Jaga Diri, Lin ZiHong

16 2 0
                                    


ZiHong melihat sekilas jam tangan miliknya sambil bersandar pada keretanya. Dilihatnya ke arah sekeliling, mencari-cari kelibat YuTeng yang masih belum kelihatan pada waktu yang dijanjikan.


Saya tunggu awak dekat sini.

Awak jangan lambat tahu. Nanti kena denda.

Love you, sayang.


ZiHong ketawa sendiri apabila mengingatkan kembali mesej yang dihantar beserta lokasi tempat yang dijanjikan, sebentar tadi. Ada hati nak denda orang. Dia sendiri pun lambat.

Entah apalah rancangan atau permainan yang sedang dirancang oleh YuTeng itu, ZiHong hanya mampu menekanya dalam diam. Bibirnya tersenyum sendiri apabila membayangkan sahaja gelagat YuTeng yang mungkin akan ditunjukkannya pada hari itu. Tidak sabar juga untuk tahu rancangan temujanji yang dirancang oleh suaminya itu.

Pastinya kehadiran ZiHong di situ sedikit sebanyak menarik perhatian mereka yang lalu lalang di sekitar kawasan tersebut. Ada sesetengah daripada mereka itu memberanikan diri untuk mendekati ZiHong untuk bertanya khabar serta tujuan keberadaannya di situ. ZiHong masih cuba untuk melayani peminat-peminatnya dengan baik, walaupun dia akui dia sedikit berasa tidak selesa apabila waktu peribadinya itu diganggu. Namun, apa yang pasti, tidak apa yang perlu disorokkan olehnya kerana hubungannya dengan YuTeng sememangnya sudah diketahui secara umum. Tidak salahkan jika mereka keluar berjanji temu seperti pasangan yang lain?



YuYuKawaii :

ZiHong sedang tunggu YuYu untuk keluar dating sama-sama! 😍

(disertakan gambar ZiHong yang kacak bergaya jaket denim biru, t-shirt hitam, berserta seluar denim hitam, sedang memandang telefon bimbit sambil bersandar pada kereta)

SamYUOTP :

Mana YuTeng? Mereka nak keluar datingkah tu?

Zihong_yu_love :

Handsomenya ZiHong! 😘😘



Pastinya berita mengenai ZiHong dan YuTeng keluar berjanji temu ketika itu sudah menjadi perbualan hangat dalam kalangan kelompok peminat mereka dalam sosial media. Walaupun kelibat YuTeng ketika itu masih belum kelihatan , namun keberadaan ZiHong sudah cukup membuatkan berita tersebut tersebar pantas dan meluas.

Senyuman pada bibirnya itu semakin lebar apabila matanya dapat menangkap sekujur tubuh yang amat dikenalinya sedang bersembunyi di sebalik bangunan yang terletak tidak jauh dari situ. Eh eh, dia nak main sorok-sorok pulakah?

ZiHong kemudiannya mengeluarkan telefon bimbitnya sebelum dia menghubungi YuTeng yang kononnya merasakan dirinya masih belum dijumpai oleh ZiHong itu.

" Yang YuTeng. "

" Tak payah nak menyorok lagi. Saya dah nampak awak."

Tanpa menunggu balasan daripada suaminya itu, ZiHong menamatkan panggilan telefonnya sebelum bercekak pinggang, menantikan YuTeng untuk keluar dari tempat persembunyiannya. Bibirnya menguntum senyuman nakal apabila melihat kelibat YuTeng yang baru muncul itu, dengan riak wajahnya yang kelihatan sangat tidak berpuas hati. Langkahnya kelihatan malas-malas dengan bibirnya yang sengaja dimuncungkan itu, menuju ke arah ZiHong. YuTeng sengaja tidak bertentang mata dengan suaminya sebaik sahaja sudah berdiri dekat dengan lelaki tersebut. ZiHong kemudiannya berpeluk tubuh, lagaknya seperti mahu menyoal siasat YuTeng. Keningnya terangkat sebelah. Dalam diam, dia memuji ketampanan YuTeng yang kelihatan segak (pada masa yang sama comel pada pandangan matanya) berpakaian jaket putih, t-shirt hitam beserta seluar denim hitam itu.

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now