Bimbang

20 1 0
                                    


YuTeng membuka matanya perlahan. Agak lama dia terdiam di situ, memerhatikan sekelilingnya yang tidak lagi terasa asing baginya sejak dia menemani Ellie di hospital tersebut. YuTeng mengerutkan dahinya sambil memicit kepalanya yang terasa sedikit berdenyut itu. Mungkin kerana rasa letihnya itu masih belum benar-benar hilang, namun sekurang-kurangnya YuTeng dapat merasakan tubuhnya sedikit segar dan ringan selepas melelapkan mata untuk seketika.

“Awak dah bangun?”

YuTeng membulatkan matanya. Bagaikan baru menyedari bahawa dirinya tidak keseorangan di situ, YuTeng segera menegakkan tubuhnya. YuTeng terkejut apabila melihat ZiHong yang sedang duduk di sebelahnya. Sudah lamakah lelaki itu berada di sebelahnya? Apakah selama ini tidurnya yang nyenyak itu adalah disebabkan oleh ZiHong yang setia menemaninya di situ? YuTeng segera mengalihkan wajahnya daripada ZiHong sambil mengurut perlahan lehernya. Kedengaran dia berdehem perlahan. ZiHong hanya tersenyum melihat kelakuan YuTeng yang kelihatan kekok itu.

“Awak dah rasa okaykah? Kalau rasa letih lagi, awak baliklah rumah rehat dulu. Biar saya pula yang jagakan Ellie,” kata ZiHong, sebelum dia sendiri yang mengurut lembut leher YuTeng itu. YuTeng tergamam untuk seketika sebelum dia menjarakkan tubuhnya daripada ZiHong. ZiHong sekadar membiarkannya.

“Macam mana awak boleh ada dekat sini?” Soal YuTeng, tidak memandang ke arah ZiHong. ZiHong hanya tersenyum tawar melihat layanan YuTeng yang agak dingin terhadapnya itu. Mungkin kerana perasaan marahnya itu masih lagi bersisa. ZiHong memandang tangan YuTeng. Hatinya teragak-agak untuk menyentuh lembut tangan tersebut. Namun dibatalkan sahaja dulu niatnya itu, memikirkan layanan dingin YuTeng terhadapnya itu.

“Yang YuTeng.”

Kedengaran suara ZiHong, menyapanya lembut. Diikuti oleh keluhan kecil daripada lelaki tersebut.

“Saya minta maaf.”

Ucap ZiHong, bersungguh-sungguh. Andai dia harus mengucapnya berulang kali sehingga YuTeng mahu memaafkannya, dia sanggup melakukannya. Kerana dia tahu, kesalahannya pada malam itu sukar bagi YuTeng untuk memaafkannya. Pastinya lelaki itu berasa dalam ketakutan, dibebani perasaan bimbang, tatkala keadaan Ellie yang sedang dalam kesakitan serta keberadaan ZiHong yang langsung tidak diketahui.

“Saya betul-betul minta maaf. Saya bersalah dan saya tak patut tinggalkan awak…tinggalkan Ellie malam tadi. Saya minta maaf.”

Tangan YuTeng itu dicapainya oleh ZiHong. Digenggamnya lembut sebelum dibawanya ke arah bibir. Perlahan-lahan, tangan putih YuTeng itu dikucupnya penuh kasih sayang. YuTeng pula masih enggan untuk memandang ke arah lelaki itu. Perasaannya bercampur-baur.

“Saya sanggup terima apa-apa sahaja hukuman daripada awak, YuTeng. Tapi…” ZiHong menelan air liur. Tangan YuTeng itu masih terletak kemas pada bibirnya.

“Saya tak sanggup tengok awak terus membisu macam ni.”

“Saya betul-betul minta maaf,sayang.”

Sekali lagi, ZiHong mencium lembut tangan YuTeng dengan matanya terpejam rapat. Tangan YuTeng itu dirapatkan pada dahinya. Sungguh fikirannya bercelaru. Hatinya dihambat penuh rasa bersalah. Apatah lagi rahsia perkahwinan yang mereka cuba sembunyikan selama ini sudah berjaya dihidu oleh Irene.

“Saya risaukan awak.”

ZiHong membuka matanya. Pantas sahaja dia mendongakkan kepalanya. Kali ini, mata mereka saling berpandangan. Kedua-dua mata YuTeng kelihatan letih dan berkaca. Pastinya semua itu membuatkan rasa bersalah ZiHong terhadap YuTeng semakin menebal.

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now