Maafkan Saya, Lin ZiHong

30 2 0
                                    

"Aku nak kau tinggalkan ZiHong."


YuTeng memandang ke arahnya.

"Kau boleh ambil semua yang ZiHong pernah hadiahkan untuk kau. Sebab memang itu pun yang kau nak , kan? Pastikan kau tak tinggal walau pun satu barang milik kau di rumah ZiHong. Aku tak nak ada barang peninggalan kau di rumah anak aku."

Helena kelihatannya begitu nekad dengan keputusannya itu, tanpa sedikit pun memberi ruang kepada YuTeng untuk membela dirinya. Walaupun memang benar kontrak perjanjian yang ditandatanganinya dengan ZiHong itu merupakan tindakan yang paling bodoh pernah dilakukan, namun tidak pernah terdetik dalam hatinya untuk mempermainkan perasaan orang sekelilingnya. Kasih sayang dan kemesraan yang ditunjukkannya kepada keluarga Lin terutamanya Ellie, bukan sekadar sandiwara yang sengaja dirancang. Dia benar-benar menyanyangi ahli keluarga ZiHong itu dengan ikhlas, yang sudah dianggapnya seperti keluarganya sendiri.

Helena mengalihkan wajahnya daripada YuTeng. YuTeng yang pada sangkaannya seorang yang begitu jujur itu, rupanya sama seperti Irene yang telah memburuk-burukkan anak lelakinya dahulu. Pandangan mata YuTeng menjadi kabur, menahan air mata daripada tumpah di hadapan wanita itu. Wanita yang dahulunya menjadi tempat baginya menumpang kasih, kini sudah mulai membencinya.


"Ma-"

YuTeng terdiam. Hampir terlupa bahawa dirinya sudah tidak layak untuk memanggil panggilan sebegitu seperti dahulu.

"Puan."

YuTeng cuba mencari kekuatan untuk berbicara, dengan saki baki semangat yang masih tinggal dalam dirinya. Mengenangkan dirinya yang akan kehilangan ZiHong itu sudah cukup membuatkan hampir separuh nyawanya pergi.

"Saya minta maaf dengan apa yang saya dah lakukan sebelum saya berkahwin dengan ZiHong. Saya tahu yang kesalahan saya ni takkan dapat kemaafan dari Puan ..dan ahli keluarga yang lain."

"Tapi....saya tak pernah berniat nak mempermainkan hati dan perasaan Puan,Tuan, Ellie...dan lain-lain. Saya memang betul-betul sayangkan semua, sikit pun saya tak pernah berpura-pura. Sepatutnya saya sedar yang saya memang tak layak untuk berada dalam keluarga Puan. Tapi ...kemesraan dan kasih sayang yang keluarga Puan berikan kepada saya, membuatkan saya terlupa...tamak...dan tak nak kehilangan semua ni."

"Saya sendiri dibesarkan dalam keluarga yang sederhana...tidak beribu dan berayah...hanya menumpang kasih sayang ibu Hannah. Jadi, sebab tu saya sangat sayangkan keluarga ni. Kalau bukan sebab ZiHong, saya takkan dapat rasa semua ni."


Helena mendengus kasar.Mulalah tu...nak berdrama air mata dengan aku pula. Helena menjeling tajam. Wajah sayu YuTeng ketika itu begitu menjengkelkan baginya. Ternyata perasaan marah dan bencinya pada ketika itu telah menyingkirkan rasa sayang yang pernah dirasainya terhadap YuTeng selama ini.

"Aku dah cakap kan yang aku tak nak dengar langsung kata-kata rayuan kau. Aku panggil kau ke sini sebab nak kau tinggalkan anak aku,keluarga aku. Aku tak nak keluarga aku dicemari oleh orang yang tak jujur macam kau. "

"Macam yang kau dah cakapkan tadi...kau dah dapat merasa hidup beribu berayah seperti yang kau idam-idamkan,betul tak? Jadi, aku rasa semua tu dah cukup untuk kau. Atau kau nak juga tunggu untuk cukupkan tempoh 3 tahun, baru kau puas hati? Baru kau rasa seronok berpura-pura baik di hadapan Ellie?"


"Saya tak pernah berniat untuk berpura-pura sayangkan Ellie. Saya betul-betul sayangkan Ellie macam anak saya sendiri-"


"Aku bencilah dengar kau cakap macam tu!" Jerkah Helena, sebelum sempat YuTeng menghabiskan kata-katanya. Air mata YuTeng laju mengalir mendengar jerkahan yang entah berapa kali pada hari itu daripada Helena.

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now