Saya Bukan Milik Awak

34 2 0
                                    


“Ini projek baru untuk kau, YuTeng.”

YuTeng yang sedang membaca sesuatu pada telefon bimbitnya itu , mengalihkan perhatian terhadap sebuah majalah yang diletakkan oleh Tian di atas meja. YuTeng meletakkan telefon bimbitnya itu sebelum dia melihat isi kandungan majalah itu secara ringkas.

“Seperti yang dijanjikan, ini projek pertama untuk kau selepas kau berkahwin dengan Lin ZiHong. Tapi ini bukannya projek filem atau drama, tapi sebagai model untuk majalah yang kau tengah pegang tu.” Tian menerangkan secara ringkas kepada YuTeng mengenai projek baru yang bakal berlangsung itu.

“Bukan majalah biasa-biasa tahu. Sekali kau dapat jadi muka depan untuk majalah ni…”

“BOM!”

Jeritan Tian yang lantang dan tiba-tiba itu membuatkan YuTeng tersentak. Majalah yang berada dalam genggamannya itu hampir terlepas.

“Confirm kau meletup!” Tian ketawa besar, cukup berpuas hati hanya sekadar membayangkan populariti yang bakal YuTeng kecapi sebaik sahaja dia bersetuju untuk menyertai projek tersebut.

“Kau ni Tian…tak payahlah jerit macam tu.”  YuTeng menjeling tajam ke arahnya. Tian sekadar tersengih bagai kerang busuk. Kepalanya yang tidak gatal itu digarunya.

“Aku over excited.” Tian menyambung tawanya lagi.

“So?” Soal Tian, ingin tahu. YuTeng membelek-belek majalah tersebut tanpa bersuara.

“Oh ya, sebelum aku terlupa. Tawaran ni dari CEOnya sendiri. Dia berminat nak bekerjasama dengan kau,” kata Tian, sebelum dia memberikan senyuman nakal kepada YuTeng. YuTeng memandang ke arahnya dengan penuh tanda tanya.

“CEO? Siapa?” Soal YuTeng. Tian berdehem beberapa kali sebelum dia mengambil tempat di sebelah YuTeng.

“YuTeng.”

“Ya?”

“Kau ada sorokkan sesuatu daripada akukah?” Soal Tian, penuh curiga. YuTeng mengerutkan dahinya.

“Aku nak sorokkan apa daripada kau?” Soal YuTeng,tidak memahami. Tian mengerling sekilas ke arah majalah yang sedang dipegang oleh YuTeng itu.

“Macam yang aku cakapkan tadi…majalah fesyen ni…bukan majalah yang biasa-biasa. Hanya model-model profesional yang terkenal atau pun artis-artis yang terkenal saja yang selalu dipanggil untuk penggambaran majalah ni.”

“Untuk kes kau ni pula, CEO tu sendiri yang offer job ni untuk kau.” Tian mengangkat kedua-dua keningnya berkali-kali beserta senyuman nakalnya.

“Jadi…”

Tian mendekatkan jaraknya dengan YuTeng. YuTeng hanya memandang ke arahnya.

“Kau dengan CEO ni ada apa-apakah?” Soal Tian,ingin tahu. YuTeng sedikit terkejut dengan pertanyaan Tian itu sebelum dia tertawa.

“Kau ni mengarut apa,Tian? Macam mana aku dengan CEO ni ada apa-apa pula kalau aku sendiri tak kenal siapa CEO untuk majalah ni? Agak-agaklah nak bergosip pun,” kata YuTeng,sambil menggelengkan kepalanya. Tian memuncungkan bibirnya.

“Tapi aku kenal.” Balas Tian.

“ Dan aku rasa CEO ni lagi sesuai untuk kau,” katanya lagi.

“Hah? Sesuai apa ni,Tian?” Semakin dilayan karenah Tian itu, semakin pening YuTeng dibuatnya.

“Sesuai untuk bercintalah.” Balas Tian.

“Hah?”

“Kau tak percaya? Nanti kalau kau tengok sendiri muka CEO tu, mesti kau cair punyalah. By the way…” Kelihatan Tian menaip sesuatu pada skrin telefon bimbitnya.

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now