Ryosuke & Yuna

13 2 0
                                    


Sebelas tahun yang lalu

 

“Betul ni awak tak nak ikut?” Soal Ryosuke, sambil memasukkan beberapa dokumen yang diperlukan sebelum dia berangkat ke lapangan terbang. Yuna yang ketika itu sedang membuat persiapan terakhir untuk suaminya , sebelum penerbangan lelaki tersebut hanya tersenyum. Bagasi lelaki itu ditutup kemas.

“Betul. Lagipun YU kan sekolah. Saya tak naklah dia terlepas kelas nanti,” kata Yuna,memberi alasan. Ryosuke memandang ke arah isterinya, sebelum dia mendekati wanita itu. Perlahan-lahan, dia mengambil tempat bersebelahan wanita itu.

 

“Sayang…”

Tangan isterinya itu dicapai sebelum diramasnya lembut. Yuna hanya tersenyum.

“Dia mungkin dah tak marahkan awak lagi. Dia pun tak sihat sekarang. Mesti dia seronok kalau dapat berjumpa dengan sayang dan juga YU.” Kata Ryosuke, seakan memujuk.

“Saya memang nak berjumpa dengan ibu awak. Tapi…saya tahu dia masih bencikan saya. Sejak dari kita berkahwin pun, dia tak pernah sekalipun terima saya dan Yang Yang, Ryosuke. Sekarang kita pun dah ada YU. Saya tak sanggup nak tengok YU dibenci oleh nenek dia sendiri.” Balas Yuna. Ryosuke memilih untuk membisu seketika. Kata-kata Yuna itu ada benarnya. Namun, dia tetap tidak pernah berputus asa untuk mendamaikan antara ibu serta anak isterinya. Apatah lagi, ibunya langsung tidak pernah lagi bertemu dengan anak lelakinya, Yusuke.

“Mungkin lain kali saja, saya ikut awak ke sana. Saya dan YU akan tunggu awak di sini.” Sambungnya lagi.Kedengaran Ryosuke melepaskan keluhan kecil. Ternyata isterinya itu masih terasa hati untuk berbaik semula dengan ibu kandungnya.

“Saya minta maaf.” Ucap Ryosuke. Yuna menoleh ke arahnya.

“Saya dah cuba untuk berbincang dan pujuk Okaa-san pasal hal keluarga kita. Tapi…dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak menerima awak dengan Yusuke.” Ryosuke meraup wajahnya.

“Saya betul-betul rasa diri saya ni tak berguna. Saya bagaikan tersepit antara Okaa-san dengan keluarga saya sendiri.” Kata Ryosuke lagi. Yuna merangkul tubuh suaminya dari sisi. Ryosuke sekadar membiarkannya begitu.

“Saya tak pernah rasa awak macam tu, sayang. Saya nampak usaha awak untuk buatkan ibu awak menerima keluarga kita. Tapi, mungkin hati ibu awak yang masih belum terbuka untuk menerima kami. Kita hanya boleh beri dia masa, Ryosuke.” Pujuk Yuna. Ryosuke memandang ke arahnya.

“Saya tetap rasa bersalah untuk semua ni,” kata Ryosuke.

“Tapi saya sangat bersyukur kerana dapat bertemu dengan awak, Yuna.” Sambungnya lagi. Yuna tersenyum manis.

“Saya pun. Terima kasih juga, sebab awak menerima saya dan Yang Yang seadanya.” Balas Yuna. Ryosuke tersenyum sambil membelai lembut rambut isterinya, sebelum dikucupnya lembut bibir wanita itu.

 

“Yusuke! Bagi balik beg gege tu ke sini!”

 

Perbualan mereka terhenti apabila terdengar jeritan Yang Yang di luar. Kedua-duanya tertawa sebelum Ryosuke menarik tangan isterinya, menuju ke luar.

“Yusuke!”

Yusuke hanya ketawa besar apabila melihat reaksi marah dari raut wajah abangnya itu.

“YU nak ikut juga. Kenapa YU tak boleh ikut?” Soal Yusuke. Yang Yang berjalan mendekatinya sebelum begnya diambil daripada kanak-kanak tersebut. Yusuke hanya mencebik.

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now