadget.

"Banyak buruk dari yang baik, Em. Saya nak explain satu-satu pun payah. Senang cakap memang tak eloklah. Sejam itu pun dah lama sangat. Selalunya saya bagi lima belas minit je. Better dia keluar dan tengok surrounding berbanding main benda tu" ujar Adri.

"Sekarang saya dah tahu"

"Apa yang awak tahu?"

"Dah tahu kenapa awak muda-muda dah ada anak. Jaga sorang diri"

HER OBSESSION: ADRIWhere stories live. Discover now