Aku Sayangkan Dia Tapi...

26 1 0
                                    


“ZiHong.”

ZiHong yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran itu menoleh ke arah Ray yang sedang berjalan mendekatinya itu. Botol air dihulurkan kepada ZiHong sebelum minuman itu diteguk oleh ZiHong.

“Kau nak terus balik hotel, atau nak pergi mana-mana dulu?” Soal Ray, menghulurkan tuala kecil kepada ZiHong pula. ZiHong mengelap peluh yang sedikit membasahi wajahnya itu, setelah menjalani penggambaran di bawah sinaran matahari yang terik.

“Aku nak keluar sekejap.”

“Kau nak pergi mana?” Soal Ray, yang sudah pun bersedia untuk beredar bersama dengan ZiHong. Esok merupakan hari terakhir mereka berada di situ. Sebaik sahaja kerja penggambaran dan rakaman selesai, mereka akan terus bergegas pulang semula ke Taipei. Menurut ZiHong, dia perlu pulang ke sana dengan lebih awal. Enggan untuk mengikuti majlis ringkas meraikan tamatnya projek mereka yang berjalan selama tiga hari dua malam itu, yang akan diadakan sejurus kerja mereka selesai.

“Aku nak carikan hadiah untuk Ellie.” Kata ZiHong.

“Dan YuTeng.” Sambung kata hatinya pula.

Ray mengerling sekilas ke arah ZiHong menerusi cermin pandang belakang itu. Wajah lelaki itu kelihatan runsing. Matanya kerap tertumpu kepada telefon bimbitnya, seolah-olah sedang menunggu panggilan atau pun mesej dari individu tertentu.

“ZiHong.”

“Hm.”

ZiHong masih tidak mengalihkan wajahnya daripada telefon bimbitnya.

“Kau tengah tunggu call dari YuTeng kah?”

Ternyata Ray sudah dapat menduga punca keresahan ZiHong ketika itu. Dan pastinya pertanyaannya itu berjaya menarik perhatian ZiHong terhadapnya. Hati Ray ketawa sendiri.

“Tak adalah.” Balas ZiHong,menafikan anggapan Ray itu. Ray tersenyum sumbing, sambil meneruskan pemanduannya ke destinasi yang dituju.

“Aku dah dengar dari Tian.”

“Pasal kau dengan YuTeng.”

ZiHong memandang ke arahnya. Namun, tidak berkata apa-apa. Pandangannya sengaja dialihkan daripada Ray, sebelum dia membuang pandangan ke arah luar. Kedengaran Ray melepaskan keluhan perlahan.

“Kau dah mula sukakan YuTeng,betul?” Soal Ray. ZiHong hanya membisu. Sengaja membiarkan pertanyaan Ray itu dibiarkan sepi.

“Kalau kau tak jawab pun, aku memang dah dapat agak, ZiHong,” kata Ray lagi.

“Tapi aku rasa perjanjian tu dah jelas…kau dan YuTeng…tak boleh jatuh cinta antara satu sama lain. Perkahwinan kamu berdua hanya semata-mata untuk tutup kontroversi yang Irene dah timbulkan untuk kau. Nak tak nak…selepas 3 tahun , perkahwinan tu mesti dibatalkan,” kata Ray.

“Dan selepas tu, aku boleh berkahwin semula dengan YuTeng, kan?”

Ray terdiam apabila mendengar pertanyaan daripada ZiHong itu. Kali ini, ZiHong memandang semula ke arahnya.

“Perkahwinan yang sebenar. Bukannya olok-olok,” sambung ZiHong lagi. Ray segera menghentikan pemanduannya, sebelum dia memalingkan tubuhnya menghadap ZiHong.

“Jadi…”

“...kau…kau memang betul-betul sayangkan YuTeng?”Soal Ray, masih belum percaya.

“ZiHong!” Ray mulai berang apabila pertanyaannya itu masih sengaja tidak dijawab oleh ZiHong.

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now