BAB 41

318 23 8
                                    

Penuh berhati-hati aku mengelap wajah Adri yang penuh dengan bekas luka dan lebam. Gara-gara helikopter yang dinaiki mengalami masalah, Adri dan Liam jatuh. Mujur Adri tak seteruk Liam yang masih kritikal. Adri hanya koma. Tak cedera fatal.

Hal rumah dan anak-anak buat masa sekarang aku serahkan pada Meiki. Selama aku mengetahui Adri terbaring kaku tak bergerak begini, aku mahu menjaganya. Jika dikira dengan teliti, hari ini sudah masuk hari ke tiga belas.

Sesekali Khuz dan si kembar datang menjenguk. Mereka juga patut tahu. Ini ayahnya. Supaya mereka tak keliru dan terpinga-pinga.

Aku mengikut rules Adri. Lebih baik mereka memberontak saat mengetahui hal sebenar di usia kecil berbanding mereka menyimpan dendam di saat dewasa nanti. Sejujurnya memang penat. Khuz mudah faham dan mudah beradaptasi dengan keadaan.

Anak itu hanya diam dan mengangguk saat melihat daddynya koma. Tenang namun ada gelora di dalam diri yang tersimpan. Si kembar yang paling susah aku kawal. Mereka memberontak, menangis dan meraung. Hingga Khuz yang kelihatan terhenyak dengan berita sedih ini turut membantu aku menenangkan adik-adiknya.

Memang seorang abang yang baik dan bertanggungjawab. Syah yang mulanya marah dan memberontak sudah mula memahami. Redha dengan keadaan yang berlaku. Cuma Kash yang selalu menangis dan suka mengamuk.

Tak selalu aku bawa ke wad. Kalau datang pun cuma Khuz yang boleh masuk. Yang lain hanya boleh melihat dari luar kaca. Memandangkan Kash yang meronta-ronta mahu masuk.

Beberapa hari berlalu akhirnya aku menerima berita yang aku tunggu-tunggu selama ini. Pantas aku bergegas dari kolej ke hospital. Perut yang mulai memberat dah tak terasa. Malah kaki yang selalu cramp pun aku dah tak ingat. Laju kakiku melangkah sampaikan Ruiz yang merupakan juga bodyguard Adri pun terkejar-kejar akan langkahku.

Sampai di dalam wad Adri sedang berbaring. Posisi tangan dah berubah. Tahulah yang Adri dah sedar. Agak mengecewakan bila aku bukan orang pertama yang dia lihat saat buka mata. Namun aku bersyukur dia selamat.

Lelaki itu membuka mata dan menoleh ke pintu saat aku membukanya. Muka keliru. Terkebil-kebil tengok aku. Pandang aku macam orang bingung.

Ohh faham...dia dah koma dua bulan. Mestilah ambil masa nak recover. Sama ada ketahanan fizikal atau memori. Kak Kaylien pun sampai sekarang masih menjalani terapi selepas bertahun-tahun koma sampai anak sendiri pun dia tak kenal.

Aku senyum seulas. Letak beg di meja tepi katil. Adri hanya pandang.

Segan bila Adri tenung aku tak lepas macam tu. Terasa panas mukaku. Tudung yang senget aku betulkan agar kelihatan kemas. Biar Adri nampak aku elok.

"Hai" dulu-dulu dia tegur aku. Senyum manis. Lesung pipit!

"Hai awak" aku layankan.

Tak lepas sepasang mata gelap itu memandangku. Siap tengok aku atas bawah. Janganlah dia pandang lama-lama. Sejak dia terlantar koma, hidup aku mula berantakan. Baju yang aku pakai pun asal pakai. Tak ada gaya langsung.

Tiba-tiba seorang doktor masuk bersama seorang jururawat. Rupanya Adri mahu diperiksa lagi. Aku bergerak ke penjuru wad dan duduk di salah satu kerusi. Mata memandang ke arah Adri.

Di satu sudut hati, aku mengagumi kekuatan Adri. Lelaki itu mampu bangun dari koma dalam waktu yang singkat. Tentulah dia tak tega meninggalkan anak-anaknya dan terus membuatkan aku sedih. Walaupun aku tahu aku sekadar menyedapkan hati sendiri konon Adri peduli tentangku.

Aku lihat Adri seperti bertanya sesuatu pada doktor. Namun ia disambut dengan tawa oleh doktor dan jururawat tadi. Melihat Adri yang cemberut buat aku rasa penasaran. Ia terjawab apabila doktor tadi menjelaskan keadaan Adri padaku.

HER OBSESSION: ADRIWhere stories live. Discover now