BAB 20

275 10 0
                                    

Aku terpaku. Terkelu. Tersentak. Dan segala adik beradik ter lagilah. Paling aku tak jangka Adri melamar aku.

Adri lamar aku!

Adri. Lamar. Aku.

Dari muda remaja, aku mahukan lamaran yang romantik dengan suasana yang cantik. Romantik pastinya. Mungkin berada di kota cinta, Paris di depan Eiffel Tower serta di saksikan pengunjung.

Atau mungkin ketika candle light dinner bersama pilihan hati. Berbusana indah. Melodi muzik kedengaran merdu menyapa telinga. Dengan hati saling sayang dan cinta maka terkeluarlah lamaran itu. Bukan di tempat seperti ini!

Sangat aku jangkakan hal ini akan berlaku di hidupku. Paling aku tak sangka Adri pada akhirnya akan melamar tanpa aku suruh dan minta. Di tempat kotor dan hapak begini pula tu. Tiada candle light dinner. Tiada muzik merdu. Tiada busana indah. Tiada juga perasaan yang bertaut antara satu sama lain.

Menara Eiffel? Jauh sangat!

Aku jadi takut. Jadi bimbang penerimaan Adri nanti. Satu per satu rahsia aku akan terbongkar dan akan diketahui. Rahsia yang selama ini aku simpan sendiri.

Makin difikir, aku jadi penasaran. Hati kata mahu mencuba tapi akal menolak. Tiada percubaan dalam perkahwinan. No return. No refund. No turning back. Sekali dah sah menjadi suami isteri, jalinan itu sukar diputuskan.

Wajah Adri aku tatap dan amati. Lelaki itu berharap. Terbias jelas harapan dari balik mata gelap itu. Sepenuh hati diletakkan harapan agar aku menerima lamaran ini.

"Marry me, Em"

"Tapi kenapa kahwin Adri?" aku bertanya.

"I have my own reason, Em. Just marry me"

Aku diam sejenak. Berfikir sebaik mungkin. Menimbang baik dan buruk selepas lamaran ini aku terima. Namun masih tak kelihatan satu pun. Tak jelas di mata dan fikiran.

Ikutkan hati dan perasaan memang mulut dah ringan nak bersetuju. Aku suka dia kut! Perasaan tu masih ada. Mestilah aku nak dia. Nak menjalani hidup rumahtangga bersamanya. Tapi akal pula berbeza.

Kami saling tak kenal. Nama saja tak cukup untuk mengenali diri seseorang. Dia masih tak kenal aku dan aku tak tahu apa-apa tentang dia. Tak terlupa tentang takhta yang dipegang Adri. Makin buat hatiku berbelah bahagi.

Tentang perasaan Adri pada Nuha pula macam mana? Sudah move on ke? Atau dia nak gunakan aku sebagai tempat dia nak move on? I'm not the glimpse? Really?

Akal dan hati berlainan pendapat. Aku pula tak tahu ke mana arah mahu aku tuju. Nak ditolak tentu aku merana seumur hidup. Aku sayangkan dia! Nak diterima nanti bagaimana pula hidup aku.

Selamatkah aku? Berapa lama aku jadi isteri dia? Ada apa-apa perjanjian ke? Bagaimana pula tentang hubungan badan? Kalau aku termengandung? Anak pula nanti macam mana?

Adri ni duda. Bukannya gay. Aku yakin nafsu lelaki itu masih kuat terhadap perempuan. Kalau dah serumah, sebilik dan sekatil. Hari-hari hadap muka dia. Tak ke nanti akan menaikkan keinginan itu.

Sakit otak lama-lama aku nak fikir. Adri ajak kahwin. Benda ni bukan benda main-main. Tak sama macam Adri ajak naik basikal. Hal nikah kahwin ni hal serius. Menyentuh banyak hal dari pelbagai prespektif.

"Kita kahwin sampai bila?"

Giliran Adri pula yang terdiam.

"Apa maksud awak, Em?" Adri pulangkan soalan. Tak menjawab soalanku.

"Kita nanti ada agreement apa-apa ke? Kahwin sampai bila?"

"Agreement? Ini bukan drama Melayu, Emery! Mana wujud agreement nonsense macam tu! Kita kahwin. Tu je. Tanpa syarat dan perjanjian"

HER OBSESSION: ADRIWhere stories live. Discover now