Jangan Tinggalkan Saya

21 2 0
                                    


Ray bergegas berlari menuju ke arah dewan pembedahan kecemasan yang kini sedang menempatkan ZiHong , menerima rawatan di situ. Panggilan telefon daripada YuTeng sebentar tadi benar-benar membuatkan Ray tidak senang hati. Tanpa mempedulikan kerjanya yang masih belum selesai di pejabat sebentar tadi, dia segera bergegas meninggalkan semua itu untuk melihat sendiri keadaan ZiHong yang sedang menerima rawatan di hospital itu. Langkahnya menjadi perlahan apabila matanya menangkap kelibat YuTeng yang sedang duduk seorang diri di hadapan dewan pembedahan tersebut. Melihat kepada keadaan YuTeng ketika itu, Ray yakin bahawa lelaki itu seolah-olah sedang berada dalam dunianya sendiri. Sedikit pun tidak mengendahkan keadaan sekeliling yang sedang berlaku di situ. Pastinya fikirannya kini sedang tertumpu kepada ZiHong semata-mata.


"Yang YuTeng."

Ray memanggil YuTeng, cuba menarik perhatian lelaki itu terhadapnya. Pada mulanya, panggilan itu tidak diendahkan oleh YuTeng. Ray kemudiannya mulai mendekati YuTeng yang pastinya tidak menyedari akan kehadirannya di situ. Bahu lelaki itu disentuhnya perlahan.

"Yang YuTeng."


Sentuhannya itu berjaya menarik perhatian YuTeng terhadapnya. Menyedari akan kehadiran Ray di situ, YuTeng segera menyeka air matanya yang masih bersisa itu. Niatnya mahu berdiri, namun dihalang oleh Ray apabila Ray memegang bahunya erat, sebagai tanda untuk YuTeng terus duduk di situ. YuTeng hanya menurut. Tanpa sepatah kata, Ray kemudiannya mengambil tempat di sebelah YuTeng. YuTeng kembali menundukkan kepalanya.


"Awak dah lama sampai?" Soal Ray, memandang ke arah pintu dewan pembedahan yang tertutup rapat itu. YuTeng hanya mengangguk.

"Setakat ni ada apa-apa perkembangan mengenai ZiHong?" Soal Ray. YuTeng menggeleng perlahan. Ray melepaskan keluhan kecil. Mereka membisu untuk seketika.


"Saya minta maaf."

Ray menoleh ke arah YuTeng. YuTeng masih memandang ke bawah. Ray tidak segera membalas , sebaliknya hanya menunggu YuTeng untuk terus berkata-kata. Kedengaran YuTeng melepaskan keluhan kecil.

"Kalau saya tak terus berdegil, ZiHong takkan jadi macam ni."

Sekali lagi, YuTeng menyeka air matanya yang mulai mengalir itu.

"Saya betul-betul minta maaf." Ucap YuTeng, bersungguh-sungguh, penuh penyesalan. Dia terus menundukkan kepalanya, sambil menutup wajahnya dengan tangan. Ray meletakkan tangannya pada kepala YuTeng, sebelum kepala lelaki itu diusapnya lembut. Dia sendiri sudah maklum akan 'perang dingin' yang berlaku antara ZiHong dan YuTeng itu. ZiHong sedikit pun tidak berputus asa untuk berbaik semula dengan YuTeng apabila lelaki itu tetap gigih untuk bertemu dengan YuTeng , setiap kali selepas urusan kerjanya selesai. Tidak kira selewat mana pun urusan kerjanya selesai, dia tetap akan mengambil peluang yang ada untuk berjumpa dengan YuTeng. Dalam diam, Ray tersenyum sendiri. ZiHong benar-benar sudah berubah sejak seorang lelaki bernama Yang YuTeng hadir dalam hidupnya. Siapa sangka hubungan yang dibina atas sebab untuk kepentingan masing-masing, akhirnya membuatkan mereka saling mencintai.



"Tak ada siapa yang boleh jangkakan semua ni terjadi, YuTeng."

"Semua ni bukan salah awak."

Ray cuba menenangkan YuTeng. YuTeng masih belum mengangkat wajahnya.

"Tapi ZiHong betul-betul rasa bersalah...rasa menyesal dengan kesalahan yang dia buat terhadap awak. Mungkin memang betul, awak patut beri peluang kepada ZiHong untuk memperbetulkan kesalahan dia."

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now