Permainan Sebenar Bermula

37 2 0
                                    

ZiHong menuruni anak tangga sambil membetulkan sedikit kemeja biru yang tersarung kemas pada tubuhnya itu. Bibirnya mengukir senyuman manis apabila telinganya dapat menangkap alunan merdu suara YuTeng dari arah dapur. Dia kemudiannya menyandarkan bahu pada dinding dapur sambil melihat ke arah YuTeng yang masih kusyuk menyediakan hidangan di dapur itu. Kesihatan YuTeng yang semakin bertambah baik itu membuatkan YuTeng sukar untuk menghabiskan masa di rumah tanpa berbuat apa-apa. Walaupun sudah dilarang oleh ZiHong dan Hannah, YuTeng tetap berdegil. Bosan katanya.


Sudah 2 minggu mereka mendiami villa milik Yang Yang sejak YuTeng dibenarkan keluar dari hospital. Sepanjang tempoh tersebut, keadaan masih dalam keadaan terkawal. Tiada lagi tindakan yang diambil oleh Irene sepanjang tempoh tersebut. Namun, ZiHong tetap berjaga-jaga. Apatah lagi keadaan YuTeng yang baru sahaja mulai stabil itu membuatkan ZiHong tidak mahu terus alpa dan cuai atas kebisuan Irene tersebut. Bahkan, hubungannya dengan Helena terutamanya, masih lagi dingin. Seolah-olah tiada langsung ruang untuknya dan YuTeng menjernihkan kembali hubungan yang sudah sedia tegang itu.


Perlahan-lahan, ZiHong mendekati ke arah suaminya yang ternyata masih belum menyedari kehadirannya di situ. Pinggang lelaki itu kemudiannya dirangkul kemas dari belakang. ZiHong menahan dirinya daripada ketawa apabila melihat YuTeng yang terkejut dengan kehadirannya di situ.



"ZiHong~~~~"

YuTeng menyiku perut suaminya, geram dengan usikan lelaki tersebut. ZiHong akhirnya ketawa. Pipi YuTeng yang gebu itu kemudiannya dicium. YuTeng tersenyum, terpujuk dengan ciuman suaminya itu.

"Sayang masak apa ni?" Soal ZiHong, meletakkan dagunya pada bahu YuTeng.

"Saya buat yang ringkas-ringkas saja." Jawab YuTeng. ZiHong tersenyum.

"Ibu dekat mana?" Soal ZiHong.

"Ibu ada dekat belakang. Suka pula dia dengan bunga-bunga dekat situ. Cantik katanya,"kata YuTeng, sambil tersenyum. ZiHong memperkemaskan pelukannya, sambil mengusap lembut perut YuTeng yang mulai sedikit kelihatan itu.


"Hari ni awak balik lambatkah?" Soal YuTeng. ZiHong menggeleng.

"Saya tak nak tinggalkan awak lama-lama. Jadi, buat masa sekarang ni, tak banyak job yang saya ambil,"kata ZiHong. YuTeng menoleh ke arahnya.

"Saya okay sajalah, ZiHong. Ibu pun ada untuk tengok-tengokkan saya,"kata YuTeng. Terharu dengan keprihatinan ZiHong, namun pada masa yang sama, dia berasa sedikit bersalah.

"Saya yang nak buat semua ni, sayang. Awak tak perlu rasa bersalah, okay?" ZiHong mencium pipi YuTeng. YuTeng tersenyum.

"Sayang jaga diri,okay? Telefon saja saya kalau ada apa-apa. Sakit sikit pun, awak kena telefon saya, okay?" Soal ZiHong, mengusap lembut pipi suaminya. YuTeng tertawa kecil.

"Iya, sayang. Saya akan telefon,"kata YuTeng, berasa geli hati. ZiHong memuncungkan bibirnya.

"Saya tak nak pergi kerja, boleh tak?" Soal ZiHong. Tawa YuTeng semakin galak.

"Tak boleh. Nanti Ray marah awak,"kata YuTeng. Kedengaran ZiHong melepaskan keluhan berat. Dia kemudiannya menatap mata hazel YuTeng yang sentiasa menambat hatinya itu. ZiHong tersenyum sebelum dia mencium pipi YuTeng.

"Saya pergi dulu ya. Jangan lupa pesan saya tadi,"kata ZiHong. YuTeng mengangguk.




"Ni rumah siapa?" Soal Tian, dari tempat duduk belakang. ZiHong mematikan enjin keretanya tanpa menjawab pertanyaan Tian. Ray hanya membisu. ZiHong menoleh ke arah Tian.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 15, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now