“ZiHong?”
ZiHong yang masih kusyuk membaca beberapa projek yang akan melibatkan dirinya sebaik sahaja dia sembuh dari kecederaannya itu, tidak menyedari panggilan daripada Ray.
“Lin ZiHong!”
Ray meninggikan sedikit suaranya sambil menepuk paha ZiHong. ZiHong memandang ke arahnya.
“Kau dengar tak apa aku cakap tadi?” Soal Ray. ZiHong tidak menjawab. Sungguh dia langsung tidak menumpukan perhatian terhadap apa yang sedang dibacanya, serta apa yang diperkatakan oleh Ray sebentar tadi. Ray yang begitu memahami riak wajah ZiHong hanya mengeluh sambil menggelengkan kepalanya.
“Kau ni kenapa, ZiHong? Aku bukan cadangkan untuk kau terima semua ni. Aku datang jumpa kau pun sebab aku nak kau sendiri pilih apa projek yang kau nak buat sebagai comeback kau selepas bercuti lama ni. Ramai yang dah mula berebut nak bekerjasama dengan kau semula. Tapi aku tahu, kita hanya boleh buat ikut kemampuan kau selepas kau betul-betul sembuh nanti.” Kata Ray, sebelum dia bersandar pada sofa. ZiHong meletakkan semula fail yang dibawa oleh Ray itu tanpa terus membalas pertanyaan Ray. Ray hanya memandang ke arahnya.
“Sorry. Aku betul-betul tak boleh nak fokus dengan semua ni,”kata ZiHong. Ray hanya tersenyum.
“Mesti kau berat hati nak mula kerja balik,kan? Yalah, dapat berkepit dengan YuTeng 24 jam,”kata Ray,seraya mengusik. ZiHong tersenyum. Ya, ada benarnya juga kata-kata lelaki itu.Namun, bukan hanya itu sebabnya yang membuatkan ZiHong tidak dapat menumpukan perhatian ketika itu. Perubahan sikap YuTeng yang kini lebih berahsia daripadanya itu yang membuatkannya bimbang. Puas ditanya sebabnya, namun lelaki itu lebih selesa memendamnya sendiri.
“Kalau aku nak berehat untuk sebulan lagi selepas balutan kaki aku ni dibuka, bolehkan?” Soal ZiHong. Ray memandang ke arahnya, sebelum perhatiannya beralih semula ke arah fail yang dibawa bersamanya itu.
“Maksudnya kau nak aku reject semua ni?” Soal Ray, inginkan kepastian.
“Kalau mereka memang bersungguh-sungguh nak kerja dengan aku, mesti mereka tetap offer job untuk aku, betul tak?” Soal ZiHong pula,penuh yakin. Ray tertawa.
“Yakin betul kau ni,” katanya. ZiHong turut tertawa.
“Okay. Nanti aku bincangkan balik perkara ni dengan bos. Tapi…aku yakin bos akan ikut saja apa yang kau nak. Kau kan anak emas dia,” kata Ray.
“Eh silap. Kau dengan YuTeng dah jadi anak emas bos. Apa yang kamu berdua nak, bos mesti bagi lampu hijau,” sambungnya lagi. ZiHong ketawa.
“Kamu berdua kan hot couple sekarang. Macam sayang pula nak tamatkan kontrak tiga tahun tu,” kata Ray lagi. Ketawa ZiHong mulai perlahan sebaik sahaja mendengar mengenai kontrak perkahwinannya yang baru disebut oleh Ray itu.
“Ray.”
Ray memandang ke arahnya.
“Kau cakap yang…aku dengan YuTeng ni…anak emas bos kan?” Soal ZiHong. Ray mengangguk.
“Kalau aku cakap dekat bos yang…aku tak nak tamatkan kontrak tu, kau rasa dia bagi tak?” Soal ZiHong. Ray hanya memandang ke arahnya, tanpa menjawab pertanyaan ZiHong. Bukannya mereka tidak pernah membincangkan hal itu sebelum ini. Disebabkan oleh kemalangan yang menimpa ZiHong sebelum ini membuatkan hal itu senyap untuk seketika.
“Aku nak perkahwinan aku dengan YuTeng kekal. Aku tak nak disebabkan oleh kontrak tu, kami dipaksa untuk berpisah.”
“Aku tahu semua tu terjadi disebabkan masalah aku sendiri. Tapi, aku dah terlalu sayangkan YuTeng. Aku Cuma nak…yang kami boleh kekal macam ni tanpa perlu terikat dengan kontrak 3 tahun tu,” kata ZiHong.
YOU ARE READING
I Choose to Love You in Silence
FanfictionSatu kontroversi harus dibayar dengan satu perjanjian untuk tempoh tiga tahun.