Satu Permintaan

33 4 0
                                    


ZiHong tergamam sebaik sahaja dia memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah dua tingkat. Kelihatan tiga orang kanak-kanak sedang berkejaran di laman rumah tersebut tanpa menyedari kehadiran sebuah kereta di situ. ZiHong menoleh ke arah YuTeng yang sedang duduk bersebelahan dengannya itu. Wajah lelaki itu kelihatan ceria , melihat sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain itu.

"YuTeng."

YuTeng menoleh ke arahnya.

"Ya?"

"Inikah rumah kau?" Soal ZiHong,inginkan kepastian. YuTeng tersenyum sambil mengangguk.

"Ya. Saya tinggal dan membesar di sini." Balasnya, sebelum dia membuka pintu kereta. Kelihatan tidak sabar untuk bertemu dengan sekumpulan kanak-kanak tersebut. ZiHong hanya memerhatikannya,sedikit pun tidak menghalang. Sebaik sahaja YuTeng semakin dekat dengan kumpulan kanak-kanak itu, dirinya segera dikerumuni oleh kumpulan kanak-kanak tersebut. YuTeng turut menundukkan tubuhnya sebelum dia memeluk setiap seorang daripada mereka. Entah apa yang sedang diperkatakan oleh mereka itu, ZiHong sendiri kurang pasti. ZiHong memerhatikan kembali rumah yang kononnya menjadi tempat YuTeng membesar itu. Rumah dua tingkat itu kelihatan sederhana. Melihat kepada sekumpulan kanak-kanak yang sedang beramah mesra dengan YuTeng itu, membuatkan ZiHong faham bahawa rumah itu bukannya sekadar rumah keluarga yang biasa. ZiHong kemudiannya mematikan enjin keretanya sebelum dia melangkah keluar dari situ.



"Siapa tu?"

YuTeng menoleh ke arah ZiHong, yang kini sudah dekat dengannya itu. YuTeng tersenyum ke kanak-kanak perempuan yang sedang bertanyakan ZiHong itu.

"Ini kawan gege. Nama dia-"

"Saya Lin ZiHong. Boleh panggil saya ZiHong-gege." ZiHong memintas kata-kata YuTeng.

"Tak pernah nampak pun kawan gege ni datang ke sini?" Soal kanak-kanak lelaki pula.

"Sebab ini memang pertama kali kawan gege ni datang ke sini,"kata YuTeng,sambil menggosok lembut rambut kanak-kanak lelaki tersebut.

"Oh ya,ibu ada di dalam?" Soal YuTeng.

"Ibu ada di dalam. Mesti ibu suka tengok gege dah balik." Kata kanak-kanak lelaki itu.

"Ibu sihat? Ibu ada makan ubat tak?" Soal YuTeng,sambil berjalan menuju ke arah pintu masuk rumahnya itu. Langkahnya turut diikuti oleh ZiHong dari belakang. Kanak-kanak itu sekadar mengangguk.

"YuTeng."

YuTeng menoleh ke arah ZiHong.

"Ibu kau tahu yang kita datang ke sini?" Soal ZiHong. YuTeng mengangguk.

"Jangan risaulah,Tuan Lin. Ibu saya okay saja. Dia cuma terlebih risau saja,"kata YuTeng,memberi kepastian kepada ZiHong.

"Manalah dia tak risaukan kau. Aku nampak yang kau ni mesti anak kesayangan dia,"kata ZiHong. YuTeng tersenyum sambil menyelak beberapa helaian rambut ke belakang telinganya.

"Mungkin sebab saya yang paling lama tinggal dengan ibu kalau nak dibandingkan dengan adik-adik saya yang lain. Mungkin sebab tu saya ni jadi anak kesayangan dia?" Balas YuTeng. ZiHong tersenyum.

"So,kau nak cakap yang aku kena bekerja keras untuk yakinkan ibu kau yang aku ni layak untuk berkahwin dengan kau? Macam tu?" Soal ZiHong,mengangkat kening kanannya. YuTeng menjungkit bahunya.

"Saya dah buat bahagian saya di hadapan keluarga awak,Tuan Lin. Sekarang giliran Tuan Lin pula untuk buat bahagian Tuan Lin di hadapan ibu saya,"kata YuTeng. ZiHong memegang dagu YuTeng,membuatkan lelaki itu terkesima untuk seketika.

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now