"Khalila Emara Abdullah, mulai hari ini aku lepaskan kau"
Hancur.
Hatiku hancur saat sepotong ayat itu bergema di laluan kaki lima hospital. Sekali dengan air mataku yang deras mengalir jatuh ke lantai. Sangat aku tak sangka-sangka kami akan berakhir dengan cara begini.
Ya, memang aku sudah mati rasa. Memang aku sudah tawar hati. Namun aku memerlukan masa untuk menyiapkan diri sebelum berpisah. Bukan secara mendadak begini. Belum sembuh luka di hati malah tertikam lagi. Lebih dalam. Lebih perit. Lebih pedih.
"Itu kau nakkan? Kau boleh pergi ke mana kau nak pergi sekarang"
Aku cuba mencapai tangan Adri namun lelaki itu pantas melarikan tangannya. Tak dipedulikan aku yang tersengguk menangis di depannya. Yang aku rasakan saat ini lemas. Hilang segala kekuatanku. Teras lutut lembik seperti jeli. Hampir aku tumbang.
Sudahnya aku terjelepok jatuh. Tangan memaut kaki Adri. Aku mahu memohon ampun dan segala silapku. Aku tahu yang aku sudah keterlaluan.
"Adri...maafkan saya" bergetar suaraku.
"Dengan maaf tu boleh kembalikan nyawa Kash ke?"
Aku menangis lagi. Kerana ego dan keras kepala, sekarang kami kehilangan Kash. Si kembar yang ceria dan banyak ragamnya. Ada aja perangai random yang terkadang mampu mencuit hatiku.
Kash si bongsu. Manja dan suka dimanjakan. Suka menganggu abang-abangnya. Ada masa sampai menangis apabila dimarahi Syah atau Khuz.
Kash si abang Luna. Sangat menyayangi si puteri kecil. Paling suka mengucup wajah Luna ketika bayi itu tidur. Bahkan dia mampu tahan duduk berjam-jam semata memerhatikan si puteri kecil itu lena.
Dan sekarang, Kash sudah tiada. Kash sudah pergi.
Sebab silap dan khilafku, ALLAH telah membayar secara tunai. Tak sampai sepuluh minit aku meminta cerai dari Adri dan Kash diambil semula. Sekali pakej dengan permintaanku tertunai. Aku telah diceraikan.
"Awak...anak kita-"
"Anak saya. Luna anak saya. Khuz anak saya. Syah anak saya"
Jeda.
"Kash pun anak saya"
Sayu hatiku mendengar bicara Adri. Aku adalah ibu kepada Luna. Mengapa kedudukanku tak diiktiraf?
"Semua ni bukan urusan awak. Now you can go"
"Adri..."
"Go! Aku tak nak tengok muka kau lagi. Kau mintakkan? Aku dah tunaikan. Jadi, apa yang kurang lagi?"
Aku terdiam.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━
IMPORTANT INFORMATION!!!!!
IMPORTANT INFORMATION!!!!!
IMPORTANT INFORMATION!!!!!
IMPORTANT INFORMATION!!!!!
IMPORTANT INFORMATION!!!!!
As promised, aku dah settlekan chapter tambahan untuk SHE's ADRI's and aku tengah siapkan untuk penutup. THERE WILL BE TWO EPILOGUES. I repeat THERE WILL BE TWO EPILOGUES.
Somehow maybe ada yang denial chapter 45 ni end cara macam ni. I know. I got you baby. THAT'S WHY AKU BUAT DUA EPILOG.
Dua dua epilog ni aku akan publish serentak. Soon, not now. There will be EPILOG I dan EPILOG II. And aku akan bagitau which one good ending and bad ending. Dah ghupe game. But I will tell you yang nanti aku akan letak title macam ni:
EPILOG I (BAD)
EPILOG II (GOOD)
Untuk yang nak simpan rasa yang membuak buak nak hempuk aku guna kuali legend, sila baca EPILOG I. Untuk yang denial dengan chapter kali ni boleh terus baca EPILOG II. Just skip EPILOG I. Ada faham?
Untuk yang skip this information, aku akan letak dekat epilog nanti jugak. Aku akan infrom siap siap itu bad ending or good ending. Kalau tak baca jugak aku tak tahulah. Jadi manusia tu rajin-rajin sikit baca info sebelum aku yang ligan kau guna kuali legend. Aku dah cukup baik dah nak berdamai dengan kau orang. I give you guys pilihan untuk pilih kebahagiaan masing masing. Lepas ni jangan terjun katil sebab murung tak suka ending.
Enjoy your February <3
YOU ARE READING
HER OBSESSION: ADRI
RomancePART 2 | OBSESSION | SEQUEL : TODAY HER's ADRI's 1/10/2022 - 7/2/2023 Dari pertemuan pertama. Hingga ke pertemuan kedua. Melanjut ke pertemuan ketiga yang langsung tak disengajakan. Orang kata kalau berjumpa lebih dari sekali itu tandanya jodoh. Tap...