Rahsia

20 1 0
                                    


ZiHong yang matanya masih terpejam rapat itu, memusingkan badannya ke kiri sebelum tangannya meraba-raba ruang kosong di sebelahnya itu. Menyedari dirinya yang ditinggalkan keseorangan itu membuatkan ZiHong membuka matanya. Matanya melilau mencari kelibat YuTeng di situ, namun tidak kelihatan.

“YuTeng?”

ZiHong bangun dari pembaringannya. Perlahan-lahan, kakinya melangkah turun dari katil sebelum menuju ke arah bilik air. Sekali lagi, YuTeng tiada di situ. ZiHong menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Bibirnya menguntum senyuman bahagia apabila hidungnya terhidu haruman tubuh YuTeng yang masih terkesan pada tubuhnya itu – walaupun harumannya kian pudar.

“Sayang ~~~”

ZiHong terus memanggil YuTeng sambil melangkah keluar dari bilik tidurnya. Senyumannya kian lebar apabila melihat YuTeng yang sedang menyediakan sesuatu di ruang dapur itu. Namun, ZiHong memilih untuk berhenti seketika di situ – memerhatikan YuTeng dari hujung rambut hingga ke hujung kaki , dalam diam. Ketika itu, hanya mereka berdua sahaja berada di situ. Ellie pula sedang menghabiskan masa cuti sekolahnya di kediaman ibu bapa ZiHong. Pembantu-pembantu rumahnya pula pasti sudah diarahkan oleh YuTeng untuk membiarkannya seorang di situ. Perlahan-lahan, kakinya mengatur langkah mendekati ke arah YuTeng yang kelihatannya langsung tidak menyedari akan kehadirannya di situ.

Degupan jantung YuTeng hampir sahaja terhenti apabila merasakan pelukan mengejut daripada seseorang yang pastinya tidak lain dan tidak bukan ialan ZiHong. ZiHong hanya ketawa melihat reaksi lucu daripada YuTeng itu, sebelum dia menghadiahkan ciuman pada tengkuk putih milik YuTeng. Pelukannya terhadap YuTeng itu semakin diperkemaskan sebelum dia meletakkan dagunya pada bahu YuTeng. YuTeng hanya tersenyum.

“Awalnya awak bangun,” kata ZiHong.

“Awak yang lambat bangun.” Balas YuTeng, sebelum dia turut memberikan kucupan lembut pada pipi ZiHong. ZiHong tersenyum sumbing sebelum matanya tertumpu kepada kesan merah yang masih terlihat jelas pada leher YuTeng itu.

“Awak sangat cantik semalam.” Bisik ZiHong, seakan-akan menggoda. Mendengar bisikan ZiHong yang bernada usikan itu membuatkan pipi YuTeng berubah merah. Pantas sahaja dia meleraikan pelukan ZiHong itu, namun usahanya itu tidak berjaya. Malah ZiHong semakin mengeratkan pelukannya, seakan-akan sudah dapat menjangka tindakan daripada YuTeng itu.

“Lin ZiHong!” YuTeng menjeling ke arahnya.

“Kenapa?” Soal ZiHong.

“Betul apa saya cakap ?” Soal ZiHong lagi. YuTeng memuncungkan bibirnya tanpa dia sedari. ZiHong ketawa kecil.

“Betullah saya cakap. Awak memang sangat cantik semalam.” Kata ZiHong lagi, sebelum dia sekali lagi mencium YuTeng – kali ini pada pipinya pula. YuTeng tersenyum malu namun tidak lama. Enggan untuk terus hanyut dengan pujian serta usikan daripada ZiHong itu. Jika terus dilayan, pastinya semakin galak usikan lelaki itu dibuatnya.

“Sayang masak apa ni?” Soal ZiHong,memandang ke arah masakan yang sedang disediakan oleh YuTeng itu.

“Saya tengah siapkan makanan kegemaran awak. Mama cakap, awak sangat suka makan ni,” balas YuTeng,kembali menumpukan perhatian terhadap masakannya itu. ZiHong mengerutkan dahinya.

“Mama silap ni sayang.” Kata ZiHong. Kelakuan YuTeng terhenti. Ditolehnya ke arah ZiHong.

“Ya kah?Ta-tapi saya dah tanya dengan mama awak. Takkan mama awak boleh silap?” Soal YuTeng,inginkan kepastian. ZiHong mendekatkan bibirnya pada telinga YuTeng.

“Sebab makanan kegemaran saya sekarang ni ialah…Yang YuTeng.” Bisik ZiHong. YuTeng membulatkan matanya.

“Lin ZiHong!”

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now