Sepatutnya Saya ...

13 2 0
                                    


“Betulkah ni?” Soal Ray, inginkan kepastian. YuTeng yang sedang duduk bersebelahan katil ZiHong itu turut menantikan jawapan daripada lelaki tersebut. Ketika itu, ZiHong sudah pun dipindahkan ke wad biasa memandangkan keadaannya sudah beransur stabil. Hanya menantikan kesakitan pada kaki dan tangan beransur pulih serta perlu menjalani beberapa sesi fisioterapi yang menyebabkan lelaki itu masih perlu ditahan di hospital. ZiHong mengangguk sebagai membalas pertanyaan Ray. YuTeng membeliakkan matanya. Tidak menyangka akan punca kemalangan yang hampir meragut nyawa suaminya itu adalah berkemungkinan telah dirancang oleh seseorang. Tangannya dikepal erat – bengang dengan segala kemungkinan yang sedang bermain dalam fikirannya itu. ZiHong yang menyedari akan perubahan riak wajah YuTeng itu kemudiannya menggenggam erat tangan YuTeng. YuTeng memandang ke arahnya.

“Kau rasa siapa yang mungkin sanggup buat semua ni dekat kau?” Soal Ray. ZiHong hanya tersenyum hambar sambil menjungkit bahunya. Dia sendiri tidak pasti akan jawapan kepada pertanyaan Ray tersebut. Sesiapa sahaja mungkin ada menyimpan rasa dendam terhadapnya. Walaupun ada seseorang yang berkemungkinan menjadi pelakunya, namun untuk membuat tuduhan tanpa usul periksa adalah tetap tidak wajar.

“Polis dah jalankan siasatan. Kita tunggu sajalah.” Balas ZiHong, enggan untuk terus mengulas lanjut. Ray melepaskan keluhan berat.

“Tapi…” ZiHong menelan air liur, sebelum dia memandang ke arah YuTeng. YuTeng turut memandang ke arahnya.

“…bila difikirkan balik…” ZiHong mengusap perlahan pipi YuTeng.

“…aku tak rasa sasaran orang tu ialah aku.” Sambung ZiHong. Kedua-dua Ray dan YuTeng mengerutkan dahi.

“Maksud kau?” Soal Ray.

“Sebab kereta yang aku guna sewaktu kemalangan tu…memang kereta yang aku sediakan khas untuk YuTeng setiap kali YuTeng keluar rumah,” kata ZiHong.

“Cuma kebetulan malam tu, aku terdetik hati nak guna kereta tu untuk berjumpa dengan YuTeng di rumah ibu,” katanya lagi, perlahan. YuTeng dan Ray masing-masing terdiam, terkejut dengan kenyataan ZiHong. ZiHong memandang tepat ke arah suaminya.

“Tapi nasib baik…bukan awak yang terlibat dalam kemalangan tu, YuTeng.” Kedengaran ZiHong melepaskan nafas lega.

“Kalau tak … saya …” Kata-kata ZiHong terhenti untuk seketika, sebelum dia menggelengkan kepalanya.

“Saya tak nak bayangkan semua tu.”

“Saya takkan maafkan dia. Sesiapa pun pelakunya…saya takkan sesekali maafkan.” YuTeng mulai bersuara. ZiHong memandang ke arahnya. YuTeng kemudiannya menundukkan wajahnya sebelum menghela nafas berat.

“Saya minta maaf.” YuTeng meraup wajahnya.

“Kalau bukan sebab saya…awak takkan-“

“Yang YuTeng.” ZiHong segera memintas kata-kata YuTeng.

“Semua ni bukan salah awak. Bukan salah awak.” ZiHong menekankan kata-katanya, dengan harapan agar YuTeng tidak terus menyalahkan dirinya. YuTeng menggeleng perlahan.

“Apa pun yang awak katakan…hakikatnya…semua ni berpunca daripada saya, ZiHong.” YuTeng memandang ke arah ZiHong, sebelum melepaskan keluhan berat.

“Sepatutnya saya yang berada di tempat awak, ZiHong.”

“Yang YuTeng!”

YuTeng terdiam. Rasa bersalahnya kian menebal apabila bertentang mata dengan mata ZiHong yang berkaca itu. Wajah lelaki itu kelihatan tegang, seakan-akan sedang menahan rasa marahnya yang terpendam itu.

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now