"Tengok apa tu?"
Aku menoleh ke belakang. Papa Adri berdiri di belakangku.
Seulas senyuman aku berikan pada papa Adri. Kemudian aku kembali memandang ke album di tangan. Tadi aku ternampak di celah almari kasut. Pintunya terbuka. Aku nak tutupkan. Nampak pula ada album. Entah kenapa album tu boleh duduk situ.
Memandangkan ada album di tangan, aku pilih untuk belek seketika. Rupanya ini album gambar Adri. Dari gambar dia kecil sampai lelaki itu remaja. Turut terselit gambar nikah Adri bersama Nuha di muka surat paling hujung.
Disertakan dengan gambar Khuz ketika bayi.
"Ini album Adri. Jumpa dekat mana?" papa Adri duduk di sebelahku.
"Dekat rak kasut. Macam mana album ni boleh ada dekat situ pun tak tahulah"
"Adri yang letak. Dia tak bagi sesiapa alih. In other words, dia tak nak orang lain tahu tentang diri dia lebih dari arwah Nuha. Bagi dia cuma Nuha seorang yang boleh faham. I can't understand how much he hate himself"
Aku membungkam.
Papa Adri hela satu nafas berat. Mata tua itu merenung jauh walaupun secara realiti ia sekadar terhenti di dinding tanpa corak.
"Adri ada cakap apa-apa pasal dia?" papa Adri pandang aku.
Aku geleng.
"Papa dah agak dah"
"Dia memang macam tu ke?" giliran aku yang bertanya.
"Adri tu memang jenis tak banyak cakap dari dulu. Jenis suka simpan sorang-sorang. Semua benda dia buat sendiri. Lepas mama dia meninggal lagilah dia makin jadi pendiam. Macam mana kita nampak dia sekarang macam itulah dia dari dulu"
Begitu. Faham...
"Waktu ada Nuha barulah nampak dia happy sikit. Kadang-kadang nampak ceria. Kadang nampak gloomy. Kadang bad mood tak tentu pasal. Pernah bergaduh dengan papa waktu kena marah sebab result dia down. Papa salahkan yang dia bercinta. Macam nak roboh bumbung rumah ni bila dia mengamuk"
Papa Adri ketawa kecil.
"Dah jadi macam tu, papa tak boleh buat apa dah. Bagi ajelah dia bercinta ke apa ke. Dia nak kahwin waktu umur 19 pun papa bagi. Papa percaya dia boleh. Dia mampu. Walaupun papa tak rapat dengan dia tapi papa tahu anak papa macam mana" sambungnya.
Baru nak menyambung ayat. Papa Adri dulu-dulu tanya aku.
Terkatup semula mulut yang mahu memuntahkan kata. Tak jadi nak bertanya. Tunggu papa Adri habiskan ayat dulu.
"Dulu Adri dengan Nuha jarak dua tahun. Kamu dengan Adri berapa tahun?"
"Tujuh rasanya" jawabku.
"Tujuh?"
Aku angguk.
"Masa first time berjumpa, saya baru grade 7. Dua belas tahun" kataku.
"Boleh tahan jauh"
Tunak papa Adri memandangku. Serupa seorang ayah yang sangat menyayangi anaknya. Bibir tua itu turut mengukir satu senyuman yang boleh buat hatiku rasa tenang.
"Dulu papa pernah ditegur Nuha. Sejak dari tu, papa teringat sampai sekarang dan papa sentiasa cuba. Tapi Adri yang menolak"
"Nuha tegur apa?" aku tertanya-tanya. Memang Nuha seorang yang berani.
Dia kecik tapi orangnya tegas. Lantang dalam berbicara. Garang pun iya juga. Tak padan dengan comel.
"Nuha pernah cakap yang dia nak tengok kami satu family bersatu semula. Papa kata it might be impossible because the bond already broken. Apa yang dia balas buat papa terdiam. She said 'if the bond is broken, don't fix it. Build a new one. The stronger one and unbreakable'. Dari situ papa tahu yang Adri tak salah pilih. Macam mana Adri, macam itulah Nuha. Sebiji"
YOU ARE READING
HER OBSESSION: ADRI
RomancePART 2 | OBSESSION | SEQUEL : TODAY HER's ADRI's 1/10/2022 - 7/2/2023 Dari pertemuan pertama. Hingga ke pertemuan kedua. Melanjut ke pertemuan ketiga yang langsung tak disengajakan. Orang kata kalau berjumpa lebih dari sekali itu tandanya jodoh. Tap...