Saya akan Lepaskan Awak

35 3 0
                                    


ZiHong membuka matanya perlahan. Dahinya berkerut, menahan rasa sakit di kepala. Tekaknya terasa kering, perutnya terasa pedih. Tanpa terus mempedulikan kepalanya yang masih terasa sakit itu, ZiHong bangun dari pembaringannya perlahan-lahan. Matanya melilau, melihat ruang sekeliling yang terasa asing baginya. Ternyata dia bukannya berada di bilik tidurnya sendiri, tetapi di manakah dia berada sekarang?

“Oh …”

ZiHong meraup wajahnya. Kedengaran keluhan perlahan dihela dari mulutnya. Bagaikan menyedari ketiadaan seseorang yang sepatutnya berada di dalam bilik itu, membuatkan ZiHong segera membuka matanya. Mencari-cari kelibat YuTeng.

“Yang YuTeng?”

ZiHong segera bangun dari sofa,sebelum dia menuju ke arah bilik air. Pintu bilik air itu ditolaknya. Kosong.

“YuTeng!”

ZiHong melihat sekeliling ruang bilik tidur itu sebelum matanya tertangkap pada sekujur tubuh yang sedang duduk bersandar pada pintu kaca di ruang balkoni. ZiHong melepaskan nafas lega. Sangkanya YuTeng sudah menghilang entah ke mana. Perlahan-lahan, kakinya melangkah menuju ke arah pintu kaca tersebut, sebelum dibukanya, tanpa mengejutkan YuTeng yang kelihatan sedang tidur itu. ZiHong berpeluk tubuh, berasa sejuk dengan angin dingin malam ketika itu. Cepat-cepat kakinya melangkah mendekati ke arah YuTeng yang sedang tidur terduduk itu. Tubuh lelaki itu disarungkan selimut yang sempat dibawa bersama oleh ZiHong sebentar tadi.Wajah YuTeng yang sedang lena dibuai mimpi itu ditatapnya dalam diam.

“Tuan Lin,lepaskan saya!”

“ZiHong!”

ZiHong memejamkan matanya untuk seketika. Jeritan YuTeng yang berkali-kali memintanya untuk berhenti itu, kembali terngiang-ngiang dalam fikirannya. Timbul perasaan bersalah terhadap lelaki itu dalam benaknya. Silapnya juga kerana tidak dapat mengawal dirinya sendiri.

“YuTeng.”

ZIHong menyentuh bahu lelaki itu sebelum digoncangnya perlahan.

“Yang YuTeng.”

Sekali lagi ZiHong cuba mengejutkan lelaki itu dari tidurnya, namun ternyata usahanya tidak berjaya. ZiHong tersenyum dalam diam. Tidur mati sungguh budak ni.

ZiHong kemudiannya mendekatkan tubuhnya ke arah YuTeng sebelum tubuh lelaki itu didukungnya, membawa masuk YuTeng ke dalam bilik. Perlahan-lahan, dia meletakkan tubuh YuTeng di atas tilam empuk sebelum menyelimutkannya dengan kemas. Matanya tertangkap pada kesan-kesan merah yang masih kelihatan jelas pada leher putih lelaki tersebut. ZIHong masih dapat mengingati semuanya dengan jelas. Termasuk haruman tubuh YuTeng yang entah mengapa membuatkan dirinya hilang kawalan. ZiHong yang sedang duduk di birai katil itu menundukkan wajahnya.

“Apa yang kau dah buat ni,ZiHong?” Getus hatinya,memarahi kecuaian dirinya sendiri. ZiHong memandang semula ke arah YuTeng. Wajah YuTeng yang tenang itu sedikit sebanyak turut menenangkah jiwanya yang sedang berkecamuk itu. Perasaan marah dan kecewanya terhadap pengkhianatan Irene juga sedikit sebanyak mulai pudar. Semuanya kerana lelaki yang sedang terbaring di hadapannya itu.

“Yang YuTeng.”

ZiHong memberanikan diri menyentuh perlahan kepala YuTeng, sebelum rambut lelaki itu dibelainya lembut.

“Saya minta maaf.”

“Saya salah, dan saya tak patut buat semua tu dekat awak.”

Wajah YuTeng itu ditatapnya lagi.

“Saya cuma harap yang…”

Tangannya terus membelai rambut YuTeng.

“…suatu hari nanti, awak akan jumpa seseorang yang betul-betul ikhlas menyanyangi awak. Bukan kerana awak seorang artis atau pun seseorang yang dikenali , tapi hanya sebab awak.”

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now