Permainan

9 1 0
                                    


Imbas kembali :


YuTeng melangkah longlai, keluar dari perkarangan rumah agam milik Keluarga Lin. Air matanya bagaikan sudah kering untuk mengalir, menangisi nasib malang yang terjadi ke atas dirinya. Kata-kata keji yang dilontarkan oleh Helena terhadap dirinya sebentar tadi, masih lagi terngiang-ngiang dalam fikiran YuTeng. Hanya kerana tersebarnya kontrak perjanjian yang selama ini disangka oleh YuTeng sudah selamat tersimpan rapi daripada pengetahuan orang lain itu, dirinya terus dihina malah dianggap sebagai orang asing dengan serta-merta sebelum sempat YuTeng membela diri sendiri.


"Mungkin kalau dia pernah cakap dia sayangkan kau pun...hanya sebab dia sendiri keliru antara kau dengan Yusuke. Jadi, kau tak perlu terlalu berharap yang ZiHong memang dah terima kau betul-betul. Sedangkan sepuluh tahun pun dia tak pernah lupakan Yusuke, aku tak rasa tempoh satu tahun ni dah cukup untuk kau hilangkan bayangan Yusuke dalam hidup ZiHong."

"Aku nak kau tinggalkan ZiHong."


Langkah YuTeng terhenti. YuTeng cuba menafikan kata-kata Helena – bahawa dirinya hanyalah semata-mata digunakan oleh ZiHong untuk melupakan Yusuke. YuTeng sudah nekad untuk mempercayai ZiHong sepenuh hatinya. Walaupun hakikatnya dia dan Yusuke ialah orang yang sama, namun dia tetap mengharapkan ZiHong mencintainya setulus hati kerana dirinya yang kini dikenali sebagai Yang YuTeng, bukannya Yusuke.

Lamunannya terganggu seketika apabila merasakan getaran daripada telefon bimbitnya. Sangkaannya pasti Tian yang menghubunginya. Enggan untuk membiarkan lelaki itu terus bimbang akan keadaan dirinya, YuTeng terus menjawab tanpa langsung melihat nama pemanggil yang tertera.

"Hello."



"Yang YuTeng."

Mata YuTeng terbuka luas apabila mendengar suara pemanggil yang tidak dikenalinya. YuTeng pantas melihat nama pemanggil yang tertera – namun, hanya nombor yang tidak dikenali sahaja yang tertera. YuTeng kemudiannya menekan butang rakaman suara, sebelum dia mendekatkan kembali telefon bimbit pada telinganya.


"Hai YuTeng."

"Ingat lagi tak aku siapa?"

YuTeng hanya membisu. Kedengaran suara si pemanggil itu ketawa di hujung talian.

"Takkanlah dah lupa."

"Sampai hati kau lupakan aku."


Si pemanggil itu melepaskan keluhan berat – kononnya kesal dengan layanan YuTeng terhadapnya.

"Kalau bukan sebab aku, kau takkan dapat merasa pun kahwin dengan ZiHong."

"Awak nak apa , Irene?" Soal YuTeng, yang akhirnya memberanikan diri untuk bersuara. Kedengaran sekali lagi Irene ketawa.

"Yes, kenal pun. Ingatkan dah bahagia sangat dengan ZiHong sampai kau lupakan musuh ketat kau ni,"kata Irene.

"Macam mana awak boleh dapat nombor saya? Bukan awak sepatutnya..."

"Bukan aku sepatutnya meringkuk dalam penjara? Itu yang kau nak cakap?" Irene pantas memotong kata-kata YuTeng. YuTeng hanya membisu. Irene ketawa lagi.

"Well...apa gunanya duit kalau aku tak boleh gunakan ia untuk kepentingan diri aku sendiri. Betul tak? Lagipun...siapa sajalah yang berani nak lawan keluarga aku. ZiHong mungkin. Tapi tulah, dia pun taklah hebat mana. Kalau dia sanggup gunakan kau semata-mata nak lari dari aku, dia memang silap besarlah,"kata Irene, mengejek.

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now