Kisah Silam

17 2 0
                                    


YuTeng yang baru sahaja tiba di wad VIP sebaik sahaja menyelesaikan rakaman di studio sebentar tadi, tidak terus menuju ke bilik ZiHong. Mesej yang baru dihantar oleh ZiHong sebentar tadi mengatakan lelaki itu kini sedang menjalani sesi fisioterapi sebelum dibenarkan untuk pulang ke rumah hari ini. Ya, Lin ZiHong kini sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Hanya perlu datang pada hari temujanji klinik dan fisioterapi yang telah ditetapkan.

“Tuan Lin tak ada di wad sekarang. Dia ada di fisioterapi.” Ujar salah seorang jururawat yang berada di kaunter tersebut. Semua staf di wad VIP tersebut sudah terbiasa dengan kehadiran YuTeng untuk melawat dan menjaga ZiHong di situ. YuTeng tersenyum.

“Saya tahu. Dia baru mesej saya tadi.” Balas YuTeng,mesra.

“Em…tapi…boleh saya tahu kalau pesakit di bilik VIP 3 ada menerima pelawat sekarang?” Soal YuTeng.

“Oh, maksud awak…Puan Akiko?” Soal jururawat tersebut. YuTeng mengangguk.

“Setahu saya dia belum ada menerima lawatan daripada sesiapa lagi untuk hari ni. Awak nak jumpa dengan Puan Akiko?” Soal wanita itu lagi. YuTeng mengangguk.

“Saya ada bawakan buah tangan untuk dia. Lagipun hari ni ZiHong dah boleh discaj. Jadi , saya nak jumpa dia sekejap.” Balas YuTeng. Jururawat itu tersenyum.

“Boleh. Lagipun mesti Puan Akiko rasa sunyi. Sebab anak lelakinya pun tak selalu dapat tengok Puan Akiko. Sibuk katanya.”

“Kalau macam tu, saya masuk dulu.” Ucap YuTeng,sebelum dia beredar dari kaunter jururawat tersebut.

“Nanti saya beritahukan Tuan Lin ya,” kata jururawat itu, sempat lagi mengusik. YuTeng hanya tertawa kecil sambil menggeleng.

“Yusuke!”

YuTeng yang baru sahaja muncul di muka pintu itu hanya tersenyum sebaik sahaja kedatangannya itu disambut oleh wanita tua yang sedang duduk di atas katil.

“Obaachan.” Sapa YuTeng,ramah. Bakul buah yang berada dalam pegangannya itu diletakkan di atas meja bersebelahan dengan katil wanita tersebut. Wanita itu tersenyum sebelum dia menghulurkan tangannya ke arah YuTeng. YuTeng menyambutnya tanpa banyak soal.

“Yusuke baru balik dari kerja? Lambat Yusuke datang tengok obaachan harini,” kata wanita itu.

“Ya. Kerja saya habis lambat sikit, obaachan. Obaachan dah makan?” Soal YuTeng. Wanita itu hanya mengangguk. Pipi YuTeng itu kemudiannya diusapnya lembut.

“Obaachan minta maaf. Obaachan banyak buat salah dengan Yusuke.” Suara wanita itu kedengaran sebak. YuTeng memilih untuk mendiamkan diri. Puas sudah dijelaskan kepada wanita itu bahawa dia bukanlah Yusuke yang dimaksudkan. Setiap kali dia datang melawat wanita yang dipanggil Puan Akiko oleh staf hospital tersebut, setiap kali itulah ucapan maaf meniti di bibir tuanya. Entah apa kesalahan wanita itu terhadap lelaki yang dipanggil Yusuke itu pun, YuTeng sememangnya tidak pasti.

“Obaachan jadi macam ni…mesti sebab dosa besar yang obaachan dah lakukan kepada Yusuke dengan ibu Yusuke sendiri.” Puan Akiko mulai menangis. YuTeng yang tidak memahami hujung pangkal cerita di sebalik penyesalan wanita tua itu hanya mampu membisu.

“Obaachan tahu…kesalahan obaachan dulu takkan mudah untuk siapa-siapa maafkan. Yusuke pun mesti masih marahkan obaachan,kan?” Soal Puan Akiko. YuTeng tersenyum nipis.

“Saya yakin Yusuke dah maafkan obaachan. Kita memang tak boleh nak ubah perkara yang dah lepas. Tapi kita boleh teruskan kehidupan kita yang baru pada masa sekarang dan akan datang. Jadi, saya rasa obaachan pun patut macam tu. Saya yakin Yusuke pun mahu obaachan untuk teruskan hidup tanpa dihantui oleh kesilapan yang dah lepas. Hm?” Pujuk YuTeng. Puan Akiko memandang ke arahnya.

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now