Selamat Hari Jadi Lin ZiHong

23 1 0
                                    


YuTeng membuka matanya perlahan. Dahinya berkerut, cuba mengenalpasti suasana bilik yang  kelihatan asing baginya ketika itu. Ternyata suasana bilik itu berbeza dengan bilik tidurnya sendiri. Dia cuba untuk menggerakkan tubuhnya sedikit namun kelakuannya terhenti apabila merasakan pinggangnya dirangkul oleh sesuatu dari belakang. Matanya terbuka luas, seakan terus hilang rasa mengantuknya sebentar tadi. Air liur yang ditelannya itu terasa kelat.

Perlahan-lahan, dia menundukkan kepalanya,memandang ke arah sesuatu yang sedang melingkari pinggangnya ketika itu.

“Tangan siapa ni?” Hatinya menyoal sendiri.

Jantungnya berdegup pantas, lagi-lagi apabila merasakan sesuatu yang dekat pada lehernya itu.

“Hm…” Suara seorang lelaki kedengaran dari belakangnya.Sekali lagi, YuTeng menelan air liur. Perlahan-lahan, dia cuba menoleh kepalanya ke belakang. Namun, niatnya itu terbantut apabila merasakan rangkulan  sepasang tangan pada pinggangnya itu semakin dieratkan.

“YuTeng…”

Wajah YuTeng berubah merah apabila merasakan satu ciuman lembut hinggap pada lehernya ketika itu.

“Awak dah bangun?” Suara serak ZiHong kedengaran. Sekali lagi satu kucupan diberikan, kali ini pada bahu YuTeng pula. Bibir YuTeng menguntum senyuman malu. Bagaimana dia sendiri boleh terlupa akan dirinya yang turut bermalam dan tidur bersama dengan ZiHong di dalam bilik lelaki itu? YuTeng ketawa dalam hati. Namun, apabila mengingatkan kembali setiap kata-kata antara dirinya dan ZiHong pada malam tadi, membuatkan jantungnya berdegup kencang kembali.

“Saya cintakan awak, Yang YuTeng.”

Ingin sekali YuTeng mahu menyembunyikan wajahnya daripada pandangan ZiHong apabila teringatkan kembali ungkapan cinta yang diucapkan oleh ZiHong kepadanya malam tadi. YuTeng memejamkan kembali matanya dengan rapat, mengharapkan semua yang telah dan sedang berlaku itu hanyalah mimpi. Dia lebih selesa untuk berjumpa dengan ZiHong yang ego dan sombong seperti sebelum ini, daripada membayangkan dirinya kini yang sedang berada dalam dakapan erat lelaki tersebut.

“Awak tak bermimpi, Yang YuTeng.”

Kedengaran lelaki itu tertawa kecil. YuTeng membuka kembali matanya. Dia tergamam apabila merasakan tubuhnya dipusingkan oleh ZiHong agar berhadapan dengan lelaki itu. Mata mereka kali ini saling bertentangan. ZiHong meletakkan tangannya pada pipi gebu milik YuTeng sebelum diusapnya penuh rasa sayang. ZiHong sedikit pun tidak melepaskan pandangan matanya daripada setiap inci wajah milik YuTeng tersebut. Bagaikan terus hanyut menikmati setiap keindahan yang ada pada wajah lelaki yang semakin mendapat tempat di dalam hatinya itu.

“Apa yang awak nampak…dan apa yang awak dengar…semua tu bukannya mimpi, YuTeng.”

YuTeng masih membisu. Hanya membiarkan dirinya menjadi tatapan mata ZiHong ketika itu. Lidahnya seakan-akan kelu untuk berkata-kata.

“Saya minta maaf.” Ucap ZiHong. Tangannya masih belum dilepaskan daripada YuTeng.

“Sikap saya…kata-kata saya sebelum ni…buat hati awak terluka. Membuatkan hati awak ragu-ragu untuk percayakan saya…untuk percayakan cinta saya kepada awak. Saya sepatutnya berterus terang dengan awak. Bukannya terus membuatkan awak tertanya-tanya.”

“Saya minta maaf.”

Tangan YuTeng dicapai sebelum dikucupnya lembut.

“Saya janji…saya takkan buat awak bersedih lagi. Saya akan bahagiakan awak. Lebih daripada apa yang awak bayangkan.”

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now