BAB 13

219 13 0
                                    

Adri keletihan dan mengalami jet lag. Tadi aku ada offer nak bagi baki makanan aku masak untuk Khuz tapi dia menolak. Katanya jarang makan ketika tubuh terlalu letih. Disokong oleh Khuz. Jadi aku pesan ada makanan di dalam peti walaupun aku tahu ini rumah dia.

Kerana Adri lelah, dia minta aku tidur di sini untuk menemani Sarah sehingga esok. Kami disuruh tidur di dalam biliknya manakala dia dua beranak memilih tidur di bilik Khuz.

Aku menapak masuk ke dalam bilik. Memandang Adri yang sedang menukar cadar dan sarung bantal. Dicampak cadar yang kotor ke dalam bakul. Langsung tak dipedulikan sesiapa yang datang. Di kerusi penjuru bilik, Khuz sedang melangut.

Tangan aku hulur pada Adri. Membuatkan tangan Adri berhenti bekerja dan menoleh padaku. Kening lelaki itu terangkat sebelah.

"Apa ni?" soal Adri dengan muka pelik.

"Saya nak bayaran saya"

"Bayaran apa pula ni?"

"Awak kata tadi awak panggil saya untuk jaga Khuz dekat rumah ni. Sekarang ni saya nak minta payment dari awak"

Wajah Adri berubah annoyed.

"Anak awak tengok tu. Nanti dia kata daddy dia pandai menipu. He won't trust you anymore" ugutku.

"Esok-esoklah cakap pasal ni. Saya letih"

Dengan muka selamba aku labuhkan duduk di atas cadar yang baru dipasang. Adri sedang mencabut sarung bantal. Diganti dengan sarung yang lain. Cantik warnanya. Sedondon dengan cadar. Kelabu.

Cadar yang kotor itu pun cantik warnanya. Baby blue.

"Saya mesej awak tapi awak tak balas" kataku. Serupa macam orang merajuk.

"Waktu tu saya dah dekat flight kut. Sampai Malaysia terus guna nombor sana. Itu sebab saya tak terima call atau mesej dari orang sini"

"Anak awak call pun tak dapat"

"Khuz cakap?" Adri seakan terkejut.

Ditoleh kepala ke arah Khuz yang duduk di kerusi. Budak itu masih buat tak tahu. Tangan kecilnya bermain dengan lipatan baju Adri yang berada di riba.

"Percayalah budak tu" kata Adri. Penuh makna sekali ayat ringkas itu.

Aku pun tak faham apa makna dari ayat itu. Berupa tiga patah kata aje tapi sukar aku tafsirkan menjadi makna dan maksud yang sebetul-betulnya. Apa maksud yang di dalam kepala Adri pun aku tak tahu.

Letih aku nak ambil pusing. Sudahlah aku hari ni buat amal jariah kemaskan rumah orang. Sedangkan bilik sendiri pun kena bebel dengan Fisha baru aku nak buat.

Memang tak boleh jadi isteri orang betullah aku ni. Haihh. Mahu lari bakal suami kalau macam ni.

Sarah terjenguk-jenguk dari pintu. Teragak-agak nak melangkah masuk. Adri hanya pandang. Tak dipedulikan.

"Aku duduk sini sampai bila?" Sarah bersuara. Sudah berani menapak masuk dan kedudukannya beberapa tapak dari aku.

"Esok pagi atau tengah hari"

"Ohh. Cepatnya kau cari tempat"

"Cari guna mata bukan guna mulut. Tak macam kau. Bising je lebih" Adri membebel.

Sarah tak terasa. Malah dia buat muka. Sah berdua ni rakan baik. Punya hubungan yang rapat walaupun hanya sekadar rakan semata.

Adri pernah kata mereka bertemu ketika dia tingkatan 3. Saat berusia lima belas tahun. Berkenalan dengan bestfriend Nuha kerana Yana. Aku agak ketika itu Sarah baru berusi tiga belas. Soalnya dia sebaya dengan Nuha.

HER OBSESSION: ADRIWhere stories live. Discover now