Pertemuan dengan Yang Yang

12 1 0
                                    


Tidur malam YuTeng pada waktu itu sedikit pun tidak lena.Dahinya berkerut serta dibasahi peluh. Puas diubah posisi tidur yang lebih selesa, namun sedikit pun tidak dapat membuatkan keadaannya menjadi lebih selesa. Perlahan-lahan, YuTeng membuka matanya, sebelum melilau melihat sekeliling ruang bilik yang menempatkan dirinya pada waktu itu. Kelibat Hannah tidak kelihatan. Ditolehnya ke arah jam dinding – sudah menunjukkan waktu yang semakin larut. Mungkin Hannah sudah pulang untuk berehat sebentar, fikirnya dalam diam. Sememangnya itu yang dimahukan oleh YuTeng. Enggan menyusahkan Hannah terutamanya, untuk sentiasa menemani dirinya sepanjang dia menerima rawatan di situ.

Tangannya diletakkan pada perut , apabila merasakan kesakitan yang semakin kuat jika dibandingkan dari petang tadi, sebelum kepulangan Hannah. Sengaja YuTeng menyembunyikan rasa sakit dan ketidakselesaannya itu. Sangkaannya kesakitan itu hanyalah bersifat sementara. Namun, ternyata sangkaannya meleset sama sekali. Semakin lama dibiarkan, kesakitannya itu semakin terasa dan sudah tidak dapat ditahan olehnya lagi.

YuTeng mulai bangun dari pembaringannya. Perlahan-lahan, dia melangkah ke arah bilik air. Pantulan raut wajahnya yang jelas menunjukkan sedang menahan rasa kesakitan yang teramat itu diperhatikan pada cermin. YuTeng membasahkan wajahnya. Keluhan kasar dilepasnya, sambil tangannya mengusap perutnya itu. Sungguh kesakitan yang dirasainya sudah tidak tertanggung lagi. Akhirnya, YuTeng terduduk di situ, dengan tangan kirinya berpaut pada sinki untuk menampung tubuhnya yang semakin lemah itu.


YuTeng mulai cemas apabila merasakan sesuatu mengalir , yang mulai membasahi seluar yang sedang dipakainya itu. Matanya terbuka luas apabila melihat tompokan darah yang jelas kelihatan pada seluarnya itu.


Jantungnya berdegup kencang.

Matanya mulai berkaca.

Kepalanya digeleng ,tidak percaya dengan situasi yang sedang dialaminya itu.


YuTeng memejamkan matanya rapat. Tangisannya semakin teresak dek rasa sakit yang semakin tidak tertanggung itu. Tangannya diletakkan rapat pada perutnya, bagaikan enggan untuk membiarkan sesuatu perkara buruk terjadi pada bayi dalam kandungannya itu.


"YU?"


Perhatian YuTeng teralih ke arah pintu bilik air yang tertutup, apabila telinganya menangkap namanya dipanggil dari luar. YuTeng cuba menggagahkan dirinya untuk bangun namun tidak terdaya.

Yang Yang melihat ke arah sekeliling bilik yang menempatkan YuTeng, sebaik sahaja dia meletakkan beg pakaiannya di atas sofa. Sangkaannya YuTeng sedang tidur lena di atas katil, namun kelibat adik lelakinya itu tidak kelihatan.


"Yusuke?"

Sekali lagi Yang Yang memanggil YuTeng. Perhatiannya beralih ke arah bilik air yang kelihatan menyala dari dalam itu. Yang Yang segera mendekati ke arah bilik air tersebut. Pastinya YuTeng sedang berada di dalam.

"YU? YU ada dekat dalamkah?" Soal Yang Yang. Dahinya berkerut apabila panggilannya tidak bersahut dari dalam. Pintu bilik air itu diketuknya dari luar.

"Yusuke? YU okaykah dekat dalam tu?" Soal Yang Yang, mulai bimbang.

"YU?!"

Kebimbangan Yang Yang sudah tidak terbendung lagi apabila telinganya dapat menangkap tangisan YuTeng dari dalam.

"YU? Kenapa ni? Buka pintu ni, YU!" Yang Yang cuba membuka pintu bilik air yang berkunci itu.Tanpa terus membuang masa, dia segera menghempaskan tubuhnya pada pintu tersebut sehingga ia terbuka.

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now