Aku tengah bermimpi ke ni?
Cantik betul tempat ni. Seluruh tempat ini menghijau. Pokok-pokok rendang dan tumbuh dengan subur. Tumbuhan kecil berbunga tumbuh melata. Di pesisir air juga ada. Macam sengaja ditanam tersusun.
Suasana yang menyamankan. Angin tak berapa ada tapi aku rasa dingin. Dalam masa yang sama aku rasa hangat.
Hampir aku terpukau melihat suasana tempat yang indah begini. Jadi tak puas aku meneroka setiap tempat. Berjalan di atas rumput tebal menghijau sambil menikmati persekitaran.
Agak menghairankan bila aku seorang aje ada di sini. Lama aku berpusing-pusing sendiri tapi aku tak jumpa sesiapa. Bahkan seekor haiwan pun tak ada. Tempat ini juga luar biasa cantik. Membuatkan aku seakan-akan aku berada di alam yang lain.
Tiba-tiba hidungku tercium bau satu haruman. Pantas aku melingas ke kiri dan kanan mencari sumber arah wangian itu.
Kaki yang tadinya berjalan sudah mengatur langkah seribu. Menyelinap di celah-celah pohon mencari arah punca bau yang menyebar ke udara. Di satu saat aku berhenti. Langkahku mati.
"Hai"
Aku terpempan. Terkedu. Terkejut. Terkelu.
Dia! DIA!!! ITU ADALAH DIA!!!
"Rasanya dah berapa lama kita tak jumpa ya? Lama sangatkan?" perempuan di depanku ketawa kecil.
"Nuha..."
"Ya?" seulas senyuman diukir.
Betul ke apa yang aku tengah tengok sekarang ni? Seingatku Nuha dah pun pergi tujuh tahun lepas. Kenapa orangnya boleh ada di depanku sekarang ni?
Wajahnya sangat persis. Suaranya juga sama. Senyumannya juga mirip. Gaya tubuh yang seakan-akan dengan Nuha yang aku kenal.
"Marilah. Kita dah jadi keluarga sekarang ni" aku diajak duduk.
Aku hanya berdiri. Teragak-agak nak duduk. Nuha pandang dan senyum padaku. Tak peduli yang aku masih berdiri.
"Cantikkan tempat ni? Dekat sini tempat Nuha tinggal sekarang" dia mula berkata-kata.
"Suami kita macam mana? Anak-anak Nuha okay?"
Mataku berkelip sekali.
"Nuha tahu semua. Nuha tahu yang Adri dah menikah dengan Kate. Pasal anak-anak. Sekarang Kate dah tahukan apa yang Adri sorok selama ni?"
Aku tergemap.
Teringat aku sudah menemui rahsia besar Adri. Sejujurnya aku turut sakit. Aku turut terseksa setelah mengetahui perkara itu. Mata ini tak lagi melihat Adri sama seperti dulu. Cara Adri menyembunyikan hal itu dari aku membuatkan aku semakin pilu.
Setiap kali aku memandangnya, hatiku tersayat. Aku dah faham kenapa Adri selalu kelihatan letih. Tatkala aku melihat sepasang matanya yang kosong bagai aku mampu melihat apa yang sedang difikirkan.
Adri takut.
Adri juga manusia biasa yang ada jatuh dan bangun.
Adri juga punya masa di kala dia lemah.
Berdosanya aku selama ini tak pernah peduli tentang dia. Aku terlalu fokus memikirkan perasaan dan penat lelah sendiri tanpa aku teringat yang Adri juga manusia biasa.
Hanya kerana dia ialah lelaki. Dialah nakhoda tak semestinya dia tak perlu dipedulikan. Tengoklah apa yang dah jadi sekarang.
"Nuha minta tolong jaga dia elok-elok. Adri dah berubah. Jangan bagi dia teruskan niat dia. Nuha merayu. Tolong jaga suami Nuha. Tolong jaga Adri. Keadaan dia sekarang ni dah teruk sangat berbanding dulu. Jangan biarkan dia ulang benda sama. Nuha tak nak ambil dia lagi"
"Tapi kenapa dia sorok? Kate pun isteri dia" aku berasa kesal.
"Nuha pun isteri dia tapi itulah Adri yang sebenarnya. Dia takkan bagi kita tengok apa yang dia rasa dan apa yang dia lalui. Cara dia begitu. Jangan anggap dia tak layan bermakna dia tak peduli. Dia peduli cuma dia tak pandai nak tunjuk. Dia malu"
Adri pun tahu malu? Apa yang nak dimalukan?
"Dia malu sebab dosa dia pada Kate dulu" terasa jantungku berhenti berdetak apabila mendengar kata-kata itu keluar.
Terduduk aku. Bermakna Nuha tahu apa yang dah terjadi dulu. Dari sebelum dia bernikah dengan Adri. Persoalannya, sejak bila?
Nuha masih tenang. Bibirnya tersenyum kecil. Seakan hal itu tak lagi menganggu hati dan perasaannya. Macam bukan tengah bercakap bakal suami dia dulu pernah menggauli aku sebelum mereka bernikah.
Tenangnya wanita ini luar biasa. Jauh lebih tenang dari Adri.
Ini memang Nuha. Di balik perangainya yang manja dan selalunya ceria tersimpan satu sisi yang tak semua tahu. Jika muncul suatu hal serius, Nuha akan menjadi tenang dan matang. Tak pelik. Nuha ni bijak.
"Maafkan dia. Terima dia seadanya. Nuha minta Kate tarik dia semula untuk jadi macam dulu. Nuha hampir tak kenal suami sendiri"
"Adri tak patut buat Kate macam ni" aku mempertahankan diri sendiri.
"Beri dia masa. Adri sekarang tak macam dulu. Dia lagi suka menyimpan. Akhirnya dia tenggelam dan lemas sendiri. Sebab tu Nuha minta Kate tolong dia. Ubah dia semula. Kesian dekat Adri. Dah terlalu banyak hal yang dia lalui sorang-sorang. Bagi dia rasa ada orang rela ada dengan dia walau apa pun jadi"
Aku diam.
"Dan jangan biarkan kau orang berpisah. Janji dengan Nuha"
Macam mana aku nak berjanji sedangkan Adri dah serius untuk berpisah dengan aku? Bagi aku cara untuk aku mematahkan niat lelaki itu. Aku pun tak nak bercerai dengan Adri!
Aku...aku masih cintakan dia!
Nuha mendekatiku. Tangannya diletak di pipiku. Ditekup rapat. Bibir itu tersenyum manis.
"Minta tolong Adri ambil semula anak-anak Nuha. Cakap pada dia yang Nuha akan sentiasa tunggu dia. Boleh?"
Anak-anak?
Dah dua kali aku dengar Nuha cakap anak-anak. Bukan ke hanya Khuz seorang anak Adri dan Nuha? Takkanlah Nuha memaksudkan anak yang sedangku kandung?
Anak aku?
Spontan tanganku menyentuh perut yang kempis. Baru teringat macam mana aku boleh ada di sini. Sangat aneh. Rasanya tadi aku tak sedarkan diri. Tahu-tahu aku dah ada dekat sini. Bagaimana? Aku tak tahu jawapannya.
Tak sempat aku bertanya, aku lihat Nuha berubah menjadi bayangan. Perlahan-lahan hilang dan lenyap dari pandangan. Aku cuba untuk menahannya tapi aku tak bisa. Aku gagal.
Nuha hilang.
Aku menangis semahu-mahunya. Raungan dan jeritan aku lepaskan sekuat hati. Tak lepas aku menyeru sebaris nama Nuha. Malangnya wanita itu tak muncul-muncul. Membuatkan aku semakin galau.
Nuha...baliklah.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━
YOU ARE READING
HER OBSESSION: ADRI
RomancePART 2 | OBSESSION | SEQUEL : TODAY HER's ADRI's 1/10/2022 - 7/2/2023 Dari pertemuan pertama. Hingga ke pertemuan kedua. Melanjut ke pertemuan ketiga yang langsung tak disengajakan. Orang kata kalau berjumpa lebih dari sekali itu tandanya jodoh. Tap...