BAB 9

197 13 0
                                    

7 BULAN KEMUDIAN

"This is your order"

Satu bungkusan makanan diletakkan di depanku. Aku angkat muka dan senyum. Ucapkan terima kasih sebelum aku bangun nak berkira mahu berlalu setelah membayar harganya.

Mujur di kawasan penempatanku ada satu restoran diusahakan oleh orang Muslim dari Pakistan. Menyediakan makana authentic dari negaranya yang bagiku enak. Pelanggan yang datang pun tak pernah putus.

Ketika aku mahu berjalan ke pintu, hampir aku jatuh terlanggar seorang perempuan di tengah laluan. Apa lagi, terjeritlah aku. Mujur ada tangan yang menangkap aku supaya tak terjatuh.

"Rio! What are you doing?!"

Ehh? Datang dari mana pula perempuan rambut blonde ni. Tolak aku macam tak ada hari esok. Langsung tak hormat pelanggan lain yang berada di dalam restoran.

Sayangnya. Muka dah cantik. Serius aku tak tipu. Aku yang perempuan pun boleh puji cantik maknanya perempuan ini cantik. Tapi tang baju buat mata ni sakit. Terdedah sana sini. Ketat pula tu. Dada tu sampai nak terjojol keluar.

Kalau anak Adri nampak ni mesti habis disindirnya. Ah! Rindunya pada Khuz.

Menyedari aku masih berada dalam pegangan lelaki itu, lekas aku tegakkan tubuh. Menolak lelaki itu jauh.

Aku pandang lelaki itu dari atas ke bawah. Sekilas pandang dah macam bad boy tapi pakai baju macam nerd outdated. Kalau begini gaya, aku pun tak mengaku boyfriend!

"We are not done yet, Rio!" kata perempuan itu.

"Cataline, please don't do this. I'm sorry"

Lahhh, ada drama ke ni? Aduh drama Hollywood musim berapa dah ni? Kut ya pun jangan libatkan aku sekali. Bagilah aku balik. Lapar ni.

Jalan dihalang perempuan bernama Cataline itu. Berdiri di tengah-tengah.

"You never had more time for me. Are you think I'm enjoy our date? Nonsense! No one like to date in a library!" suara perempuan itu semakin tinggi.

"Okay...now tell me where you want to go. I can fulfil your wish"

"Shut up! I'm embarrassed. I don't even know why I like you. Nerd!"

Samalah kita. Aku pun tak tahu kenapa kau boleh terpikat dengan lelaki macam ni. Apa yang menarik pun tak tahulah.

Malu aku turut jadi tumpuan manusia. Aku cuba berjalan melintasi mereka. Cataline jeling aku tajam. Serupa aku pula yang minat boyfriend dia. Langsung tak berganjak memberi aku laluan.

"I can change for you. Please, give me another chance"

Huh lelaki! Tak sudah meminta peluang. Lelaki semua sama!

"Enough Rio. I'm tired of you. After all, we never had sex together. What are you? Homosexual?"

Dammmmn!

Itu pun nak jadikan isu ke? Bukan ke ada sebahagian lelaki yang tak mahu menyentuh pasangan sebelum menikah. Hanya menunjukkan kasih sayang tulus bukan kerana nafsu semata.

Mirip dengan aturan agama Islam tapi mereka lakukan itu atas dasar hormat. Tak silap aku di dalam Bible bagi penganut agama Kristian juga menyatakan bahawa hubungan badan sebelum menikah dianggap tidak bermoral. Boleh jadi lelaki itu beragama Kristian.

Kuat juga iman dia rupanya.

Tiba-tiba si Rio ni pandang aku. Terkebil-kebil aku membalas pandang lelaki itu dengan muka bingung.

"Rio! Hello?! I'm talking to you. What are you looking at? This girl? Who is her to you? Pervert"

Ehh! Tiba-tiba libatkan aku. Parah dah ni.

"That's it Rio. We breaking up! Don't ever-ever-ever find me again" perempuan itu mula bergerak pergi.

Rio ikut langkah kaki Cataline. Melelar tangan gadis itu dengan pantas. Serta merta langkah masing-masing terhenti. Mata pula mencerlung garang ke arah Rio.

"Cataline, I'm sorry" perlahan suara lelaki itu memohon maaf.

"Sorry? Sorry your ass!"

"You want having sex? Fine. Let's go"

Astagfirullah!

Apa benda aku dengar ni? Tiba-tiba aku menyesal membeli makanan di sini hari ni. Manalah aku tahu nak terjumpa dengan dua orang ni dan dengar perkara tak sepatutnya.

Lepastu dari itu elok pula Cataline tu senyum-senyum dan memaafkan. Tenang mereka berdua berjalan keluar dari restoran.

Senang betul settle masalah. Lepas gaduh, ajak 'bergusti' lepastu selesai macam tak ada apa berlaku. Tercengang aku dekat situ. Macam trauma pun ada.

Tak aku peduli lagi. Entah apa mana silap aku hari ni sampai jumpa dengan si Cataline dan si Rio. Langsung aku balik ke bilik sewa yang jauhnya dua ratus meter dari restoran. Ketika berjalan, aku sempat menoleh ke belakang.

Dari kejauhan aku lihat Rio dan Cataline masih berjalan dari arah bertentangan dengan berpegangan tangan. Aku fikir itu kali terakhir aku mendengar tentang dua orang itu.

Namun aku silap. Sangat silap. 

◦•●◉✿✿◉●•◦

MATI.

Cataline West mati.

Aku terkedu saat mendengar desas desus suara di sekelilingku membicarakan tentang Cataline yang ditemukan mati dicekik. Hal ini diketahui setelah Cataline tak balik ke rumah lebih seminggu. Akhirnya laporan dilakukan, Cataline dijumpai sudah meninggal dunia.

Selama aku mendengar orang bertukar kata tentang hal itu, tak ada seorang pun menyebut nama Rio. Kerana penasaran aku mencelah ke perbualan salah satu kumpulan. Yang duduk di sebelah meja.

"Excuse me?"

Terkejut ketiga-tiga gadis yang leka berbual dengan sapaan aku. Dengan muka tak malu, aku tarik satu kerusi dan melabuhkan duduk.

"I heard you talk about Cataline just now"

"Yeah. Why?" salah seorang membalas.

"Are you close with her?"

"Not that close. We actually met her few time at party"

"Her boyfriend?" aku tanya lagi.

Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Kemudian mereka pandang aku semula dengan muka bingung.

"Cataline doesn't have boyfriend" seorang lagi menjawab.

"Rio?"

"Who's Rio?"

Aku terpempan.

Makin buat aku seram sejuk apabila aku nampak kelibat Rio berjalan di dalam kafeteria. Menyusup di celah-celah manusia sebelum hilang tanpa aku tahu ke mana arah tujunya.

Lelaki itu masih nampak normal. Macam tak ada apa berlaku atau lelaki itu hanya berlagak normal setelah apa yang terjadi. Agak mirip dengan kelakuan student yang selalu digelar 'quiet kid'.

Menyendiri dan misterius. 

HER OBSESSION: ADRIWhere stories live. Discover now