YuTeng yang baru sahaja meletakkan cawan di atas meja itu terkejut apabila merasakan pinggangnya dicuit lembut dari belakang. Jantungnya berdegup pantas apabila melihat ZiHong sedang berdiri di sebelahnya sebelum dia membancuh sendiri kopi untuk dirinya. ZiHong memandang ke arahnya sambil tersenyum.“Awal awak bangun hari ni?” Soal ZiHong. YuTeng segera mengalihkan wajahnya daripada terus bertentang mata dengan lelaki tersebut. Perasaan malunya terhadap ZiHong itu masih lagi menebal. YuTeng memarahi dirinya sendiri kerana tidak mampu mengawal perasaan cintanya kepada ZiHong sehinggakan perasaannya itu disedari oleh ZiHong sebelum sempat dia meluahkannya kepada lelaki tersebut.
“Hm.” Balas YuTeng,pendek.
“Awak tak boleh tidurkah?” ZiHong menyentuh lembut mata YuTeng yang kelihatan letih itu. Sentuhannya itu sekali lagi membuatkan YuTeng tersentak.
“Kenapa awak tak boleh tidur? Selalunya awakkan jenis susah nak bangun tidur?” Tangan ZiHong kemudiannya dialihkan kepada pipi YuTeng sebelum pipi itu ditepuknya lembut. Perlahan-lahan, ZiHong mendekatkan wajahnya ke arah YuTeng. Bibirnya menguntum senyuman nakal.
“Awak masih fikirkan pasal malam tadi ya?” Soal ZiHong,berbisik. YuTeng membulatkan matanya sebelum dia mengalihkan wajahnya daripada ZiHong.
“Bukan! Saya sibuk siapkan lagu.” Pantas sahaja YuTeng berdalih. Menafikan anggapan ZiHong terhadapnya itu. ZiHong tersenyum lagi. Kenyataan YuTeng itu sedikit sebanyak menarik minatnya untuk bertanya dengan lebih lanjut. Cawan berisi kopi itu diletaknya di atas meja.
“Oh ya? Awak ada rancangan nak keluarkan album barukah? Saya tak dengar apa-apa pun.” Balas ZiHong.
“Masih dalam perancangan. Belum muktamad lagi.”
ZiHong hanya mengangguk.
“Jangan lengahkan lama-lama. Suara awak pun sedap. Saya yakin album awak akan dapat sambutan,” kata ZiHong. Pipi YuTeng terasa panas, apabila mendengar kata-kata ZiHong berbaur pujian itu. YuTeng memandang ke arahnya.
“Awak…awak pernah dengar nyanyian saya?” Soal YuTeng, teragak-agak. ZiHong mengangguk sebelum dia meneguk kopi yang masih panas itu.
“Pernah. Memang sedap. Saya suka,” kata ZiHong, mengerling sekilas ke arah YuTeng. Bibirnya menguntum senyuman manis.
“Bila? Setahu saya…saya masih hasilkan mana-mana album pun lagi.” Soal YuTeng, cuba mengingati sesuatu yang mungkin sudah dia lupa tanpa dia sedari.
“Awak tak perlu tahu.” Balas ZiHong ,selamba. YuTeng mengerutkan dahinya. ZiHong tersenyum sumbing apabila melihat riak wajah YuTeng yang terpinga-pinga itu.
“Tapi-“ Ternyata YuTeng tidak berpuas hati. Namun, kata-katanya itu terhenti apabila kedengaran deringan telefon bimbit milik ZiHong.
“Mama.”
ZiHong memandang ke arah YuTeng sebelum dia menjawab panggilan telefonnya itu. YuTeng hanya membiarkannya.
“Ya,mama?”
“Hm?”
“Apa?” Kelihatan ZiHong terkejut sebelum matanya mengerling ke arah YuTeng. YuTeng hanya membisu,namun turut tertanya akan reaksi yang ditunjukkan oleh ZiHong itu.
“ZiHong dengan YuTeng baru bercadang nak datang ambil Ellie, tapi kalau mama dah cakap macam tu…” Sekali lagi, ZiHong memandang ke arah YuTeng.
“Okaylah. Nanti ZiHong beritahu YuTeng.” Sambung ZiHong lagi, sebelum dia memutuskan talian.
YOU ARE READING
I Choose to Love You in Silence
FanficSatu kontroversi harus dibayar dengan satu perjanjian untuk tempoh tiga tahun.