Seperti Yang Dijanjikan

28 1 0
                                    


“YuTeng.”

Tian memandang ke arah YuTeng menerusi cermin pandang belakang, yang sedang duduk termenung tanpa sedikit bicara sejak kepulangan mereka dari jamuan makan malam sebentar tadi. Wajah lelaki itu kelihatan kosong. Sudah puas Tian cuba untuk membuatkan lelaki itu berbual dengannya, namun YuTeng lebih selesa untuk mengunci mulut. Entah apa yang mengganggu fikiran YuTeng ketika itu, Tian sendiri tidak pasti. Namun, apa yang pasti perubahan YuTeng yang ketara itu terjadi selepas perbualannya bersama dengan Yang Yang. Tian akui dia amat menyedari pandangan mata Yang Yang yang berbeza terhadap YuTeng itu – pandangan mata yang menyimpan perasaan yang istimewa kepada lelaki itu. Tian tidak menghalang jika hubungan mereka berubah ke arah yang lebih serius, memandangkan perkahwinan antara YuTeng dan ZiHong itu hanya sekadar lakonan semata-mata. Namun, apabila melihat riak wajah YuTeng sebegitu, Tian mulai berasa ragu-ragu.

“YuTeng!”

Sekali lagi, Tian cuba memanggil YuTeng. Kali ini, nada suaranya lebih tinggi daripada sebelumnya. YuTeng memandang ke arahnya.

“Ya?” Soal YuTeng. Kedengaran Tian melepaskan keluhan perlahan.

“Ada apa-apa yang mengganggu fikiran kau kah sekarang ni?” Soal Tian. YuTeng mengalihkan wajahnya daripada Tian. Sudah dapat Tian jangkakan reaksi daripada lelaki itu.

“Tuan Yang ada cakap sesuatu yang menyakitkan hati kau kah tadi?” Soal Tian, tidak berputus asa.

“YuTeng, kalau kau tak cakap…macam mana aku boleh nak tolong kau? Kalau betul Tuan Yang ada buat sesuatu yang buat kau rasa tak selesa, kau mesti beritahu aku.” Kata Tian lagi. YuTeng hanya tersenyum nipis sambil menggelengkan kepalanya.

“Aku letih sajalah,Tian. Aku dah penat sangat ni,” balas YuTeng.

“Aku nak tidur sekejap. Kalau dah sampai nanti, kau kejutkan aku ,”kata YuTeng lagi, sebelum dia menyandarkan kepala pada kerusi. Perlahan-lahan dia memejamkan matanya. Enggan untuk berbual dengan Tian tatkala fikirannya yang sedang bercelaru itu. Tian hanya mengeluh perlahan, melihat reaksi YuTeng ketika itu.

Tian memberhentikan keretanya di hadapan kediaman rumah agam milik ZiHong. Niatnya untuk mengejutkan YuTeng dari lenanya itu terganggu apabila melihat kelibat ZiHong yang sedang berjalan mendekati ke arahnya itu. Matanya terbuka luas. Tidak menyangka kepulangan YuTeng itu sedang dinantikan oleh ZiHong. Air liur yang ditelannya itu terasa perit. Perlahan-lahan, Tian membuka pintu keretanya untuk bersemuka sendiri dengan ZiHong.

“ZiHong.” Sapa Tian, berlagak biasa. ZiHong hanya membisu, tidak memberi reaksi terhadap sapaan Tian, selaku pengurus YuTeng itu.

“Kenapa kau ada dekat sini? Kau tunggu YuTeng kah?” Soal Tian. Macam bodoh sangat soalan aku ni kan? Mestilah dia tunggu YuTeng,Tian! Hatinya berbisik sendiri, menyedari kesilapannya itu.

Semestinya pertanyaan daripada Tian itu dibiarkan sepi bagaikan angin lalu oleh ZiHong. Kakinya terus melangkah mendekati ke arah YuTeng yang masih lena di tempat duduk belakang itu. Matanya sedikit pun tidak dilepaskan daripada YuTeng. Perlahan-lahan  dia membukakan pintu di tempat duduk belakang tersebut. Wajah YuTeng yang letih dan kemerah-merahan itu ditatapnya dalam diam. Menangiskah YuTeng?

 Jari telunjuknya menyeka lembut air mata yang masih berbekas di hujung mata YuTeng itu. Pastinya kelakuannya itu sedang diperhatikan oleh Tian dan sukar bagi Tian untuk mempercayai sendiri dengan apa yang sedang dilihat olehnya itu. ZiHong meletakkan tangan pada bahu YuTeng sebelum ditepuknya lembut.

“YuTeng.” Panggil ZiHong, separuh berbisik. Namun, YuTeng masih hanyut dalam mainan tidurnya itu. Bibir ZiHong menguntum senyuman nipis. Salah satu tabiat YuTeng yang sudah lali baginya sejak dikenalinya beberapa bulan yang lalu. ZiHong menoleh sekilas ke arah Tian.

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now