Percaya

18 1 0
                                    


“YuTeng!”

“Tolonglah, dengarkan saya dulu!”

ZiHong bergegas mendapatkan YuTeng yang mulai menuruni anak tangga itu. Tangan YuTeng itu dicapai sebelum digenggamnya erat. Langkah YuTeng terhenti,namun dia masih enggan untuk memalingkan wajahnya ke arah ZiHong.

“YuTeng…tolong dengar penjelasan saya dulu.”

YuTeng memandang ke arahnya.

“Apa lagi yang awak nak jelaskan kepada saya? Awak nak cakap yang hati awak masih belum terbuka sepenuhnya untuk menerima saya? Awak nak cakap yang awak masih sedang cuba untuk mengenali saya? Macam tu?” Soal YuTeng. Genggaman tangan ZiHong terhadap YuTeng itu semakin dieratkan. Perasaan ZiHong ketika itu bercampur baur. Sedih, marah, kecewa malah keliru, semuanya sedang dirasakan.

“Yang YuTeng!”

YuTeng terdiam.Matanya bertentangan dengan ZiHong.

“Saya sayangkan awak.”

“Saya betul-betul sayangkan awak.”

“Tak pernah terlintas walau sedikit pun untuk saya nak permainkan perasaan awak.”

 

YuTeng cuba melepaskan genggaman tangan ZiHong itu.

“Lepaskan tangan saya, ZiHong!”

“Awak tak percayakan saya atau pun awak sengaja tak nak percayakan saya?!” Soal ZiHong. YuTeng memandang tajam ke arahnya.

“Saya tahu saya silap. Tapi saya tak pernah anggap awak sebagai pengganti untuk cinta pertama saya yang dah lama pergi, YuTeng. Memang susah untuk saya lupakan dia. Tapi itu tak bermakna saya sayangkan awak hanya kerana awak mengingatkan saya kepada dia, YuTeng.”

ZiHong bersungguh-sungguh untuk meyakinkan YuTeng.

“Tolonglah…jangan tinggalkan saya, YuTeng.” Rayu ZiHong.

“Saya semakin sayangkan awak. Saya tak sanggup kehilangan awak.” Ucap ZiHong. Suaranya kedengaran sebak. Namun, semua itu bagaikan tidak cukup untuk meyakin YuTeng. Tidak cukup untuk meruntuhkan ego lelaki tersebut. Hati YuTeng seolah-olah sudah keras untuk termakan dengan pujuk rayu ZiHong. Pada pandangan mata YuTeng, ZiHong hanya berpura-pura. ZiHong hanya mementingkan diri sendiri. ZiHong cuma takut untuk berhadapan dengan keluarganya jika segala pembohongan mereka selama ini terbongkar.

“Kalau awak tak lepaskan tangan saya…”

YuTeng memandang ke arahnya. Matanya kelihatan berkaca namun penuh rasa benci.

“…lupakan saja yang saya pernah mencintai orang seperti awak. Saya akan bencikan awak. Sedalam mana perasaan cinta dan sayang saya kepada awak…sedalam itu juga benci saya kepada awak.”

Perlahan-lahan, ZiHong melepaskan tangan YuTeng.

“Yu-YuTeng-“

YuTeng terus meninggalkan ZiHong tanpa menunggu lelaki itu untuk berkata-kata. Kaki ZiHong terasa lemah. Bagaikan sudah tiada lagi kudrat yang tersisa. Dia mengangkat tangan kirinya, sebelum diletakkan pada dinding – menyokong badannya daripada jatuh terjelepuk di situ. Pandangan matanya menjadi kabur. Air matanya bagaikan begitu murah untuk mengalir. Air mata yang menjadi tanda bahawa apa yang diperkatakannya kepada YuTeng itu, benar-benar ikhlas. Bukan hanya sandiwara untuk memperdayakan YuTeng. ZiHong mengeluarkan kotak baldu biru gelap dari kocek seluarnya. Hanya mampu memandangnya dengan linangan air mata.

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now