BAB 16

231 7 0
                                    

Aku berbungkus selimut di atas katil. Sedikit mengigil. Tubuhku panas. Tak sampai dua jam tapi dah panas begini. Serius aku kata nanti aku akan demam teruk berhari-hari.

Balik tadi Adri betul hantar aku sampai depan rumah. Aku memberi alamat padanya. Papa terkejut besar tengok kami dah kuyup kebasahan di depan pintu. Yang aku ingat cuma papa menyuruh aku ganti baju dan mempersilakan Adri masuk. Lepas dari itu aku tak tahu.

Sengaja aku berkurung dalam bilik. Tak mahu keluar lepas mengganti baju tadi. Soalnya aku mula berasa pening. Tak tahulah Adri dah balik atau belum.

Pintu bilikku diketuk seseorang. Aku tak menyahut. Berat mulut nak menjawab. Dari suara yang terlaung, aku teka papa yang berada di depan pintu. Mama dah datang tengok tadi. Berjanji nak membuatkan aku bubur.

Daun pintu terbuka. Aku makin menyusupkan diri di bawah selimut tebal. Berselubung hingga muka saja yang kelihatan. Aku lihat papa berdiri di depan pintu. Di belakang papa ada seseorang bertubuh tinggi.

Ingatkan dah balik.

"Kate, Zorry nak balik ni" kata papa.

Aku diam sejenak. Kenapa pula nak bagitahu aku?

Tak terasa nak tengok lagi muka Adri. Terngiang-ngiang lagi apa yang lelaki sudah lontarkan. Sangat menyesakkan dada.

Sempat pula dia ganti baju dekat sini. Tadi Adri berseluar jeans biru dengan singlet hitam jaket. Sekarang dah berganti kepada kemeja putih dan jeans hitam. Ehhh kacak pula tu!

Aku membalikkan badan membelakangkan pintu. Tak mahu bercakap dengan sesiapa. Aku tak ada mood. Yang aku nak cuma bersendiri hingga perasaan aku pulih. Sekurang-kurangnya aku ada kekuatan untuk berhadapan dengan manusia lagi.

Mudahnya emosi aku terganggu waktu tengah sakit begini. Sakit fizikal satu hal. Tambah pula sakit di mentalku. Jadi lemah satu badan.

"Pergilah cakap dengan dia. Uncle tengok dari sini" aku dengar papa bersuara. Tahulah yang papa tengah bercakap dengan Adri.

Tak lama, aku dapat rasa tilam di belakangku dihenyak seseorang. Bau maskulin menusuk hidung. Juga kedengaran jelas desahan nafas panjang yang aku sudah familiar.

Suasana hening untuk seketika. Aku tak dengar apa-apa. Kemudian barulah Adri memulakan bicara. Agak perlahan. Mungkin dia tak mahu papa dengar.

"Awak demam, Em?"

Aku mendengus perlahan. Lagi nak tanya ke?

"Saya minta maaf" ucap Adri. Maaf kedua yang diucap olehnya. Maaf pertama tadi ketika kami berada di dalam kereta.

Di mana ketika itu aku tak mampu nak berbuat apa-apa. Badan aku terasa letih. Mungkin juga terlalu terkejut. Bahkan Adri tarik aku rapat ke dadanya juga tak mampu aku tolak. Aku hanya mampu diam dan merasai hangat yang menjalar.

Aku diam. Tak mahu menjawab.

"Saya tak ada niat nak cakap macam tu pada awak, Em. I'm not meant it. I'm truly sorry" suara Adri bersuara lirih.

"Pergi balik, Adri"

"Awak tak nak cakap dengan saya?"

Aku membisu.

"I see. Tak apalah, saya balik dulu. Lepas ni nak keluar jangan sorang-sorang. Kalau ada apa-apa, terus lari. Saya balik dulu. Take care"

Sejurus itu aku dapat rasa Adri berdiri. Dah nak beram agaknya. Eloklah tu. Lagi cepat dia balik lagi bagus. Tenang sikit hati aku. Geram berdongkol-dongkol apabila lelaki itu ada dekat dengan aku.

HER OBSESSION: ADRIWhere stories live. Discover now