"Daddy not coming home today?"
Aku geleng.
Khuz angguk sekali. Kemudian dia terus naik ke bilik. Membelah kasih dalam hatiku melihat langkah senyap anak kecil itu dengan muka monyok.
Rancangan kami sepuluh hari di Malaysia disingkatkan menjadi seminggu. Adri dah ajak balik. Sebenarnya dia tak ajak aku pun. Dia suruh anak dia kemas baju untuk berlepas di malam itu juga. Aku yang mengikut.
Faham sangat yang Adri marahkan aku. Selama seminggu dia langsung tak bercakap dengan aku. Lebih rela tidur dengan Khuz dari tidur dengan aku.
Mummy dan papa Adri ada buat sedikit keramaian untuk bacaan doa. Sekali gus untuk meraikan sempena aku mengandung. Katanya mereka pun pernah buat begini ketika Nuha mengandung dulu. Sepanjang majlis itu berjalan, aku tak nampak Adri.
Aku positifkan diri. Mungkin Adri pening dan mual lagi. Aku hanya bersangka baik hingga aku nampak lelaki itu berkumpul dengan kawan-kawan baiknya di patio hujung laman. Mereka berkumpul di situ. Tak kira lelaki dan perempuan. Bergelak ketawa macam aku tak wujud.
Penat aku nak memujuk. Kut ya nak ceraikan aku pun masih terlalu awal. Kandunganku belum tiga bulan. Sabarlah kalau dah ready nak jadi duda lagi pun.
Seminggu tak bercakap dengan aku dekat Malaysia. Ingatkan dah sudah. Rupanya bila balik rumah sendiri pun sama. Kalau dikira, dah dekat dua minggu.
Bukan setakat dia tak bercakap dengan aku. Balik ke rumah pun tak!
Khuz yang tunggu setiap hari di depan. Balik sekolah dia buat aktiviti macam biasa dan menanti di ruang tamu. Tak lekang dia sebut 'daddy' setiap hari. Bertanya ke mana daddy dia pergi atau adakah daddy dia balik atau tidak.
Teganya hati Adri. Keras sungguh kepala dia. Egonya tinggi melangit. Tak ke dia kesian pada anak sendiri?
Kalau dia tak nak fikir tentang aku lagi, tak apa. Aku terima yang semua ini salahku tapi sekurang-kurangnya fikirlah tentang anak sendiri. Kesian pada Khuz yang menunggu tiap hari.
Budak tu bukannya bodoh untuk aku gula-gulakan. Khuz tu budak cerdik. Dia boleh fikir. Walaupun selama ini kami tak pernah bergaduh depan dia tapi dia boleh tahu. Dia pandai baca. Sebab itu dia mampu beradaptasi dengan situasi kami.
Dia nampak kami baik, Khuz akan tunjuk perangai dia. Dia nampak kami berjauhan, dia akan manut.
Terharu sampai tahap nak menangis bila aku sedar akan hal ini. Khuz yang budak itu pun memainkan peranan dalam masalah kami. Dia tak mahu merosakkan lagi hubungan kami. Kerana itu, dia membaca dan beradaptasi.
Saya minta satu aje dari awak, Adri. Di mana aje awak berada sekarang ni. Tolonglah balik untuk anak awak.
Aku lap kaunter dapur yang basah kerana mencuci pan dan periuk memasak tadi. Semua aku dah simpan di tempatnya semula. Khuz pun dah makan lepas mandi tadi. Pinggan dia pun aku dah cuci.
Sejak menikah, aku teringin makan bertiga. Ada Adri dan Khuz. Sama macam keluarga lain yang normal. Ke keluarga kecilku ini yang tak normal? Sebab kami bertiga tak pernah makan semeja. Mesti ada yang kurang seorang.
Aku sentiasa berharap yang Adri mahu menjamah makanan masakanku. Aku sentiasa berharap Adri ringan mulut mahu memuji makananku setelah aku penat lelah memasak.
Telinga menangkap pintu depan terbuka. Aku tarik satu nafas panjang. Itu mesti Liam. Lelaki itu selalu ke mari untuk menjenguk.
Bolehlah aku bagi baki makanan nanti pada Liam. Daripada dibiar tak dimakan dan membazir. Liam pun tak banyak songeh. Apa-apa aku bagi, dia ambil.
YOU ARE READING
HER OBSESSION: ADRI
RomancePART 2 | OBSESSION | SEQUEL : TODAY HER's ADRI's 1/10/2022 - 7/2/2023 Dari pertemuan pertama. Hingga ke pertemuan kedua. Melanjut ke pertemuan ketiga yang langsung tak disengajakan. Orang kata kalau berjumpa lebih dari sekali itu tandanya jodoh. Tap...