Dia Yang Bernama Yusuke

17 2 0
                                    


ZiHong dan YuTeng saling berpandangan tanpa sebarang kata. Manakala ShiDe dan ShuYi pula hanya tersenyum sesama sendiri. Bayi yang sedang dikendong oleh YuTeng pula mulai terjaga dan merengek. Cepat-cepat YuTeng menyerahkan kembali si kecil itu kepada ShuYi. Wajah YuTeng kelihatan gelisah, bimbang sekiranya si kecil itu menangis kerana kesilapan yang tidak dia sedari.

"Jangan risau. Biasalah kalau baby menangis macam ni," kata ShuYi,seraya menenangkan YuTeng.

"Betulkah? Saya risau kalau saya terpegang dia kuat-kuat tadi." YuTeng masih bimbang. ShuYi hanya menggeleng perlahan.

"Tak apa. Nanti dia tidur balik," kata ShuYi.

"ZiHong,boleh saya pinjam mana-mana bilik sekejap? " Soal ShuYi pula, sebelum dia mengambil beg yang dihulurkan oleh suaminya itu.

"Boleh. Nanti saya minta pembantu saya tunjukkan bilik," jawab ZiHong,sebelum dia memberi isyarat kepada salah seorang daripada pembantunya untuk membantu ShuYi.

"Saya nak pinjam YuTeng sekejap,boleh?" Soal ShuYi, sebelum dia menoleh sekilas ke arah YuTeng. ShiDe yang menyedari niat suaminya itu , sekadar tersenyum simpul sebelum dia berdehem perlahan. ZiHong turut memandang ke arah YuTeng sebelum dia mengangguk perlahan.

"Ok. Jom, YuTeng?" Soal ShuYi,sebelum dia menghulurkan tangannya. YuTeng hanya tersenyum sebelum dia menyambut tangan ShuYi. YuTeng memberikan senyuman manis kepada suaminya itu sebelum kelibatnya hilang dari pandangan ZiHong.

"Relaks..."

"ShuYi saja nak bagi aku peluang untuk usik kau saja, ZiHong," kata ShiDe, tersenyum nakal. ZiHong ketawa sambil menggelengkan kepalanya.

Hati YuTeng tersentuh melihat bayi kecil yang sudah pun kembali lena di atas tilam empuk itu. ShuYi yang menyedari renungan mata YuTeng terhadap anaknya itu hanya tersenyum.

"Saya minta maaf tahu, YuTeng,"ucap ShuYi. YuTeng memandang ke arahnya.

"Hm?" YuTeng hairan.

"Saya minta maaf sebab saya pisahkan awak dengan ZiHong sekejap," kata ShuYi. YuTeng ketawa perlahan, bimbang tawanya itu akan mengejutkan bayi yang sedang lena dibuai mimpi itu.

"Tapi saya sebenarnya nak selamatkan awak daripada suami saya juga tu. Mesti ZiHong tengah penat kena usik dengan ShiDe." Sambung ShuYi lagi.

"Bagus juga. Biar ZiHong rasakan,"kata YuTeng. ShuYi turut tertawa, sebelum dia merenung wajah YuTeng yang dipujinya cantik dalam diam itu. Tidak hairanlah mengapa ZiHong begitu jatuh sayang terhadap lelaki yang sedang berada di hadapannya itu.

"Dia sangat sayangkan awak, Yang YuTeng."

Kenyataan ShuYi itu membuatkan pandangan YuTeng teralih ke arahnya. ShuYi hanya tersenyum ke arahnya.

"Dia betul-betul dah berubah sejak dia berkahwin dengan awak." Kata ShuYi lagi. YuTeng hanya mendengar.

"Saya dengan ShiDe dah kenal dengan ZiHong sejak kami sama-sama belajar di luar negara dulu. Lepas dia balik semula dari majlis pengebumian di Taiwan tu, dia nampak lain. Dia kurang senyum, kurang bergaul dengan orang lain. Kebanyakan masa dia lebih selesa menghabiskan masa seorang diri."

"Dia mula melibatkan diri dalam industri lakonan pun sebab nak cuba lupakan kisah sedih dia. Dia kata dia boleh jadi orang lain. Dia boleh teruskan hidup dengan menjadi orang lain tanpa terus terperangkap dengan kisah silam dia dengan Yusuke."

Mata YuTeng terbuka sedikit luas - sebaik sahaja mendengar nama Yusuke meniti di bibir ShuYi. Yusuke? Itukah nama lelaki yang pernah menjadi cinta pertama ZiHong suatu ketika dahulu? Dia sudah maklum mengenai kisah cinta pertama ZiHong yang tidak kesampaian itu, namun tidak pernah sekali lelaki itu menyebut nama Yusuke. Dan YuTeng juga tidak pernah untuk bertanya kerana enggan membuatkan ZiHong berasa tidak selesa. ShuYi yang menyedari riak wajah YuTeng yang berubah itu, mulai mendekatkan wajahnya sedikit ke arah YuTeng.

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now