YuTeng meletakkan tuala panas pada lengannya. Kesan genggaman tangan ZiHong pada lengannya itu masih jelas kelihatan, namun tidak terlalu sakit. Masih jelas tergambar raut wajah ZiHong yang tegang sebentar tadi. YuTeng sendiri tidak memahami apa yang sedang mengganggu fikiran lelaki itu sehingga berkelakuan kasar terhadapnya seperti tadi. Perubahan sikap lelaki itu semakin ketara sejak dia bersetuju untuk menerima tawaran kerjasama dengan Yang Yang. YuTeng tahu hubungan antara mereka tidak terlalu akrab namun YuTeng langsung tidak memahami sikap dingin ZiHong terhadap Yang Yang itu.Cemburukah ZiHong terhadap pertemuannya dengan Yang Yang itu?
YuTeng tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.
Mustahil!
Mustahil lelaki itu cemburu akan pertemuannya dengan Yang Yang, walhal hubungannya dengan ZiHong pun hanya sekadar perjanjian yang termeterai di atas kertas.
“Jangan harap apa-apa, YuTeng. Dia cuma risaukan reputasi dia tercalar saja kalau ada apa-apa berita yang tak baik mengenai kau.”
Hatinya berbisik sendiri.
YuTeng melihat sekali lagi lengannya itu. Perlahan-lahan bekas genggaman tangan ZiHong itu diusapnya perlahan.
ZiHong meneguk kasar wain merah yang ada di hadapannya itu. Rasa marahnya itu masih lagi terasa, lagi-lagi apabila mengingatkan kembali wajah YuTeng yang ceria sebaik sahaja tiba di perkarangan rumahnya sebentar tadi. Wajahnya ceria selepas pertemuannya dengan Yang Yang. Itu yang menyebabkan hatinya semakin panas. Tangannya dikepal erat. Namun, apabila mengenangkan kembali kelakuan kasarnya terhadap YuTeng sebentar tadi, membuatkan jiwanya dilanda perasaan bersalah. Lamunannya terhenti apabila terdengar telefon bimbitnya berdering. Melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu membuatkan hatinya terasa berat untuk menjawab panggilan tersebut.
“Hm.”
“Lin ZiHong ~~~”
“Kau nak apa?” Soal ZiHong, malas untuk terus melayani karenah si pemanggil itu. Kedengaran lelaki itu ketawa di hujung panggilan.
“Aik? Kenapa moody sangat ni? Takkan dah bergaduh dengan YuTeng pula?” Soal si pemanggil itu. ZiHong tidak terus menjawab. Mulutnya dikunci rapat. Tangannya menggerak-gerakkan gelas berisi wain merah itu. Menyedari keengganan ZiHong untuk menjawab pertanyaannya itu membuatkan si pemanggil berasa hairan. Sangkaannya hanya sekadar bergurau.
“Eh, betulkah?” Soal si pemanggil itu.
“Em…” Suara lelaki itu kedengaran lagi.
“Apa lagi yang kau dah buat ni, ZiHong?” Soal lelaki itu lagi. ZiHong masih lagi membisu.
“Kau tahukan…dengan aku…kau tak perlu berahsia apa-apa? Aku tahu hubungan kau dengan YuTeng macam mana. Tapi, aku tak sangka pula kau boleh bergaduh dengan dia. Dia ada buat kau marahkah?” Soal lelaki itu lagi.
“ZiHong?”
“Aku…”
Kedengaran ZiHong melepaskan nafas berat. Bagaikan sukar baginya untuk meluahkan isi hatinya yang bercampur-baur itu. Air liur yang ditelannya itu terasa kelat.
“Aku tengking dia.” Sambung ZiHong.
“Lagi?” Soal lelaki itu lagi. Pastinya lelaki itu sangat mengenali peribadi ZiHong yang sebenarnya.
“Aku genggam kuat lengan dia … Tarik dia masuk ke dalam bilik air. Aku…”
“Aku tak boleh nak kawal perasaan marah aku tadi.”
![](https://img.wattpad.com/cover/317513862-288-k801720.jpg)
YOU ARE READING
I Choose to Love You in Silence
FanficSatu kontroversi harus dibayar dengan satu perjanjian untuk tempoh tiga tahun.