Rahsia YuTeng

10 1 0
                                    

"Kau pergi mana,ZiHong?!" Soal Ray, bengang, sebelum dia menamatkan panggilan telefonnya. Puas dihubungi lelaki itu yang entah ke berapa kali, namun satu panggilan pun tidak berjawab. Sangkaannya ZiHong masih berada di rumah, sementara rancangan untuk meneruskan pencarian YuTeng dilakukan. Kebimbangan serta kemarahan Ray semakin memuncak apabila mendapati kelibat ZiHong langsung tidak kelihatan sejak dari awal pagi. Entah ke mana lelaki itu pergi, Ray dan Tian sudah terlalu buntu untuk memikirkannya. Apatah lagi pencarian YuTeng itu tidak boleh dilakukan secara besar-besaran kerana bimbang akan menimbulkan pelbagai jenis reaksi dan spekulasi daripada orang ramai.

Keadaan ZiHong yang kelihatan letih dan tidak bermaya itu, sudah jelas untuk menjawab persoalan Ray. Sudah jelas ZiHong meneruskan pencariannya terhadap YuTeng, tanpa memikirkan keadaan dirinya yang semakin tidak terurus itu.

Ray melepaskan keluhan kasar. Pastinya ZiHong tidak akan menjawab pertanyaannya itu. Kedegilan ZiHong itu benar-benar mencabar kesabarannya, namun Ray enggan untuk merunsingkan lagi fikiran lelaki tersebut. Sekuat mana marahnya Ray terhadap ZiHong itu, Ray tetap cuba memahami situasi yang sedang dilalui oleh lelaki tersebut. Mungkin Ray juga akan melakukan tindakan yang sama sekiranya dia sendiri berada di tempat ZiHong.



"Lin ZiHong."

"Aku tahu dan aku cuba faham apa yang kau sedang lalui sekarang ni." Kata Ray. ZiHong hanya mendengar. Sedikit pun tidak menoleh ke arah Ray. Dia terus menghempaskan tubuhnya di atas sofa, sebelum dia meletakkan lengan pada dahinya. Rasa sakit pada kepalanya sudah tidak tertahan lagi. Entah sudah berapa hari, berapa malam, dia menghabiskan masanya untuk mencari YuTeng, ZiHong sendiri sudah tidak dapat pastikan.

"Tapi kau tak boleh buat macam ni secara membuta tuli tahu. Kau sendiri aku tengok...dah tak macam rupa orang dah. Entah bila kau makan...tidur...aku pun dah tahu dah nak cakap macam mana dengan kau."

"Kau langsung memang tak nak percayakan aku dengan Tiankah? Kau memang rasa kami berdua ni langsung tak buat apa-apakah untuk tolong kau cari YuTeng?" Soal Ray. Kedengaran keluhan berat terlepas daripada ZiHong.

"Kau buat sajalah cara kau. Aku buat cara aku. Mudahkan?" Balas ZiHong, masih tidak memandang ke arah Ray. Tian yang baru sahaja sampai di ruang tamu itu, hanya mendengar perbualan antara dua lelaki tersebut. Dia sendiri baru pulang dari meneruskan pencariannya terhadap YuTeng. Masih belum ada berita baik daripada usaha pencarian yang dilakukan. Jika benar YuTeng membawa diri ke luar negara sekalipun, Tian tetap tidak dapat pastikan kemungkinan destinasi yang dituju oleh lelaki itu. Apa yang pasti, Hannah dan adik-beradik angkat YuTeng juga tidak kelihatan di perkarangan rumah mereka sendiri. Mungkin mereka juga telah dibawa pergi bersama YuTeng. Tapi ke mana?

Niat Ray yang mahu meneruskan pertelingkahan itu dihalang oleh Tian. Tian memberi isyarat kepadanya untuk menghentikan sahaja niatnya itu. Tidak ada gunanya untuk terus berbalah kata pada waktu itu. Ray mendengus kasar.

"Terpulang pada kaulah, ZiHong. Aku dengan Tian dah tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan kau. Apa yang pasti, minggu depan kau dah kena mula kerja. Aku tahu sekarang ni bukan waktu yang sesuai , tapi aku tak boleh nak tangguhkan lagi untuk kau. Setakat ni, kita dah dapat kawal daripada macam-macam spekulasi keluar mengenai kau dengan YuTeng."

"Tapi itu bukan bermakna yang kami takkan teruskan untuk mencari YuTeng. Cuma kita tak nak hal ni semakin tersebar dan akan terus mengganggu kau. Tu saja." Kata Ray. Tian hanya mengangguk, bersetuju dengan kenyataan itu. Mungkin itu ialah salah satu cara untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada tertumpu kepada masalah yang sedang melanda dalam hubungan antara ZiHong dan YuTeng itu. ZiHong tidak membalas, lebih selesa mendiamkan diri.

"Ray."

Ray menoleh ke arah Tian.

"Biar aku cuba cakap dengan ZiHong sekejap. Kau pergilah rehat dulu," kata Tian. Ray mengeluh perlahan sebelum dia mengangguk. Ray menoleh sekilas ke arah ZiHong sebelum dia beredar dari situ, membiarkan Tian dan ZiHong berdua di ruang tamu tersebut.

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now