Hanya Tiga Tahun

32 3 0
                                    


YuTeng bagaikan terpukau apabila melihat bilik tidur beserta hiasan dalamannya yang tersusun cantik dan kemas itu, sebaik sahaja pintu bilik tersebut ditolak perlahan oleh ZiHong. ZiHong terus melangkah masuk ke dalamnya tanpa menghiraukan YuTeng yang masih berdiri di luar itu. Apabila menyedari hanya dirinya sahaja yang berada di situ, ZiHong kemudiannya menoleh ke arah lelaki tersebut.

“ Kau buat apa lagi dekat situ? Masuklah.”

YuTeng yang masih memegang erat bagasinya itu memandang ke arah ZiHong dengan perasaan ragu-ragu.

“ Saya ingatkan kita tidur bilik berasingan?” Soal Yuteng,inginkan kepastian.

“ Kenapa? Kau takut aku buat benda tak elok dekat kau?” Soal ZiHong beserta senyuman nakalnya.

YuTeng tidak segera menjawab. Kata-kata ZiHong itu ada benarnya juga, tetapi itu bukan masalah utamanya ketika itu. Selama dia pernah tinggal bersama dengan lelaki itu, semestinya tidak pernah sekalipun mereka tidur di dalam bilik yang sama.

“ Kau nak esok lusa keluar artikel pasal kita tidur di bilik berasingan pada hari kita pergi honeymoon pulakkah?” Soal ZiHong lagi. YuTeng masih membisu. Ya tak ya juga. ZiHong buat semua itu semata-mata untuk menjaga nama baiknya pada pandangan orang ramai, setelah kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini. YuTeng kemudiannya menarik bagasinya, melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

“Saya boleh tidur di atas sofa.” YuTeng meletakkan bagasinya di suatu sudut, tanpa menoleh ke arah ZiHong. ZiHong ketika itu sedang menaip sesuatu pada telefon bimbitnya.

“Saya memang dah biasa tidur seorang. Jadi, saya tak kisah kalau saya tidur di atas sofa.” Kata YuTeng lagi.

“Hm. Ikut kaulah.” Balas ZiHong,masih menumpukan perhatian kepada telefon bimbitnya. YuTeng hanya mengangguk, tanpa bersuara.

 

“Aku keluar sekejap.” ZiHong mulai bangun dari katilnya sebelum dia menuju ke arah pintu. YuTeng yang baru sahaja keluar dari bilik air itu memandang ke arahnya.

“Tuan Lin nak pergi mana?” Soal YuTeng.

“Aku ada hal sikit. Nanti aku balik semula.”

“Tapi awak tak rehat lagi,” balas YuTeng. ZiHong memandang ke arahnya.

“Kalau kau nak keluar pergi mana-mana, kau boleh pakai kad keluar masuk tu. Kalau ada apa-apa, kau boleh telefon aku.”

“Tuan Li-“

Belum sempat YuTeng menghabiskan kata-katanya itu, kelibat ZiHong sudah pun hilang dari pandangan matanya. Ke mana lelaki itu pergi, belum sempat YuTeng bertanyakan ZiHong. Malah, lelaki itu juga kelihatan sedikit tergesa-gesa. YuTeng hanya mengeluh perlahan sebelum dia berjalan menuju ke ruang balkoni, menikmati pemandangan laut di hadapannya itu. Hotel yang mereka diami itu juga kelihatan eksklusif pada YuTeng. Suasananya lebih privasi dan tenang. Mungkin hanya sebahagian individu tertentu sahaja yang boleh mendiami kawasan tersebut, termasuk ZiHong.

“Bosan juga duduk sini seorang.” Bisiknya.

“Apa kau buat dekat sini?”

Suara ZiHong kedengaran tegas. Seorang wanita yang sedang berdiri , menikmati pemandangan laut di hadapannya itu kemudiannya menoleh ke arah ZiHong. Bibir mungilnya itu menguntum senyuman manis. Wajahnya kelihatan teruja.

“Sayang!”

Wanita itu bergegas ke arah ZiHong namun ZiHong mengelak dirinya daripada dipeluk oleh wanita tersebut. Wanita itu hanya tersenyum, bagaikan sudah dapat menjangkakan layanan dingin daripada ZiHong itu.

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now