Perjanjian

173 5 0
                                    


"3 tahun."


YuTeng memandang surat perjanjian yang berada di atas meja itu. Pandangan matanya kemudian beralih ke arah figura lelaki yang sedang duduk bertentangan dengannya itu. Lelaki itu turut membaca butiran perjanjian yang tertulis pada kertas tersebut.


"Selama tempoh 3 tahun ni, kamu berdua tidak dibenarkan untuk wujudkan walau satu skandal pun yang boleh menjejaskan mahupun yang boleh melancarkan lagi hubungan kamu berdua."

"Maksudnya kami mahu hubungan kamu berdua hanya kekal neutral."


Pandangan Ray berubah bersilih ganti antara kedua-dua lelaki yang sedang duduk di hadapannya itu.

"Sebaik sahaja cukup tempoh 3 tahun itu, kita boleh umumkan yang perkahwinan antara kamu berdua telah berakhir."

"Okay, ada apa-apa soalan? YuTeng?" Ray memandang ke arah lelaki yang 15 tahun lebih muda daripadanya itu. YuTeng kelihatannya terus membisu, langsung tidak memberi reaksi terhadap pertanyaan daripada Ray tersebut.


"Ray."

Pandangan Ray beralih.

"Tolong tinggalkan kami sekejap,"kata lelaki itu, tanpa memandang ke arah Ray. Pandangannya kini lebih tertumpu ke arah YuTeng yang masih dalam kekeliruan itu.

"Okay. Saya akan tunggu di luar,"kata Ray,memberi ruang kepada kedua-dua lelaki tersebut untuk berbincang.



"Kalau kau memang tak nak teruskan, kau boleh pergi."

YuTeng memandang ke arah lelaki tersebut. Pandangan mata lelaki yang berada di hadapannya itu agak sukar untuk YuTeng ertikan. Mungkin lelaki itu berasa marah dengannya kerana lambat membuat keputusan. Atau mungkin juga lelaki itu berasa jelik terhadapnya kerana dirinya yang serba kekurangan itu dipilih untuk menjadi 'pasangan' kepada lelaki tersebut. Entah,YuTeng sendiri kurang pasti. Apa yang YuTeng yakin, kehadirannya di situ sememangnya tidak disenangi oleh lelaki yang dikenali oleh ZiHong, pelakon senior yang berpengalaman 8 tahun daripadanya itu.

YuTeng kemudiannya memandang semula ke arah surat perjanjian tersebut. Perlahan-lahan, dia meletakkan tandatangannya di situ tanpa perasaan ragu-ragu. ZiHong mencebik.

"Kau tak takut?" Soal ZiHong, seakan mengejek. YuTeng memandang ke arahnya.

"Bila kau dah turunkan tandatangan dekat situ, itu bermakna, kau dah bersedia untuk terima apa saja kritikan yang bakal kau terima daripada orang ramai, termasuk peminat-peminat aku. Setidak-tidaknya,mereka mungkin cakap yang kau sebenarnya ambil kesempatan atas kontroversi aku yang tengah hangat sekarang ni."


ZiHong tertawa sinis.

"Kelakar kan? Tak pasal-pasal kau jadi kambing hitam untuk selesaikan masalah aku. Dan kau juga yang akan terima kata-kata buruk atau pun pandangan jelik dari orang ramai nanti,"kata ZiHong.

ZiHong meletakkan kedua-dua lengannya di atas meja, mendekatkan tubuhnya pada meja tersebut. YuTeng sekadar memerhati.

"Kau terus terang saja dengan aku."

"Apa yang mereka tawarkan dekat kau kalau kau sanggup terima untuk berkahwin dengan aku?" Soal ZiHong.

"Jangan risau. Lagipun perkara biasalah kan kalau kau nak dapat sesuatu yang menguntungkan untuk kau, untuk karier kau. Lagi-lagi, kau pun baru sahaja nak merangkak dalam industri seni yang...well...boleh bagi banyak duit untuk kau. Aku rasalah...sebab memang aku dapat banyak duit pun dalam industri ni." Sindir ZiHong.

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now