BAB 10

260 10 0
                                    

Keputusan aku menemani Fisha, rakan sebilikku yang asalnya dari Malaysia ke blok belakang merupakan blok pelajar lelaki untuk meminjam nota adalah satu kesalahan paling besar.

Sebab apa? Sebab orang yang membuka pintu sekarang adalah Rio.

Rio! Boyfriend kepada mendiang Cataline. Sumpah aku tak tahu yang selama ini lelaki ini menetap bersama pelajar lain. Blok tempat tinggalnya hanya di belakang blok aku pula tu!

Pandangan penuh tersirat diberikan saat dia memperhatikanku. Aku yang buat tak nampak. Seolah tak ada benda jadi. Berlagak konon aku bukanlah orang yang menjadi saksi melihat lelaki itu dan Cataline bergaduh di kedai orang seminggu lepas.

Lagipun, takkanlah dia ingat aku kut. Tak mungkinlah.

Aku membantu sepanjang kami berdiri di depan tangga naik ke dalam apartment storey tiga tingkat itu. Fisha yang bercakap-cakap. Menunggu hingga kawan lelaki Fisha keluar memberi sebuah buku.

Ketika aku memalingkan tubuh untuk mengikut Fisha, aku ditarik dari belakang. Fisha yang kehairanan memandang ke arahku.

"Kate?" Fisha memandangku bingung.

"Awak pergi dulu. Nanti saya ikut dari belakang" kataku.

"Betul ni?"

Bersungguh aku angguk. Meyakinkan Fisha bahawa aku tak apa-apa. Fisha pandang aku beberapa saat sebelum membalik badan semula.

"Jangan lama-lama" pesan Fisha sebelum menjauh.

Aku lepaskan nafas kelegaan.

"Miss!" terdengar suara garau dari arah belakang.

"Rio, let me go"

"I knew it. You know me"

"Of course I know you! You're a killer"

Reaksi Rio sempat hairan sesaat. Kepala lelaki itu sedikit memiring. Memandangku pelik serupa macam aku bertanduk sepuluh di dahi.

"Saya? Pembunuh?"

Aku pula yang pandang dia kehairanan. Tak sangka Rio boleh berbahasa Melayu. Muka dia tak macam Melayu pun.

Rambut Rio hitam. Agak panjang hingga menutupi leher. Bercermin mata bulat berbingkai hitam. Di wajah lelaki itu ada freckles yang kelihatan agak jelas. Tapi entah kenapa aku rasa wajah itu sangat familiar.

"Let me go, Rio" aku cuba menarik tangan sendiri.

"You owe me an explanation. Selagi saya tak dapat jawapan, saya takkan lepaskan awak"

"Apa awak ni?!"

"Jawab"

Liurku telan. Kesat.

"Lebih baik awak lepaskan saya sebelum saya jerit" aku mengugutnya.

"Do you think I'm scared? I can do anything to keep that mouth shut. Do not underestismate me with that cheap threat"

"Awak fikir saya ni sama macam girlfriend awak?"

"Girlfriend saya?"

Aku mencerlung garang ke arah Rio.

"It was you. I see" Rio bersuara puas.

"Siapa kata?"

Paniklah jadinya. Masaklah aku! Rio dah cam.

"You can't lie to me, missy. I always remember a pair pretty grey eyes of yours and your beautiful brunette hair" Rio senyum nakal.

"Rio..."

"What? I think it will be better if we bring this to my home"

"Mimpilah awak, Rio! Saya tak murah macam perempuan lain. Saya ada agama. Saya ada maruah!" marahku.

HER OBSESSION: ADRIWhere stories live. Discover now