Tunggu Saya

30 1 0
                                    


YuTeng baru sahaja selesai menukar pakaian setelah selesai membuat rakaman untukl sebuah rancangan bual bicara, terkejut apabila melihat ZiHong yang baru sahaja masuk ke dalam bilik rehatnya itu menerusi cermin. YuTeng segera menoleh ke arahnya. ZiHong hanya tersenyum sambil mengangkat tangannya.

“ZiHong?”

“Awak buat apa dekat sini?” Soal YuTeng.

“Saja datang nak tengok awak?” Balas ZiHong.

“Kerja awak?” Soal YuTeng lagi. ZiHong hanya tersenyum.

“Kerja saya dah selesai. Kebetulan saya lalu sini, jadi saya saja datang nak tengok awak,”balas ZiHong sebelum dia membantu YuTeng,membetulkan sedikit kolar jaket yang sudah pun tersarung pada tubuhnya itu. YuTeng hanya membiarkannya berbuat demikian. Tidak dinafikan dia berasa senang hati dengan layanan ZiHong yang semakin prihatin dan mesra terhadapnya itu. Namun, apabila memikirkan kembali siapa sebenarnya dirinya dalam hidup ZiHong itu membuatkan hatinya turut terluka dalam diam.

“Jadi, awak tengok persembahan saya tadi?” Soal YuTeng. ZiHong tersenyum sambil mengangguk.

“Perfect.”

“Hm?”

“Persembahan awak tadi sangat bagus. Awak tak nampak gementar pun. Nampak tenang saja dengan soalan yang mereka bagi dekat awak tadi,” kata ZiHong. YuTeng hanya tersenyum.

“Mesti nama awak trending ,” kata ZiHong lagi. Kali ini, YuTeng tertawa kecil sambil menggeleng.

“ Trending…tak bermaksud ianya sesuatu yang baik. Mungkin ramai yang kecam saya saja nanti,” balas YuTeng.

“Mereka tu cemburu saja. Abaikan,” kata ZiHong.

“Jom?” ZiHong memegang erat tangan YuTeng. YuTeng memandangnya dengan penuh tanda tanya.

“Nak pergi mana?” Soal YuTeng.

“Dating.”

“Yang YuTeng.”

YuTeng memandang ke arahnya.

“Sedap tak?” Soal ZiHong. YuTeng hanya mengangguk sambil tersenyum. Makanan lazat atau tidak, semua itu perkara nombor dua untuk YuTeng. Apa yang penting, ZiHong sendiri menjemputnya untuk makan malam bersama di suatu tempat yang istimewa. Lazimnya mereka hanya meluangkan masa yang terluang di rumah.

“Saya dah agak, awak mesti suka. Tempat ni bukan saja cantik, makanannya pun sedap.”

YuTeng hanya tersenyum sambil menguis perlahan makanan di hadapannya itu.

“Awak pernah datang sini, ZiHong?” Soal YuTeng. ZiHong mengangguk, tanpa terus berselindung.

“Dengan Irene?” Soal YuTeng. ZiHong hanya ketawa kecil sambil menggeleng. Dia kemudiannya meletakkan sudu garfu di atas meja sebelum dia menikmati pemandangan langit malam yang indah, yang dapat dilihat menerusi dinding kaca restoran itu.

“Memang saya pernah datang ke sini. Tapi bukan dengan Irene.”

Melihat wajah ZiHong yang kelihatan sedang terkenangkan sesuatu yang gembira dalam diam itu, membuatkan YuTeng sudah dapat menjangkakan sendiri jawapan yang bakal didengarinya sendiri daripada ZiHong.

“Saya pernah datang ke sini bersama mama dan papa.”

“Begitu juga dengan keluarga Yang Yang.”

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now