BAB 11

215 10 0
                                    

Ingatkan dah habis. Rupanya manusia ni wujud lagi. Takkan tak tahu apa definisi mengalah atau putus asa. Sekali dua orang tak layan tu, faham-faham sendirilah. Maknanya orang tak nak layanlah!

Nasib baik dia tak ada nombor aku. Tak boleh aku bayangkan kalau lelaki ini ada nombor aku. Mesti tak tenang hidup aku diganggu setiap hari. Serupa tak ada manusia lain dia nak kacau. Nak juga dia kacau aku.

Dah beberapa kali aku khabarkan pada Adri. Nak mengadulah kononnya tapi Adri dengan selamba mengatakan Rio takkan buat macam tu. Huh!

Kalau gini gaya, kalau tak Rio, mesti Adri yang aku selam dalam Sungai Leith. Dua-dua sama! Lelaki semua sama! Menyakitkan hati pun ada.

"Katherina...."

Aku buat tak dengar.

"Awak...."

La la la la....tak dengar. Tak dengar.

"Kate!" Rio tarik sebelah beg aku.

Terundur aku beberapa langkah ke belakang. Sikit lagi nak terduduk jatuh. Apabila tersedar dari terkejut, aku segara menjauhkan diri dari Rio. Kedudukan kami terlalu dekat.

Perangai betul bujang ni! Suka hati dia aje.

"Saya tak nak cakap dengan awak, Rio" kataku sambil menarik beg sendiri.

"Eh, tu awak cakap dengan saya. Maknanya awak nak cakap dengan sayalah, kan?"

Aku mendengus perlahan. Geram.

Lambat pula bas datang hari ni. Selalunya tak sampai sepuluh minit menunggu, bas dah sampai. Ini sampai sempat Rio ganggu aku.

"Awak tunggu bas ke?" bodohnya soalan Rio.

"Tak. Saya tengah tunggu submarine"

"Kalau macam tu tak apalah. Baru nak offer awak balik dengan saya. Saya tak duduk dekat blok itu pun. Itu sebab saya ada kereta"

"Saya tak tanya" ujarku senada.

"Tapi awak dengar. Cerita saya tak sia-sia. So, nak naik dengan saya tak?"

Aku jeling Rio.

"Janganlah jeling-jeling macam tu, sayang. Kalau hati saya terpanah macam mana?"

"Merepeklah awak ni" desisku.

"Sudahlah. Saya offer awak ni. Nak naik dengan saya tak? Tak payahlah tunggu submarine awak tu. Gelap kulit awak nanti"

Dia boleh pergi sebut 'submarine' tu. Nak menyindir aku ke apa?

"Saya rela gelap dari naik kereta berdua dengan awak"

"Cakap ajelah awak tu memilih. Nak kawan dengan orang ada rupa. Yang ada duit. Yang famous. Bukan orang macam saya ni" Rio buat ayat merajuk.

"I don't understand what do you mean"

"Zorion. Saya nampak awak dengan Zorion beberapa hari lepas"

"Zorion?" aku kebingungan.

Rio senyum senget. Menyinis.

Makin buat aku gagal menebak apa yang bakal Rio ucapkan selepas ini. Merinding bulu romaku jadinya.

"Lelaki yang awak jumpa dengan anak dia. Zorion. Jangan percaya dia, Kate. Dia tu penipu. He's the way more dangerous than me. Tapi tengoklah, nampak innocent dan baik. Tunjuk dia puny angle face but actually he hid his dark side" kata Rio.

"Adri?"

Aku rasa beberapa hari lepas aku jumpa Adri dan Khuz. Itu ajelah. Lain dari tu, tak ada orang lain. Zorion itu Adri?

HER OBSESSION: ADRIWhere stories live. Discover now