Belum Bersedia

18 2 0
                                    


Dua bulan kemudian



"Terima kasih."

ZiHong menguntum senyuman manis kepada YuTeng, sambil mengambil minuman yang dihulurkan oleh lelaki tersebut. YuTeng kemudiannya mengambil tempat bersebelahan dengan ZiHong, yang ketika itu sedang berehat di atas katil. Kelakuan lelaki itu diperhatikannya dalam diam. ZiHong yang menyedari akan renungan mata YuTeng terhadapnya itu, kemudiannya meletakkan semula gelas kosong di atas meja kecil bersebelahan katilnya.

"Kenapa pandang saya macam tu?' Soal ZiHong, sambil mengangkat kedua-dua keningnya. YuTeng hanya tersenyum simpul, sebelum menggelengkan kepalanya.

"Saja. Nak tatap muka handsome suami saya sendiri pun tak boleh?" Soal YuTeng pula. ZiHong tertawa kecil, malu barangkali apabila diusik oleh YuTeng sebegitu.

"Bukan tak boleh. Jangan kata nak tatap, nak cium pun dialu-alukan,"balas ZiHong. YuTeng sekadar mencebik. ZiHong hanya ketawa sambil menggosok lembut kepala suami kesayangannya itu.

"Ada apa yang awak nak cakap dengan saya?Hm?" Soal ZiHong, yang sudah begitu masak dengan kerenah YuTeng yang sudah dikahwininya hampir sepuluh bulan itu. Tempoh yang agak lama untuk mengenali sikap dan personaliti lelaki yang awalnya dikahwini untuk kepentingan diri masing-masing.

"Tak ada apa-apalah, sayang. Saya saja nak tengok awak,"kata YuTeng, menidakkan andaian ZiHong tersebut. ZiHong menggelengkan kepalanya.


"Yang YuTeng."

YuTeng memuncungkan bibirnya.

"Apa yang tengah mengganggu fikiran awak sekarang ni? Hm?" Soal ZiHong lagi, masih belum berputus asa. YuTeng melepaskan keluhan perlahan, sebelum dia menggelengkan kepalanya.

"Em..." YuTeng berkira-kira untuk memulakan kata-katanya.

"Awak sedar tak yang dah hampir 10 bulan kita berkahwin?" Soal YuTeng. ZiHong mengangguk.

"Ya, saya masih sedar dan akan sentiasa menantikan hari-hari yang seterusnya dengan awak,"balas ZiHong.

"Kenapa? Awak dah tak suka saya?" Soal ZiHong, serkap jarang. Namun, ada nada usikan pada kata-katanya itu. YuTeng menepuk perlahan lengan lelaki tersebut, geram dengan sikap ZiHong yang suka bergurau tidak bertempat itu. ZiHong hanya ketawa.

"Kalau saya tak suka awak pun, saya masih sanggup bersama dengan awak lagi, Lin ZiHong. Sebab saya saja yang boleh tahan dengan perangai awak ni,"balas YuTeng, geram. Tawa ZiHong menjadi semakin galak. YuTeng sekali lagi mencebik.

"Saya seriuslah, ZiHong."

"Okay,okay. Saya akan jadi serius." ZiHong menepuk kedua-dua pipinya, mahu menghentikan tawanya yang masih bersisa itu.

"Okay, kita dah kahwin hampir sepuluh bulan. Jadi, soalannya?" Soal ZiHong. YuTeng mencapai tangan ZiHong sebelum diramasnya lembut.

"Saya terfikirkan pasal tempoh 3 bulan yang Irene katakan kepada kita berdua."



Senyuman ZiHong mengendur sebaik sahaja mendengar kata-kata daripada YuTeng itu. Tangan suaminya itu kemudiannya digenggamnya erat. YuTeng memandang ke arahnya.

"Kenapa ni?" Soal ZiHong. YuTeng menggeleng perlahan.

"Kita kan dah sama-sama selesaikan hal tu. Saya, awak , Ray dan Tian dah pun tahu macam mana kontrak perjanjian tub oleh terlepas ke tangan Irene."

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now