Truth or Dare

15 2 0
                                    


ZiHong menuruni anak tangga, menuju ke ruang makan, mengharapkan YuTeng berada di situ. Namun, ternyata harapannya itu punah. Hanya kelibat pembantu rumahnya sahaja yang kelihatan.

“Selamat pagi, Tuan Lin.”

Pembantu rumah itu menundukkan sedikit kepalanya apabila menyedari ZiHong yang baru sahaja tiba di situ. ZiHong tidak segera menjawab. Sebaliknya dia masih tercari-cari kelibat YuTeng di situ.

“Tuan Lin?”

ZiHong memandang ke arahnya.

“YuTeng…”

“YuTeng dah turun makan?” Soal ZiHong.

“Tuan Yang…”

“ …dia dah keluar sejak awal pagi lagi, Tuan Lin.” Jawab pembantu itu, tanpa berselindung. Dalam diam, dia mengesyaki bahawa pastinya berlaku perselisihan faham antara kedua-dua lelaki tersebut. Hubungan mereka agak dingin sejak beberapa hari yang lalu. Walhal sebelum itu, mereka kelihatan begitu baik, serta tidak segan silu menunjukkan kemesraan mereka di hadapan pekerja-pekerja yang ada di rumah itu. Walaupun begitu, layanan YuTeng terhadap mereka masih sama, seakan-akan tiada apa-apa yang terjadi antara dirinya dengan ZiHong. Hanya lelaki itu lebih kerap untuk keluar bekerja lebih awal daripada kebiasaannya – seolah-olah cuba mengelak daripada bersemuka dengan ZiHong.

Kedengaran ZiHong melepaskan keluhan berat sebaik sahaja mendengar jawapan daripada pembantunya itu. Sejak belakangan ini, YuTeng seolah-olah sengaja untuk mengelak daripadanya. Pada pagi harinya, dia keluar lebih awal sebelum ZiHong sempat untuk bangun dari lenanya. Pada malamnya pula, dia sengaja pulang lebih lewat sedangkan jadual kerjanya pada hari tersebut tidaklah terlalu sibuk. Jika berjumpa secara berdepan pun YuTeng seakan-akan lebih selesa untuk membisu, apatah lagi dengan panggilan telefon. Satu pun panggilannya tidak dijawab. Jika dijawab sekali pun, hanya suara Tian yang kedengaran.

YuTeng tengah ada photoshoot.

YuTeng masih lagi tengah shooting.

YuTeng sedang ditemuramah.

Pelbagai alasan yang diberi oleh Tian setiap kali ditanya oleh ZiHong mengenai YuTeng. Namun begitu, ZiHong tidak menyalahkan Tian. Pastinya itu permintaan daripada YuTeng sendiri. Cuma ZiHong tertanya-tanya sendiri akan perubahan sikap YuTeng yang berlaku secara tiba-tiba itu. Apakah silapnya pula kali ini? Pasti kesalahannya itu bukannya hal remeh jika dilihat dari perubahan sikap YuTeng tersebut.

“Tuan Lin?”

Lamunan ZiHong terhenti. Ditolehnya ke arah pembantunya yang masih setia menanti.

“Ada apa-apa yang Tuan Lin perlukan?” Soal pembantu itu. ZiHong hanya menggeleng perlahan.

“YuTeng dah makankah sebelum dia keluar?” Soal ZiHong,ingin tahu.

“Saya dah sediakan sarapan untuk Tuan Yang. Tapi katanya dia terpaksa keluar awal. Takut lambat katanya.” Jawab pembantu itu.

“Tapi Tuan…sejak baru-baru ni…saya tengok memang Tuan Yang nampak lain. Makanan pun jarang disentuhnya. Saya risau kalau dia jatuh sakit saja nanti.” Sambung pembantu itu lagi. ZiHong hanya mengangguk sambil tersenyum hambar.

“Okay. Nanti saya cuba cakap dengan YuTeng.”

Kakinya melangkah longlai menuju semula ke arah bilik. Niatnya mahu bersiap-siap untuk keluar bekerja itu terbantut seketika apabila terdengar deringan telefon bimbitnya. Nama Tian terpampang pada skrin telefon bimbitnya.

“Tian?”

“Lin ZiHong.”

ZiHong hanya mendengar. Namun, apabila mendengar keluhan perlahan daripada lelaki itu, hatinya mulai berasa bimbang.

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now