Kami akan Berkahwin

46 2 0
                                    


Air liur yang ditelannya terasa perit. Perasaan gemuruh yang semakin kuat dirasainya itu cuba dikawalnya dengan baik. YuTeng cuba menyembunyikan rasa gugupnya itu apabila telinganya dapat menangkap bunyi petikan kamera dan sayup sayup suara orang ramai di sebalik pintu besar di hadapannya itu. Semakin dekat langkah kakinya ke arah pintu dewan di mana sidang akhbar itu bakal berlangsung, semakin kuat petikan kamera dan suara para wartawan yang dapat didengarinya.


"Kau takut?"

YuTeng menoleh. Kelihatan ZiHong yang segak berpakaian sut hitam itu sedang berdiri di sebelahnya sambil membetulkan tali leher yang tergantung kemas pada lehernya itu. ZiHong mengerling ke arahnya. YuTeng melarikan pandangannya daripada ZiHong.

"Nervous." Balas YuTeng,pendek. YuTeng terkejut apabila merasakan tangan hangat ZiHong menyentuh beberapa helaian rambutnya yang menutupi sebahagian daripada dahinya itu. ZiHong memperkemaskan gaya rambut YuTeng tanpa langsung mempedulikan reaksi terkejut daripada lelaki tersebut.

"Kau tak perlu jawab apa-apa soalan pun daripada wartawan nanti. Biar aku yang uruskan. Kau hanya perlu berlakon menjadi kekasih aku yang aku bakal jadikan kau sebagai suami aku saja nanti." Kata ZiHong,sebelum dia menjauhkan tangannya daripada YuTeng.

"Tapi kalau saya langsung tak jawab apa-apa,mungkin lagi jelas yang kita ni hanya berpura-pura,"kata YuTeng. ZiHong tersenyum. Dia memandang ke arah YuTeng.

"Jadi,jangan nampak nervous sangat." Balas ZiHong,sebelum dia mencapai tangan YuTeng lalu digenggamnya erat. YuTeng memandang tangannya yang kini sedang berada dalam genggaman kemas lelaki tersebut. Ya, inilah permulaan babak kepada drama lakonan kami.



Sebaik sahaja ZiHong dan YuTeng melangkah naik ke atas pentas sambil berpegangan tangan, petikan kamera semakin kuat dan rancak – saling berebut cuba untuk mendapatkan sudut gambar yang lebih jelas dan eksklusif untuk dipaparkan kepada orang ramai selepas ini. ZiHong menarikkan kerusi untuk YuTeng,memberi ruang kepada lelaki itu untuk duduk, sebelum dia turut mengambil tempat di samping lelaki tersebut. YuTeng cuba berlagak tenang dalam gemuruhnya itu.

"Selamat sejahtera. Saya Lin ZiHong."

"Selamat sejahtera. Saya Yang YuTeng."


Sebaik sahaja kedua-duanya selesai memperkenalkan diri, maka bermulalah sesi soal jawab yang dinanti-nantikan oleh para wartawan yang hadir dari pelbagai tempat untuk mendapatkan berita eksklusif daripada pasangan pelakon yang kini sedang hangat diperkatakan itu.


"Betulkah pengumuman yang mengatakan bahawa Lin ZiHong dan Yang YuTeng bercinta ini sekadar untuk mengalihkan perhatian media daripada skandal yang melibatkan Lin ZiHong dengan Irene Chen?"

"Tidak." Jawab ZiHong,tenang. YuTeng sekadar mendiamkan diri,membiarkan ZiHong mengawal keadaan.

"Seperti yang saya umumkan di akaun rasmi saya, saya dan YuTeng sememangnya bercadang untuk mengumumkan mengenai hubungan kami secara terbuka. Tetapi kami sedang menunggu masa yang lebih sesuai disebabkan oleh kekangan dan kesibukan kerja masing-masing. Apatah lagi, Yang YuTeng sendiri masih baru dalam industri seni. Jadi, saya tak mahu berita mengenai hubungan kami akan menganggu perjalanan karier YuTeng."


"Itu bermakna Yang YuTeng punca kepada perpisahan antara ZiHong dengan Irene?"

"Tidak. Saya rasa semua orang dah maklum mengenai status hubungan kami sejak 6 bulan yang lalu.Saya dengan Irene sudah tiada apa-apa hubungan sejak dari itu." ZiHong memandang ke arah YuTeng.

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now