Marah Dalam Rindu

15 1 0
                                    


Sesekali Hannah memandang ke arah YuTeng yang sedang duduk bertentangan dengannya sambil menikmati hidangan makan malam yang disediakannya itu. Entah apa yang sedang bermain dalam fikiran anak lelakinya itu. Pandangannya kelihatan kosong. Makanan yang disuap ke dalam mulutnya itu hanya diambil dalam kuantiti yang sedikit. Selebihnya, hanya dikuis dengan sudu begitu sahaja. Hannah menggelengkan kepalanya. Dia sudah maklum mengenai hubungan dingin antara anak lelaki dan menantunya itu. Biasalah tu. Mana ada perkahwinan yang tiada pasang surutnya. Sedangkan lidah boleh tergigit, apatah lagi pasangan yang sudah berkahwin.

Hannah turut menyedari akan kesungguhan ZiHong untuk menjernihkan kembali hubungannya dengan YuTeng, apabila lelaki itu kerap cuba untuk menghubungi YuTeng – walaupun tiada satu panggilannya itu dijawab oleh YuTeng. Namun, usahanya itu tidak hanya terhenti setakat itu. Sesekali ZiHong sendiri akan datang untuk bertemu dengannya – walaupun YuTeng enggan untuk bersemuka dengannya. Hannah mengeluh dalam diam. Dia sangat mengenali akan sikap dan kedegilan anak lelakinya itu. Sekali sudah merajuk, hanya mampu menunggu masa hatinya untuk terpujuk sendiri.


"YU."

Panggilannya itu dibiarkan sepi oleh YuTeng.

"Yang YuTeng!"

Baru kali ini, YuTeng memandang ke arahnya. Hannah menggelengkan kepalanya.

"YU ni kenapa? Tak sihatkah?" Hannah meletakkan tangannya pada dahi YuTeng.

"Mana ada. YU sihat sajalah,bu." Balas YuTeng, menjauhkan kepalanya daripada Hannah.

"Habis tu, kenapa tak makan? Dari tadi YU makan sikit saja."

YuTeng hanya menggeleng.

"YU nak makanlah ni." YuTeng kembali menjamah makanannya yang sudah terbiar agak lama itu. Hannah tersenyum nakal sebelum dia menongkat dagu dengan kedua-dua tangannya. YuTeng yang menyedari akan tingkah laku ibunya itu, mengerutkan dahi.

"Ibu ni kenapa pandang YU macam tu?" Soal YuTeng,hairan. Senyuman nakal Hannah semakin lebar. Kali ini, dia turut mengangkat keningnya berkali-kali.

"Rindu ya?" Soal Hannah.

"Hah?"

"YU la...mesti tengah menderita penyakit rindu ni,"kata Hannah, seraya mengusik. YuTeng berpura-pura ketawa.

"YU nak rindukan siapa pula ni, bu?" YuTeng menggelengkan kepalanya.

"Pura-pura tanya pula dia. Macamlah ramai sangat orang yang dia nak rindu,"kata Hannah,disertai dengan jelingan mengusik. YuTeng kemudiannya tersenyum kelat, mengakui kata-kata ibunya dalam diam.

"Sampai bila YU nak merajuk dengan ZiHong? Dah nak masuk 2 minggu tahu YU tak bercakap dengan ZiHong." Soal Hannah.

"YU tak merajuklah, ibu. YU cuma masih marahkan ZiHong saja." Nafi YuTeng.

"Kalau marah sambil bawa diri tak nak jumpa dengan ZiHong tu, bukan merajukkah namanya?" Andai diikutkan kata hatinya, mahu sahaja dia mencubit pipi gebu milik YuTeng itu. Ada sahaja yang mahu dijawabnya. YuTeng mengetap bibir, enggan untuk terus berkata-kata. Kedengaran Hannah mengeluh perlahan.


"YU sayang..."

"Ibu faham yang YU tengah marahkan ZiHong. Walaupun YU tak nak bercerita dekat ibu apa yang menjadi punca kepada pergaduhan kamu berdua ni, ibu takkan sesekali memaksa YU atau ZiHong untuk berterus terang. Sebab ibu tahu, kamu berdua ni dah besar. Dah tahu nak uruskan rumahtangga kamu sendiri. Tapi..."

"...kalau YU terus merajuk macam ni...masalah kamu berdua ni sampai bila-bila pun takkan selesai. Ibu nampak ZiHong bersungguh-sungguh cuba nak berbincang dengan YU. Tapi YU yang tak nak berjumpa dengan dia. Tak baik tahu buat ZiHong macam tu."

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now