Bertemu Semula

19 1 2
                                    


Jantung ZiHong bagaikan direntap apabila melihat keadaan YuTeng yang sedang terbaring lemah di dalam bilik itu. Yang Yang hanya membisu. Sesekali dia menoleh ke arah ZiHong yang sedang berdiri di sebelahnya itu. Tubuh ZiHong bagaikan kaku , sedangkan dia sudah pun berdiri di hadapan YuTeng yang sedang terbaring dan tidak sedarkan diri itu.

"Dah seminggu YU ditahan dekat wad untuk pemerhatian...dan sepatutnya dia dah boleh dibenarkan untuk keluar dalam sehari dua lagi. Cuma..." Yang Yang menelan air liur. Mengenangkan keadaan YuTeng yang menanggung kesakitan dan pastinya turut berasa takut apabila terpaksa melaluinya seorang diri itu, membuatkan hati Yang Yang terusik. Entah mengapa, dia menyalahkan dirinya atas kesakitan yang dialami oleh YuTeng itu. Andai dia tidak berada di situ tepat pada waktunya, pasti keadaan YuTeng akan menjadi lebih teruk.


ZiHong menoleh ke arahnya.

"Cuma apa? Kenapa dengan YuTeng?" Soal ZiHong.

"Macam mana pula dengan anak kami?" Soal ZiHong lagi. Yang Yang memandang ke arahnya.

"Jadi kau dah tahu?" Soal Yang Yang, turut terkejut. ZiHong mengalihkan pandangannya ke arah YuTeng. Perlahan-lahan, dia mencapai tangan YuTeng sebelum diramasnya lembut. ZiHong hanya mengangguk. Yang Yang menghela nafas berat.


"Semalam...YU alami pendarahan."


ZiHong terkejut, sebelum dia menoleh semula ke arah Yang Yang. Yang Yang memandang ke arah adik lelakinya yang sedang terbaring itu. Melihat wajah YuTeng yang kelihatan tenang itu membuatkan hatinya sedikit lega. Mungkin juga kerana kesan ubat tahan sakit yang diberikan itu dapat memberikan YuTeng ruang untuk berehat dan tidur yang lena.

"Kandungannya tak berapa stabil. Doktor kata, ada kemungkinan sebab dia berjauhan dengan pasangan dia untuk tempoh yang agak lama."


Yang Yang memandang ke arahnya.

"Tapi kau jangan risau. YuTeng selamat. Anak-anak kau pun selamat." Kata Yang Yang lagi. ZiHong membulatkan matanya, tidak percaya dengan kata-kata Yang Yang itu. Yang Yang tersenyum sebelum dia menyerahkan sesuatu kepada ZiHong.

"Mungkin kau dah tahu yang kau akan jadi seorang ayah."

ZiHong mengambil kertas kecil yang dihulurkan oleh Yang Yang itu.


"Tapi aku yakin kau belum tahu lagi yang kau akan jadi seorang ayah untuk pasangan kembar,"kata Yang Yang lagi. ZiHong melihat imej ultrasound yang berada dalam pegangannya itu. Perlahan-lahan, bibirnya mengutum senyuman bahagia dengan linangan air mata. Tangan YuTeng yang berada dalam genggamannya itu, dieratkan dengan penuh rasa bahagia. Yang Yang tersenyum melihat reaksi ZiHong itu.

"Dia perlukan kau ZiHong. Begitu juga dengan anak-anak kau."Kata Yang Yang.

"Jadi, sebab tu...aku sanggup mungkir janji aku terhadap YU, untuk bawa kau ke sini. Sebab aku tak nak apa-apa jadi dengan YU." Katanya lagi. ZiHong memandang ke arah Yang Yang sebelum dia menarik lelaki itu ke dalam pelukannya. Yang Yang terkesima. Lidahnya kelu, tubuhnya kaku dengan tindakan tidak disangka-sangka oleh ZiHong itu. ZiHong memeluk tubuhnya dengan erat, sambil menangis. Hati Yang Yang bagaikan berbelah bahagi untuk membalas pelukan lelaki yang pernah menjadi rakan baiknya itu.


"Terima kasih, Yang Yang."

"Terima kasih," ucap ZiHong dalam sebak. Sungguh ZiHong sanggup merendahkan egonya terhadap Yang Yang itu demi YuTeng. Perlahan-lahan, Yang Yang membalas pelukannya sambil tersenyum. Tiada kata-kata yang terucap olehnya terhadap ZiHong.

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now